South Korea Winter Trip 2015: Day 10 ~ Busan to KL

Thursday, March 24, 2016

South Korea Winter Trip 2015: Day 9 ~ Yeongdodaegyo Bridge & Taejongdae, Busan 

Last day. Yeayyyyyy, tak sabarnya nak balik.

Flight balik KL dijangka berlepas jam 5.00pm. Masa yang ada kami habiskan di Gamcheon Culture Village dengan edisi santai habis gaya macam tak nak balik pun ada. Sempatlah kami bertemu dan bersembang dengan Raja Muda Perlis dan rombongan Tuanku di sini. Apa yang pasti, tak tawaf habis pun Gamcheon Village ne, jalan 15 minit dah budak-budak tu ajak balik (sabarlah hai!) tapi saya malas nak layan dan saya ajak mereka lepak di cafe yang ada untuk habiskan saki-baki won yang ada. 

Dalam 1.30pm baru kami gerak keluar untuk kembali ke guesthouse untuk ambil backpack memasing. Part ini memang syiok. Mana taknya, boleh pula singgah layan street food dulu sampai terlupa bab flight. Sedar-sedar sampai di guesthouse dah jam 3.30pm. Dalam dok kesuntukan waktu tu pun ada hati lagi nak naik metro aje ke airport tapi Mr. dan Mrs. Kim, owner guesthouse tak benarkan kami ambil Metro kerana sah tak sempat. Akhirnya beliau carikan teksi untuk kami. Mujurlah dari guesthouse ke airport tak jauh mana, sekitar 30 minit perjalanan dengan tambang 18,000 won. Ngam-ngam sampai di airport, terus check in dan sedia untuk berlepas kembali ke Kuala Lumpur. Bayangkan kalau kami ambil Metro petang tu, nampak gayanya memang sah akan terlepas flight!

Sedikit gambar di sekitar Gamcheon.
Gambar wajib
Sempat layan patbingsu buat kali terakhir cumanya ianya tak sesedap patbingsu di Bukchon Hanok Village.

You Might Also Like

14 comments

  1. Assalamualaikum,
    Belum sampai Busan...huhuhuhu ntah bila nak jejak tah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam anyss

      takpe, ada rezeki nanti mesti akan sampai juga..

      Delete
  2. Kalau saya 2 jam sebelum flight tu tak ada dekat airport, mesti dah cuak ok!

    Akhirnya habis entry Korea Zilla ni ya, seronok membaca & tengok gambar lawa-lawa. TQ for sharing Zilla :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau tak marathon ke airport mmg tak sah, kay huhhu

      rasa lega sgt2 kay berjaya juga habiskan entry korea ne walaupun dah nak masuk 1/2 tahun berlalu..ne nak masuk bab thai pula, jenuhlah nak recall apa yang jadi sepanjang trip huhuhu

      Delete
  3. Lawa gambar Busan yang penuh dengan rumah tu. Lawanya Busan. Tak b'kesempatan nak ke sana lagi. Insyallah, one day :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Siqah..

      InsyaAllah satu hari nanti pasti sampai ke Busan dan lokasi lainnya...

      Delete
  4. Tu dia dah abes.. Flight ke kl pukul berapa dr busan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas aku paksa diri Jea nak perabihkan entry Korea ne :D

      flight pukul 5pm kalau tak silap aku..nasib waktu kami tiba di kaunter, ramai lagi yang tengah check in..kalau tidak confirm tak lepas punyalah Jea..

      Delete
  5. Salam.nk tnye cmne nk book air busan ya. Sy book dia ckp no phone middle slh..puas sy buat.tlg advice blh... Ni no sy 0192346407 WhatsApp la sy ea.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam annie,
      tiket air busan tempohari kawan saya yang belikan..nanti saya try tanya mereka macam mana kot dapat bantu annie

      Delete
  6. Replies
    1. cepat2 cari tiket Encik utk hilangkan kerinduan tu :D

      Delete
  7. seriaunya..Alhamdulillah, sempat catch the flight..
    Gamcheon Culture Village - my wishlist..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nohas, syukur traffic ptg tu pun agak lancar..kalau tak, mau extend lagi kami di korea :D

      Delete

Subscribe