Berfikir dan terus berfikir – setelah kena bambu :D
Sampai bila nak hidup seperti ini? Harta tiada; suami dan anak-anak juga tiada (sendu pula mukadimahnya :D) Tetapi, ini tidak bermakna saya tidak bahagia dengan apa yang saya kecapi selama ini. Dulu, mungkin iya. Rasa cemburu dengan apa yang dimiliki oleh teman-teman tetapi bukankah itu bahagian mereka. Kenapa pula saya perlu cemburu?? Setiap kita ada bahagiannya yang tersendiri; terpulang pada diri masing-masing untuk menjadikan hari-hari mereka (kehidupan) menjadi bermakna atau sebaliknya. Kebahagiaan itu bukan satu perkara yang boleh diukur; terlalu subjektif. Perkara sama yang kita miliki kadangkala tidak mampu memberikan ‘cahaya’ yang sama kepada orang lain. Itulah namanya dugaan. Tetapi tidak mengapalah, selagi kita hidup di atas landasan yang sepatutnya, apa jua dugaan yang mendatangi kita, I’Allah akan mampu kita tangani.
Harta berharga yang saya miliki saat ini adalah buku merah ini – passport (sapa2 yang pernah kehilangannya sure tahu bagaimana tak senangnya hidup kalian). Ada unsur riak? Tiadalah, takde bermaksud ke arah itu tetapi sekurang-kurangnya saya ada juga sesuatu yang boleh dijadikan bukti, hidup saya ini juga seperti orang lain (kebahagiaan) cuma dalam cara yang berbeza. Orang mungkin boleh berkata apa sahaja tetapi orang tidak tahu apa rasanya bila melihat stamp yang ada di setiap helaian buku merah itu. Setiap stamps memiliki keunikan dan ceritanya yang tersendiri. Walaupun tidaklah semeriah orang lain tetapi apa yang ada saat ini melahirkan satu kepuasan yang tidak mampu saya gambarkan.
Travel - semudah ABC? Siapa kata?
Travel pada saya bukan bergantung kepada berapa banyak negara atau tempat yang pernah kita lewati tetapi ianya lebih kepada berapa banyak pengalaman dan pengajaran yang berjaya dibawa pulang - juga bergantung kepada pendapat masing-masing dalam membuat penilaian. Inilah antara perkara yang tidak mampu diperolehi menerusi bilik darjah. Travel bukan berkaitan dengan keseronokan semata-mata tetapi sebenarnya ia berkaitan dengan diri kita sendiri – bagaimana kita bersikap (pinjam ayat Faiz) untuk melihat dan berhadapan dengan sesuatu perkara kerana apa jua tindakan yang akan/bakal/telah diambil kesannya akan kembali kepada diri kita sendiri tidak kiralah bagaimana corak perjalanan yang menjadi pilihan kita. Jika kita mengambil follow TA sekali pun, jika silap perhitungan mungkin perjalanan kita akan menjadi tidak lancar – supir buat hal, ditipu dan sebagainya. Begitu juga jika mengambil keputusan untuk bergerak sendiri (solo atau berkumpulan), kita perlu lebih teliti di dalam membuat keputusan. Oleh kerana itu, tiada alasan untuk mengatakan travel itu mudah. Perancangan sangat penting dan jangan sesekali malas untuk mencari info yang berkaitan – sekurang-kurangnya bila perjalanan kita tidak seperti yang dirancangkan kita tahu yang kita sudah mencuba sedaya-upaya dan selebihnya tuhan yang menentukan. Jadikan apa yang terjadi sebagai satu pengajaran..
Persepsi?
Mungkin ada dikalangan kita yang berpendapat travel ke sana-sini merupakan satu pembaziran – baik menabung, betul tak? Persepsi masing-masing memang bukan mudah untuk dibuang, terpulanglah. Kalau dah katanya membazir, membazirlah jadinya. Ingat, apa yang kita bayangkan/fikirkan itulah yang akan kita perolehi. Mungkin apa yang kita nampak travel itu suatu pembaziran. Yelah, keluar duit beratus-ratus RM tetapi bila pulang ke rumah hanya dengan selonggok pakaian yang kotor. Itu belum cerita bab penat lagi, betul tak? Tang manalah yang seronoknya, kan? Tetapi cuba kita lihat dari sudut yang berbeza. Pakaian yang kotor itulah yang mewakili jerih perih kita. Kepenatan yang hadir terbayar dengan pengalaman yang sangat berharga. Percayalah, setiap dari kita walau travel di tempat yang sama tetapi pengalaman kita adalah berbeza kerana pemerhatian dan penilaian kita terhadap sesuatu perkara juga adalah berbeza. Inilah yang lebih berharga dari nilai sekeping wang kertas. Wang boleh bertukar tangan, harta boleh bertukar hak milik tetapi pengalaman akan kita bawa hingga ke akhir hayat. Setuju?? – tak setuju, sudah..
