Hari terakhir di Seoul.
Saya tersedar sekitar jam 3.00am gara-gara bunyi yang agak menakutkan di luar sana. Tengok tingkap, ehh biar betul!
"korang, bangun!! snow turun!!"
Hah, giler jakun memasing. Semua pakat terjun katil, capai kamera dan handphone buka tingkap seluasnya dan....
Alhamdulillah, tercapai impian kekawan nak bermain dengan snow di Seoul. Yang syoknya, kami tersadai setengah hari di hostel gara-gara ribut salji pagi tu. Nak sangatkan? Hah, ambil ko!! Hancur impian memasing nak men'Namdaemun'kan diri pagi tu. Nasib jugalah check out jam 12.00pm, so bersantai ajelah sekali lagi kami pagi itu.
Ribut salji pagi tu. Serius tak akan lupakan pengalaman ini sampai bila-bila.
Dalam 11.++am, kami ambil keputusan untuk bergerak ke Dong Seoul Bus Terminal. Apa pun jadi kami harus mendapatkan tiket bas ke Busan. Nasib jugalah ada service penghantaran ke subway berhampiran oleh pihak guesthouse, kalau tidak haru kot nak angkut beg gedabak tu meredah keadaan di luar sana.
Mapo Station, Line 5 - transfer at Dongdaemun History & Culture Park to Line 2 - Gangbyeon Station
Di Dong Seoul Bus Terminal, bas ke Busan dah pun sold out. Tiket yang ada cuma ke Haeundae. Nasib saya dah ada pengalaman di Haeundae jadinya memang tak fikir panjang terus saya rembat tiket yang ada. Itu pun last bus, jam 6.50pm dengan harga 26,800 won. Tiket dah ada, kami harus cari tempat untuk tinggalkan backpack gedabak memasing. Pusing punya pusing, kami terjumpa tempat untuk simpan luggage berdekatan dengan toilet di terminal tersebut. Settle!
Next, kami bergerak ke Namsan Tower. Bebudak ne nak kunci cintaku di dalam hatimu di situ.
Gangbyeong Station, Line 2 - transfer at Dongdaemun History & Culture Park to Line 4 - Myeongdong Station, Exit 3.
Dari bus stop berdekatan Exit 3, kami ambil bas no.5 untuk ke Namsan Tower. Menghampiri Namsan Park, keadaan seolah bertukar ke black & white; terasa klasik sangat suasana saat itu. Saya suka! Tak sampai pun last station saya ambil keputusan untuk turun bagi menikmati keadaan yang ada.
Layan.
Impian yang jadi nyata
Memutih..
Tetiba terasa mumantis sangat suasananya ;-)
Puas berjimba-jimba di atas salji di Namsan Park, kami menapak ke Namsan Tower pula. Kecoh suasana saat itu sebab tetiba salji turun selebatnya. Nasib jugalah memasing memang dah bersedia dengan payung, kalau tidak memang kebasahanlah kami petang tu huhuhu.
Namsan Tower di kejauhan
Pemandangan yang agak kelam
Licin, nak jalan pun kena hati-hati
Berjaya jugalah bebudak tu mengunci cinta hati di sini...
Jom balik!
zilla, lawa sangat2..mcm dlm kalender.hihi
ReplyDeleteTwin, err terima kasih
DeleteAduuuh bikin gue jelezz ni..setakat ini blum dapat lagi merasai suasana winter sonata..harus kah ku ulangi lagiiii
ReplyDeleterepeat dan repeat lagi nekcik sampai ketemu dengan winter sonatanya :D
DeleteLawanya Zilla, rasa nak pinjam gambar buat background desktop!
ReplyDeleteLucky betul Zilla dapat snow macam ni :D
silalah kay hehehe..
Deletelucky, mungkin..perancangan Dia memang terbaik..syukur, hajat nak guling atas snow dah pun tercapai :D
urut dada... subhanallah sangat cantik
ReplyDeletekan, Kay? saya sendiri sentiasa teruja dengan winter
Delete