Pages

Saturday, March 5, 2016

2016 : Pendakian Atapnya Garut, Mt. Cikuray (Part I)


Untuk Mt. Cikuray ini saya follow open trip anjuran Setapak Adventure dengan kos Rp550,000 (untuk mancanegara). Meeting point di Terminal KP Rambutan. Dari Sarinah saya ambil ojek ke Terminal KP Rambutan dengan harga Rp50,000 untuk bertemu yang lainnya. Tak sangka jauh giler kot KP Rambutan ini, sempat jugalah beberapa kali saya layan kantuk atas motor tu hehehe.

Untuk trip ini, kami berlapan kesemuanya termasuk Bang Deden yang bertindak sebagai penganjur merangkap guide dan saya sendiri satu-satunya warga asing dalam kelompok ini. Ya udah, santai ajelah. Bukannya tak biasa jadi 'makhluk asing', kan?

Perjalanan dari KP Rambutan ke Garut mengambil masa sekitar 5-6jam perjalanan bergantung kepada kondisi jalan. Saya tak tahu apa yang jadi sepanjang perjalanan sedar-sedar dah sampai di Alfamart, Garut. Di sini kami mendapatkan bekalan makanan dan aqua terakhir sebelum bergerak ke Rumah Singgah untuk persediaan terakhir sebelum memulakan pendakian.
 Rumah singgah, tempat lepak pendaki sebelum/selepas naik/turun Cikuray [Pic : veteren Cikuray]

Sedikit info, Gunung Cikuray merupakan gunung keempat tertinggi di Jawa Barat selepas Gunung Gede, Gunung Pangrango dan Gunung Ciremai dengan ketinggian 2,821 mdpl. Terdapat 3 jalur/trek utama yang menjadi pilihan pendaki di Cikuray iaitu Cikajang, Bayongbong dan Cilawu (Pos Pemancar).Antara ketiga trek ini, Cilawau sering menjadi pilihan pendaki berbanding yang lainnya.

Perjalanan sebenar kami bermula sekitar jam 8.30am. Opps sebelum itu, satu pantang larang yang perlu diambil perhatian adalah pendaki tidak dibenarkan memakai baju berwarna merah sepanjang pendakian. Saya tak nak komen panjang lebar mengenainya, terserah samada mahu percaya atau pun tidak. Cuma pada saya, tak salah kalau kita menghormati adat/resam/budaya sesuatu tempat. Selebihnya kita tawakal dan perbanyakkan doa moga pendakian kita akan dilindungi oleh-Nya.

Untuk kali ini, kami memilih jalur Bayongbong dengan 6 pos sebelum tiba di puncak. Plan asal, camping di Pos VI tapi berubah ke Pos V atas faktor semasa. Perjalanan di jangka mengambil masa sekitar 5-6 jam untuk tiba di pos terakhir untuk camping. Dari awal lagi, fizikal dan mental dah teruja. Mana taknya, trek mencanak naik dari mula ok, langsung takde kawasan landai. Dengan bebanan di belakang, memang terasa payahnya. Ikut hati nak je saya tinggalkan semuanya dan melenggang. Namun bila difikirkan balik, dah ini yang saya cari so mahu atau tidak saya harus teruskan dengan tenang. Puncak memang takde dalam fikiran saya. Apa yang saya fikirkan saat itu adalah saya mampu pulang dalam keadaan yang selamat dan andai puncak bisa saya tawan, itu saya anggap satu bonus buat saya.
Starting point untuk jalur Bayongbong terletak di Desa Cinta Nagara. Gunung di kejauhan, itulah Papandayan.

