Journey to heaven 2014 ( Day 3 - Part II) : Hooker Valley, Mt.Cook

Saturday, September 20, 2014

Journey to heaven 2014 ( Day 3 - Part I) : Menuju Hooker Valley, Mt.Cook

Track : 10km/return
Duration : 5-6 hours/return

Kami start dari White Horse Hill carpark. Mulanya ingatkan kena register terlebih dahulu dengan DOC, tercari-cari juga di mana office/officer tapi tak jumpa pun. Kami buat kesimpulan sendiri, tak perlu register dan aci redah ajelah. 

Saya takde idea apa yang bakal menanti kami sepanjang trek ini. Info dari internet, katanya trek simple tapi tak tahulah kan sesimple mana yang mereka maksudkan. Apa pun, kami try mana yang termampu. Ada rezeki sampailah ke Hooker Lake, kalau tidak kita patah balik hehehe.

Jom ikut saya...
Awalnya memang sedikit keliru mana arah yang perlu kami ikut. Trek bercabang. Tercari-cari juga petunjuk arah.
 
Kalau jumpa petunjuk arah ni, kira betullah laluan yang diambil. Ini merupakan petunjuk arah terakhir untuk ke Hooker Valley. Make sure, ikut aje trek sediada.

Dalam 10 minit berjalan, kita akan berjumpa dengan Muller Lookout terlebih dahulu. Wajib singgah kat sini.
Sebahagian daripada pemandangan dari Mueller Lookout.  Yang kelihatan sebahagian daripada Mt. Sefron, Mueller Terminal Lake dan jambatan pertama.

Puas lepak-lepak di lookout point, kami kembali  meneruskan perjalanan. Maklmumlah kami start trekking pun dah tengahari, kalau berlama-lama risau dah gelap pula nanti waktu berpatah balik. Masih jauh lagi untuk tiba di lake.
 
Jambatan pertama merentangi Hooker River - giler gayat kat sini sebab tepinya tak ditutup. Goyangnya pun lain macam je hehehe.
 
 Trek selepas jambatan pertama. Panas giler time ne. Jaket pun dah tak sanggup nak pakai.

Seterusnya kita akan bertemu jambatan kedua. Kali ini keadaan jambatan lebih utuh dan paling penting takde lubang untuk terintai-intai apa yang menanti dibawah hehehe.
Hooker Bluff Bridge (2nd bridge). Hooker River ini mengalir terus ke Lake Pukaki.

Melepasi jambatan kedua, ada disediakan kawasan untuk berehat. Apa lagi, stop lagilah untuk isi perut. Giler lapar tau!!
Kita makan dulu!!! Nampak tak sebelah tasyha tu ada apa? Cuba tengok betul-betul, ada bayang 'entiti' kan?? hehehe

Lama jugalah kami berhenti lepak kat situ. Dari jambatan kedua  menuju ke jambatan ketiga, jaraknya memang agak jauh dan keadaan jambatan itu sendiri lebih panjang dari yang dua jambatan sebelumnya.
 
Stairway to heaven :D
Anak panah merah, tu toilet. Satu-satunya toilet yang ada sepanjang trek ini (kalau dah terdesak sangat buang ajelah celah semak-jauh giler tu nak sampai ke toilet ni).
 Upper Hooker Bridge (3rd bridge) - jambatan terakhir.
 Dah dekat sangat dah ne dengan lake.

Akhirnya, setelah trekking hampir ~2.5jam kami tiba di Hooker Lake. Subhanallah, tak tahu nak kata apa. Hilang terus penat.
Hooker Lake. Semuanya beku. 

Jom kita turun ke pinggir tasik.
First time tengok iceberg - terus teringat film Titanic.
Mt. Cook atau Aoraki - tak terjangkau dek otak macam manalah derang tawan puncaknya.
 
Kami berlima. [Pic : Pijah Pelangi].

Hari semakin lewat. Keadaan keliling pun dah mulai sunyi. Kami ambil keputusan untuk berpatah balik dengan melalui laluan yang sama.
Matahari dah semakin 'jatuh' dibalik Mt.Sefron.
 
 Mt.Cook dari kejauhan.

Sepanjang perjalanan berpatah balik ini, sempatlah kami menyaksikan avalanches. Bunyinya aje dah cukup menakutkan, seram. Memang rasa bersyukur sangat-sangat kami tak teruskan dengan plan asal. Kalau tak, tak tahulah apa nasib kami huhuhu.
Sekali lagi kami singgah di Mueller Lookout untuk lepaskan lelah.
Mt. Sebastopol.

