In
New Zealand,
South Island 2014
Journey to heaven 2014 (Day 5 - Part I) : Penginapan di Dunedin, South Island (AirBnB) - Review
04.09.2014 : Dunedin - Te Anau
Journey to heaven 2014 (Day 4 - Part II) : Elephant Rocks, Moeraki Boulders & Dunedin, South Island
Journey to heaven 2014 (Day 4 - Part II) : Elephant Rocks, Moeraki Boulders & Dunedin, South Island
Sedar tak sedar, dah hari kelima saya di NZ. Emm, sedih lagi 2 hari dah nak balik. Nak guna masa yang ada sebaiknya. Lepas ne tak tahu lagilah bila nak repeat huhuhu. Emosi dah start turun naik saat ini..
Sebelum tu saya nak share penginapan kami di Dunedin. Ialah, rumah best haruslah buat special entry. Lagi pun, ini first time kami menginap di rumah persendirian. Untuk penginapan di YHA memang saya sengaja tak buat special entry mengenainya sebab saya dah share di blog ini 3 tahun lepas.
Penginapan di Dunedin ini kami booking melalui AirBnB. Awalnya memang nak ambil hostel aje tapi tak tahulah kenapa banyak yang dah sold out. AirBnb ne kiranya option terakhirlah tapi tak kisahlah. Bila dibahagi antara kami berlima, harganya lebih kurang macam hostel juga.
Nak sebiji rumah macam ne, boleh??
Apartment ini milik Auntie Khaty (err sebenarnya nenek Khaty) dan
terletak di St. Clair, Dunedin. Rumah ini sebenarnya 2 tingkat; beliau
tinggal di tingkat atas manakala tingkat bawah disewakan kepada umum melalui
AirBnB. Harga sewa untuk apartment ini adalah NZD168/night
dan mampu memuatkan sehingga 7 orang pada satu-satu masa. Kemudahan
memang tip-top; fridge, oven, cerek, tv semua ada. Free wifi juga turut
disediakan. Satu aje kekurangannya, takde dapur!!! Punah harapan nak
masak kari salmon hehehe. Toilet pula memang hebat, rasa macam tak nak keluar
je sebab best sangat :D! (sorry takde gambar, tak teringat pun nak snap).
Lokasi?? Emm, tak jauh pun dari pusat bandar. Dengan kereta, pusinng-pusing dah sampai hehehe (kes malas nak upload map :D).
Kawasan kejiranan..
Tang Laut tu sangat tak boleh blah, hahaha..
Ruang tamu, terasa macam berada di rumah.
Tak berapa nak panas pun... Best lagi heater dalam toilet hehehe.
Chess tapi tak larat pun nak main..
Sila abaikan keadaan yang bersepah tu hahaa! Katil ne betul-betul di sebelah pintu masuk. Best sebab tilamnya ada heater (siap boleh adjust kepanasan ikut selera memasing).
Ini bilik utama, memang best.
Masih lagi dibilik utama.
Dipendekkan cerita, ini antara penginapan terbaik sepanjang saya dok aktif jalan sana-sini. Maklumlah biasa dok dorm aje, sesekali dapat private apartment macam ini hilang jugalah rindu-dendam sikit-sikit kat rumah sendiri (walhal dok umah kg je kalau di Msia hehehe). Jadinya, memang saya recommend apartment ini buat kawan-kawan semua. Berbaloi dengan wang yang bakal dikeluarkan.
*bersambung untuk jalan-jalan di sekitar Dunedin