Last day. Yeayyyyyy, tak sabarnya nak balik.
Flight balik KL dijangka berlepas jam 5.00pm. Masa yang ada kami habiskan di Gamcheon Culture Village dengan edisi santai habis gaya macam tak nak balik pun ada. Sempatlah kami bertemu dan bersembang dengan Raja Muda Perlis dan rombongan Tuanku di sini. Apa yang pasti, tak tawaf habis pun Gamcheon Village ne, jalan 15 minit dah budak-budak tu ajak balik (sabarlah hai!) tapi saya malas nak layan dan saya ajak mereka lepak di cafe yang ada untuk habiskan saki-baki won yang ada.
Dalam 1.30pm baru kami gerak keluar untuk kembali ke guesthouse untuk ambil backpack memasing. Part ini memang syiok. Mana taknya, boleh pula singgah layan street food dulu sampai terlupa bab flight. Sedar-sedar sampai di guesthouse dah jam 3.30pm. Dalam dok kesuntukan waktu tu pun ada hati lagi nak naik metro aje ke airport tapi Mr. dan Mrs. Kim, owner guesthouse tak benarkan kami ambil Metro kerana sah tak sempat. Akhirnya beliau carikan teksi untuk kami. Mujurlah dari guesthouse ke airport tak jauh mana, sekitar 30 minit perjalanan dengan tambang 18,000 won. Ngam-ngam sampai di airport, terus check in dan sedia untuk berlepas kembali ke Kuala Lumpur. Bayangkan kalau kami ambil Metro petang tu, nampak gayanya memang sah akan terlepas flight!
Sedikit gambar di sekitar Gamcheon.
Gambar wajib
Sempat layan patbingsu buat kali terakhir cumanya ianya tak sesedap patbingsu di Bukchon Hanok Village.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteBelum sampai Busan...huhuhuhu ntah bila nak jejak tah
Waalaikumsalam anyss
Deletetakpe, ada rezeki nanti mesti akan sampai juga..
Kalau saya 2 jam sebelum flight tu tak ada dekat airport, mesti dah cuak ok!
ReplyDeleteAkhirnya habis entry Korea Zilla ni ya, seronok membaca & tengok gambar lawa-lawa. TQ for sharing Zilla :D
saya kalau tak marathon ke airport mmg tak sah, kay huhhu
Deleterasa lega sgt2 kay berjaya juga habiskan entry korea ne walaupun dah nak masuk 1/2 tahun berlalu..ne nak masuk bab thai pula, jenuhlah nak recall apa yang jadi sepanjang trip huhuhu
Lawa gambar Busan yang penuh dengan rumah tu. Lawanya Busan. Tak b'kesempatan nak ke sana lagi. Insyallah, one day :)
ReplyDeleteTerima kasih, Siqah..
DeleteInsyaAllah satu hari nanti pasti sampai ke Busan dan lokasi lainnya...
Tu dia dah abes.. Flight ke kl pukul berapa dr busan?
ReplyDeletepuas aku paksa diri Jea nak perabihkan entry Korea ne :D
Deleteflight pukul 5pm kalau tak silap aku..nasib waktu kami tiba di kaunter, ramai lagi yang tengah check in..kalau tidak confirm tak lepas punyalah Jea..
Salam.nk tnye cmne nk book air busan ya. Sy book dia ckp no phone middle slh..puas sy buat.tlg advice blh... Ni no sy 0192346407 WhatsApp la sy ea.tq
ReplyDeletesalam annie,
Deletetiket air busan tempohari kawan saya yang belikan..nanti saya try tanya mereka macam mana kot dapat bantu annie
Rindu hendak ke Busan lagi
ReplyDeletecepat2 cari tiket Encik utk hilangkan kerinduan tu :D
Deleteseriaunya..Alhamdulillah, sempat catch the flight..
ReplyDeleteGamcheon Culture Village - my wishlist..
itulah nohas, syukur traffic ptg tu pun agak lancar..kalau tak, mau extend lagi kami di korea :D
Delete