Dari Desa Cinta Nagara (best giler nama kampung ne hehehe), kami memulakan pendakian menuju Pos I dengan jarak mengambil masa sekitar sejam melalui kebun warga tempatan. Di Pos I, kami diminta untuk mendaftar diri dan membuat pembayaran (tak tahu berapa, Bang Deden yang settlekan). Dari Pos I menuju Pos II pula, mengambil masa sekitar 45 minit. Di Pos II inilah letaknya punca air terakhir untuk Cikuray. Jadinya, pandai-pandailah nak agak berapa banyak bekalan air bersih yang perlu kawan-kawan bawa jika berhajat untuk mendaki Cikuray. Lagi satu yang kawan-kawan perlu beri perhatian adalah berkenaan cuaca di Cikuray. Bukan apa dalam sesaat kabus tebal boleh muncul dan hujan mencurah turun. Sesaat lagi pula, tetiba cuaca bertukar panas. Memang tak boleh dijangka keadaannya. Jadinya, bersiap sedialh dengan keadaan yang tak terduga ini. Pakaian sila bungkus dalam plastik beg untuk mengelakkan dari basah.
Menghampiri Pos II.

Dari awal Bang Deden sudah memberi arahan untuk kami bergerak secara berkumpulan dan tidak meninggalkan kawan-kawan yang lain. Untuk ini saya memang beri extra kredit buat kawan-kawan baru saya ini. Tidak sekali pun kami ditinggalkan bergerak sendiri; berbeza sekali senario yang saya hadapi waktu di Rinjani last year. Kiranya, susah senang memang kami lalui bersama-sama kali ini dan serius rasa dekat dengan mereka ini walaupun baru pertama kali bertemu.
Trek dari Pos II ke Pos III. Di sebelahnya itu adalah trek Pos Pemancar (melalui kebun teh)

Menghampiri Pos III, trek menjadi lebih curam dan kami mula memasuki hutan. Lelah semakin terasa saat ini. Oleh kerana cuaca yang tak menentu, trek memang basah dan licin. Tak sanggup rasanya nak angkat muka untuk memandang ke hadapan. Bukan apa, seram untuk melihat tentangan yang bakal kami lalui dan yang paling utama takut tersadung di akar-akar pokok yang berselirat di lantai hutan. Licinnya trek tak payah cakaplah; beruntung buat mereka yang membawa hiking pole. Buat kami ini, waktu inilah menganggau mencari kayu untuk dijadikan tongkat untuk membantu mengampu diri. Kami tiba di Pos III 1.5 jam kemudian. Di sini kami memang berhenti agak lama untuk mengisi perut. Maklumlah sejuk-sejuk begini, cacing-cacing dalam perut automatik akan menjadi lebih aktif huhuhu.

Pos III ke Pos IV, jaraknya lebih pendek namun dari Pos IV ke Pos V azab menanti kami melalui Tanjakan Roheng. Treknya, ya ampun!! Bila nak sampai penghujung? Mungkin melihatkan kondisi kami (si cewek) yang tinggal nyawa-nyawa ikan (hehehe) Bang Deden memberi arahan untuk camping di Pos V sahaja. Yeayyyyy, memang sujud syukur saya saat itu hahaha! Ngam-ngam sebiji khemah berjaya di pasang, hujan turun selebatnya hinggalah lewat malam. Kiranya keputusan Bang Deden untuk stop di Pos V itu memang terbaik.
Bermulanya Tanjakan Roheng
Khemah kami di Pos V (Plesetan)

* bersambung

6 comments:

  1. Mendaki gunung musim hujan memang banyak tantangan. Jalur jadi licin. Badan basah kuyup kehujanan. Kebanyang dingin banget, mbak Zilla.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya mas Gunadi..apa pun keadaannya, cabarannya tetap ada; hujan dengan cabarannya tersendiri begitu juga trekking di musim panas.

      Delete
  2. woww.... berbeza mendaki dgn grup pendaki Indonesia dengan Malaysia... kan? kan?

    pendaki indonesia takkan tinggalkan anda.. manakala pendaki malaysia sebaliknya... depends on the leader lah. kalau dia suruh semua tunggu yg lain.. the rest will follow. malangnya kat rinjani takde yg amik port. hehehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memasing ada kelebihan dan kekurangannya Jard..aku malas nak sebut hehehe..

      Delete
  3. Terbaik lah.. Nak join lah lain kali kalo ada trip mendaki disekitaran jawa barat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mifta, gunung guntur & papandayan may ini..ayuh, bergabung..

      Delete