Dari parking lot kami terus bergerak ke YHA Mt. Cook, NZD31.50/night (dorm). Hari yang panjang. Giler kentang, sejuk beku suasana malam tu. Memang tak sangguplah nak berstar gazing. Lepas settle semua urusan terus zzzzzzzzzzzzzzzzz. Tak fikir apa dah hehehe.
Female dorm untuk 8 orang tapi dalam bilik ini hanya saya berdua dengan tamu dari Korea.

You Might Also Like

28 comments

  1. views dlm entry ni sgtlah menunjukkan stairway to heaven! waaaahhh subhanaALLAH cantik yang amat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. John, kalau tgk dgn mata sndiri lagilah tak terkata apa..aritu pun masa terbang dari CHC-Mel, sanggup dok tahan kantuk mata sebab nak tgk view mt.cook dari udara...nasib baik jugalah full moon, semuanya kelihatan indah sekali...

      Delete
  2. Subhanallah cantik
    Lagi part matahari jatuh
    Nk p nz jgk cmni
    Nmpk kain batik di sebalik bendera malaysia kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. semangat merdeka Ajla..tu yang berkain batik bagi hehehe...

      Delete
  3. YA AMPUUUUNNNN~ Lawa gile...*nanges tepi bucu katil

    AKu tak kuad smangad ni...ada gak yang beli trus tiket flight ni...

    Aaaa korang gi trek Hooker Valley ni tak pakai guide eh? selamat ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nana, la ne spring kat sana..sesuailah kalau nak p, mesti cantik giler hehehe *tuang racun...
      Hooker Valley tak payah pakai guide..trek dah sedia ada, ikut aje Insyallah selamat...sebenarnya kalau nak trekking di NZ memang tak payah pakai guide..kalau nak pakai juga, giler mahal ok...lebih mahal dari harga tiket kapal terbang hehehe...

      Delete
  4. Adeiii... Nak mambuang kat semak tu pon kena ada teknik... Tumpang lalu tok... Cucu tumpang buang... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...kalau tok tak bagi lalu, mcm mana pula?? :D

      Delete
    2. Kena guna teknik kemam & kepit laa jawapnya... Ha Ha Ha...

      Delete
  5. cantiknyaaa..subhanallah
    eh, korang saja pakai kain batik tu utk buat #travelsarong ke apentah yg dlm i.g tu?
    tapi memang sempoii...cute hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. i.g tu apa dzu??sorrylah saya memang buter sikit bab2 teknologi ne hehehe...konon m'sian lah sangat, tu yang berkain batik bagai tu hehehe...

      Delete
  6. trek die nmpk santai dan xsusah..dgn pemandangan yg cantik tu..

    amboii..siap berkain batik lagi..ayu!heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. trek dia mmg x berapa susah pun ann...so sapa2 pun boleh try jalan kat sini...

      ayu, lah sangatkan?? hahaha..tu pun jenuh nak mengikat, maklumlah pakai pun setahun sekali je hihihi

      Delete
  7. Korang memang gigih sungguh... Memang berbaloi dapat tengok pemandangan yang cantik sesangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En.Mie, nak kata gigih tu takdelah..tapi mungkin kami ada target kami sendiri...tu yang x larat macam mana pun kami paksakan diri.

      Delete
  8. Indah banget..tak bisa diungkapkan dengan kata-kata keindahan pegunungan di Selandia Baru itu Mbak Zilla. Beruntunglah Mbak Zilla bisa menikmati langsung keindahan alam Ciptaan-Nya. Subhanalloh.

    ReplyDelete
  9. Speechless..memang lawa sangat2....

    ReplyDelete
  10. Korang sarung kain batik tu kat tengah2 alam tu ke?
    Style laaaaa!!

    ReplyDelete
  11. Bestnya! Masa kami sampai Mount Cook, hujan tak berhenti dari petang-malam-pagi. Takde rezeki nak trekking kat situ..

    ReplyDelete
  12. Subhanallah!!! Lawanyeeeeee. Kalau aku gi xtaula larat ke x nak meredah trek tu. Tapi tengok gunung ganang tu semua memang sah boleh hilangkan penat. Pasni kena gigih training kaki, kasi fit sikit. La ni naik tangga 2 tingkat pun dah mengah.

    ReplyDelete
  13. pic berkain batik tu mmg EPIC!!!! hihhi

    ReplyDelete
  14. bestnyer zila...dec ni inshaallah nak p sana, moga2 tak semput la....

    ReplyDelete

Subscribe