Pages

Wednesday, January 27, 2016

South Korea Winter Trip 2015 : Day 2 ~ Suncheon Open Film Set

South Korea Winter Trip 2015 : Day 1 ~ Suncheon Guesthouse Nreem, Suncheon

Suncheon City Tour

Hari baru. Pagi ini kami ambil Suncheon City Tour untuk lawat tempat-tempat menarik yang berada di sekitar Suncheon. Untuk City Tour ini sebenarnya ada macam-macam jenis. Nak selamat eloknya register sehari sebelum, kalau tidak ikut nasiblah. Misal kata bas tak penuh bolehlah menyelit. Kami tempohari pun nyaris-nyaris tak dapat naik. Siap bergaduh dengan ahjumma di information counter tu sebabnya dia tak bagi pun kami naik walhal ada je slot kosong. Oleh kerana nekad nak join juga City Tour ni, kami terus pergi ke driver bus nak tanya dia boleh naik ke tidak. Lepas je naik; ahjumma tu geleng kepala bila tengok kitaorang sedang lenang melepak dalam bas tu. Takkan nak halau keluar pula kan?
Information Counter yang terletak bersebelahan Suncheon Station

Untuk City Tour ini, kawan-kawan perlu ke Information Counter yang terletak bersebelahan dengan Suncheon Station. Bayaran sebanyak 14,800 won dikenakan untuk setiap seorang. Harga ini dah termasuk bayaran masuk untuk setiap lokasi yang bakal disinggahi. Kiranya memang jimat habis kalau follow City Tour ini. Tour akan bermula jam 9.50am dan memakan masa sehari suntuk. Kalau berhajat nak join, make sure keluar seawal mungkin untuk rebut slot. 
Pass ini wajib dipakai. Pass inilah yang membezakan kita dengan pengunjung biasa yang lain. Maksudnya dengan pass ini kita bebas keluar masuk di mana-mana lokasi yang disinggahi tanpa perlu membayar entrance fee.

Destinasi pertama kami adalah Suncheon Open Film Set. Lokasinya tak jauh pun dari pekan Suncheon. Katanya drama popular Love and Ambition and East of Eden telah dirakamkan di sini. Emm, serius tak tau pun pasal drama ne hehehe! Di sini, kami diberi masa 50 minit untuk pusing kawasan sekitar. Guide memang ada tapi penerangan memang dalam bahasa Korea walaupun ada beberapa orang warga asing yang turut serta dalam tour ini. Jadinya, nganga ajelah; buat-buat faham!huhuhu. 

Sedikit info berkaitan

"This open film set is located in Jorye-dong, Suncheon. It consists of three villages each representing a different era from the 1950s to the 1970s. It has approximately 200 houses and is the largest film set in Korea. The realistic sets bring about memories of people’s youth, while younger visitors can learn about Korea’s history. It therefore attracts a large number of families." [Korea Tourism]

Layan. Saya tak lama pun dalam ni, boring!hehehe
Kaunter tiket

Info tambahan:
  • Untuk yang ingin bergerak sendiri, boleh ambil bas no.77, 99 atau 777 ke Film Set ini
  • Bayaran masuk adalah 3,000 won/person
  • Waktu operasi adalah dari 9.00am - 6.00pm

6 comments:

  1. Uiii camni berapa kali lagi lah nekcik nak kena pergi..4 kali x habis round lagiiii hu..hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau macam tu nekcik kena genapkan 10x baru habis round satu korea tu ;)

      Delete
  2. Replies
    1. saya tak berapa gemar tmpt ne, nekcik..lebih suka dgn naga village..cantik dan tenang...

      Delete
  3. Heh saya setuju, tempat ni agak boring kalau bukan peminat K-Drama.

    ReplyDelete