Siapa kata perlu ada duit berjuta baru boleh travel?
Siapa kata perlu ada duit berjuta baru boleh travel?
Tidak perlu wang berjuta. Pepatah ada menyebut ‘di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalannya’. Bermula dengan kemahuan, kerja keras (lebih sedikit) dan jadikan ianya sebagai kenyataan. Prinsip yang sama untuk menjalani kehidupan harian kita, betul tak? Kalau ada RM100 dalam poket, kita travel dengan gaya ’RM100’ tak payahlah nak bergaya lebih daripada itu. Macam yang saya katakan tadi, perancangan. Ada pelbagai cara untuk meminimumkan kos, risiko dan sebagainya. Persoalannya sekarang adakah kita bersedia atau pun tidak untuk keluar dari comfort zone. Kalau jawapannya ‘mampu/bersedia’, apa tunggu lagi ‘ayuhhhh!!’
Saya yakin pasti kita semua biasa mendengar mengenai ‘kos melepas’, bukan?. Untuk ‘melepas’kan sesuatu yang dah sebati dengan diri untuk perkara baru yang lebih menyeronokan (pada sayalah) ianya memerlukan pengorbanan. Kalau sebelum ini, saya boleh dikategorikan sebagai ‘kaki shopping’ tetapi sekarang tidak lagi. Baju kerja pun dah bertahun tak tukar hehehe. Ikat perut tu perkara biasa pada saya – tapi perut tetap juga naik hehehe.. Selalu sangatlah kedengaran di telinga saya ini ’nak makan takde duit, jalan2 ada pula duit’. Hanya senyuman separa ikhlas aje yang mampu saya berikan. Pengorbanan yang hampir-hampir membuatkan diri terkorban :D. Seriuslah, bila kita serius terhadap sesuatu perkara sure kita akan sanggup membuat apa sahaja agar apa yang kita inginkan akan menjadi kenyatan. Haih, serius ini handphone pun saya takde tau - daifnyalah huhuhu.
Manfaat?? Tang mana tu?? - haih, sila melihat sesuatu dengan mata hati.
Saya nak tanya, apa manfaatnya pakai blackberry? Kalau untuk return/receive call baik guna Nokia 3310 tu aje, betul tak? Hakikatnya blackberry itu mampu menawarkan sesuatu yang tidak mampu ditawarkan oleh 3310, setuju? Hah, begitu jugalah dengan travel. Balik kampung tu pun boleh dikategorikan sebagai travel tau hehehe. Owh, saya orang Kedah (bila masa pula jadi orang kedah?contoh aje ini hehehe). Next month, saya ingin travel ke Kelantan (sebagai contoh). Walaupun perjalanan ini di dalam negeri sahaja tetapi hakikatnya ianya tetap sebuah perjalanan. Apa yang membezakan kedua-dua negeri ini? Off courselah, perbezaan yang paling ketara bahasa, adat resam, makanan dan sebagainya. Cuba bayangkan kalau seumur hidup kita duduk di Kedah sahaja tanpa keluar ke tempat lain, apa yang kita perolehi hanya dalam lingkungan itu sahajalah. Boleh nampakkan apa yang saya cuba sampaikan?? Jadinya, tak payahlah nak sebut mengenai manfaat, bosan!!
Kesimpulannya (dah panjang sgt ini. Ini pun tak sure ada orang baca atau pun tidak tapi tak kisahlah asalkan saya dapat luahkan pendapat saya), siapa pun kita, apa pun destinasi kita, nikmati setiap langkah yang kita ambil dengan penuh kenikmatan dan kesyukuran. Kebahagian kita bukan terletak di tangan orang tetapi terletak di tangan kita sendiri. Travel lah selagi ada daya, pedulikan cakap-cakap orang, kutiplah dan bawa baliklah sebanyak mana pengalaman yang ada dan sharelah pengalaman tersebut dengan teman-teman...
*saya tujukan entry ini buat teman saya, Faiz Ezra...
*entry ini tiada kena-mengena dengan sesiapa, harap tiada siapa2 yang akan terasa...