Pages

Thursday, March 3, 2016

South Korea Winter Trip 2015 : Day 6 ~ Jalan-Jalan Cari Makan di Sekitar Seoul

South Korea Winter Trip 2015 : Day 5 (Part I) ~ Gangchon Rail Bike 

Skip berkenaan Nami Island. Takde mood nak bercerita mengenainya hehehe.

Dah masuk hari ke-6 di South Korea. Plan hari ini sekali lagi hancur; lepas Zohor baru memasing berhajat untuk melangkah keluar. Santai sungguhlah ku rasakan hehehe. Tujuan hari ini adalah KTO, Myeongdong utuk Hanbok percuma, Chungmu Kimbap, Hello Kitty Cafe dan Mabongnim Halmeoni TTeobokki. Plan asal untuk singgah di Namdaemun, Heyri Art Village di Paju dan menikmati sunset di Hanual Park terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa. 

Mapo Station, Line 5 - transfer to Line 2 at Chungjeongno Station - Euljiro 1(il)-ga Station, Exit 6

KTO, Myeongdong & Chungmu Kimbap
Maaf memang takde gambar di KTO. Tapi puas hatilah sebab tercapai hajat memasing untuk memakai hanbok. Dari KTO kami bergerak menuju Chungmu Kimbap lepas tergoda tengok DJ dan Bibie di sini. Dari KTO tak susah pun nak cari kedai ne dan sebenarnya bersepah branch mereka ini di sekitar Myeongdong. Di sini tak payah nak pening kepala untuk pilih menu. Memang satu tu ajelah menu mereka; 1 set berharga 7,000 won. Kami ambil 2 set, itu pun ahjumma macam tak percaya kami minta hanya 2 set. 
Ruangan di atas.
Sedap giler! Paling suka sotong pedas tak hengat donia tu!

Hello Kitty Cafe, Myeongdong
Buat peminat Hello Kitty, rasanya cafe ne memang antara lokasi yang wajib diterjah. Lokasinya betul-betul berhadapan dengan kedai It's Skin.
 
Pic : Hello Kitty Cafe

Waktu kami tiba di sini, orang memang tak berapa ramai. Oleh kerana perut pun masih kenyang, saya cuma order hot choco di sini manakala yang lain dok layan waffle dan sebagainya. Hentam ajelah, yang penting mereka happy. Kalau diikutkan, hampir sejam jugalah kami lepak di sini.
Serba pink
Sayang rasanya nak minum
Ini semuanya untuk dijual. Harga emm, boleh tahan mahalnya. 

Mabongnim Halmeoni TTeobokki
Singgah sini sebab tergoda tengok gambar-gambar DJ hehehe.

Myeongdong Station, Line 4 - transfer at Dongdaemun History & Culture Park to Line 6 - Sindang Station, Exit 8

Nak cari tempat ne senang je tau. Keluar dari Exit 8 tu, akan nampak balai bomba di seberang jalan. Masuk je jalan antara Exit 8 dan balai bomba tu. Jalan je terus sampai simpang 4, depan tu akan nampak gerbang tak tahu apa dia tulis. Kedai makan ne betul-betul sebelah gerbang tu.
Dalam gambar yang ada tulisan hangul, itulah gerbang yang saya maksudkan.
Untuk 3 orang, kosnya 11,000 won.

Apa yang pasti memang puas giler dapat makan kat sini. Tengok pengunjung local, mereka siap bawa serbuk cheese dan taburkan dalam tteobokki. 

8 comments:

  1. Saya makan sotong pedas hari tu, semua celup dalam sup dulu. Pedas sangat tak boleh masuk T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pedas tak hengat donia, kay tapi sedap..saya suka :D

      Delete
  2. Weh buat aku rasa nk blik kg skng je tauuu...huhuhu

    ReplyDelete
  3. I like your korea photos. Please check my korea photos, too. Bye..
    koreanfallenleaves.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, Paul.
      Still waiting for your latest entry ;)

      Delete
  4. nak pergi kali kedua nak enjoy local/street food plak... dulu kami try local food kat ittaewon, sekali je, pastu kat pulau nami

    ReplyDelete