Journey to heaven 2014 ( Day 3 - Part I) : Menuju Hooker Valley, Mt.Cook
Thursday, September 18, 201402.09.2014 : Lake Tekapo - Mt.Cook
Dah start lemau nak up entry baru. Haih, harapnya kelemauan ini tidak akan berterusan, nak habiskan cepat-cepat sebelum terlupa semuanya.
Entry ini memang banyak gambar. Sila jangan muntah melihatnya huhuhu
Hari baru di South Island. Lepas selesai urusan wajib, kami terus masuk dapur. Hari ini kena prepare menu lebih sikit untuk bekalan waktu trekking di Hooker Valley. Macam biasalah menu orang bujang; nasi goreng dan meehon goreng. Dapatlah seorang sebekas. Manakala untuk breakfast pula, kami hanya alas perut dengan baki meehon goreng yang ada dan cereal. Alhamdulillah, kenyang!!
Selesai breakfast, kemas-kemas, bersiap dan terus check out. Sebelum berangkat sempat lagilah turun ke lake untuk tatap keindahan Lake Tekapo buat kali terakhir. Haih, serius rindu dendam dengan ketenangan tempat ne.
YHA Lake Tekapo - salah satu penginapan yang offer pemandangan terbaik Lake Tekapo.
Puncak yang tertinggi, itulah Mt. John.
Lake Tekpo berbackgroundkan Southern Alps.
Church of Good Shepherd
Bye bye Lake Tekapo, kalau ada jodoh pasti kita akan ketemu lagi (kalaulah daun-daun boleh tukar jadi duit, mau tiap-tiap bulan saya singgah di NZ hehehe).
Perjalanan diteruskan menuju Mt.Cook. Konon nak singgah di Mt.Cook Salmon Farm dulu tapi ehhh, awat ditutup?? Siap berpagar lagi sebab tak nak ada kenderaan yang masuk. Tak tahulah apa dah jadi dengan tempat tu huhuhu.
3 tahun yang lepas, inilah laluan yang kami ambil untuk ke Salmon Farm.
Puas bergambar-gambar di laluan yang dah ditutup tu, kami kembali teruskan perjalanan. Untuk makluman kawan-kawan, jarak dari Lake Tekapo ke Mt.Cook dalam 54km sahaja. Dekat tak dekat, jauh tak jauh; silalah pastikan minyak penuh terisi (jangan jadi macam kami hehehe). View sepanjang jalan dah start memukau dengan berlatarbelakang Southern Alps. Time ne nak tidur pun tk sanggup, cantik sangatlah viewnya. Rumput kering pun nampak cantik, tu belum lagi part longkang; jernih sungguh airnya siap boleh buat cermin muka :D.
Subhanallah, nak kata apa lagi dengan keindahan seperti ini.
Lake Pukaki
Bila kenderaan mula melintasi Lake Pukaki, haih memang terpukau sungguhlah. Kami stop di pinggir jalan untuk snap gambar, dah takde maknanya nak cari lookout point ke apa, belasah ajelah hehehe. Tak sangka pula lepas tu ramai je yang ikut berhenti bersama-sama kami :D.
Ne dari sudut yang berbeza pula.
Puas dengan Lake Pukaki, kami kembali meneruskan perjalanan.
Waktu ini kabus tebal kehitaman mula menghampiri kami. First time tengok fenomena seperti ini. Awalnya cuak jugalah sebab lain macam sangat warna kabusnya tapi bila jalan melepasinya, Alhamdulillah takde apa-apa yang berlaku.
Memasuki persimpangan menuju Mt.Cook. Segalanya semakin jelas kelihatan.
Stop lagi, kali ini untuk biri-biri. Macam biasalah, nampak je kitaorang keluar dari kereta semua mencanak lari. Belakang tu masih lagi Lake Pukaki.
Tak tahu nak kata apa lagi dah, memang cantik sangat-sangat.
Kalau jumpa ne, maknanya dah dekat dah dengan Mt.Cook Village.
Akhirnya..
* bersambung untuk trekking di Hooker Valley Track.
9 comments
hai cantiknyaaa...macam drawing, macam mimpi pun ada..
ReplyDeletekena determine sikit nak kumpul duit pergi nz hehehe
dzu, moh kita sama2 b'harap sgt AA buka balik route KL-CHC hehehe..
DeleteHaish tgk entry ko ni buatkan aku rindu kat NZ..bestnye ko dpt p Hooker valley tu, aku aritu dh petang sangat sampai sini huhuhuhu..
ReplyDeleteNa, aku ada baca entry ko tu...syukur ko cancel plan ko nak trekking ke Hooker Valley tu..jauh tau...memang derang letak kat signboard tu 1j 35min je tapi takde maknanya...
Deletesubhanallah..sangat cantik..dah tak sabo2 dah ni nak pi nih..ishhh wajib besengkang mata tak mo tido kat sana demi nak record scenery yg super ohsem nih..nanges tengok T T
ReplyDeletechimei, kalau dah ngantuk tido ajelah hehehe....
Deletehaih.. telan air liur aku tengok ni. Thank you Zilla. Aku tahu mana nak rujuk kalau ada rezeki aku di masa depan,
ReplyDeletehaih, saya lagi telan air liur tgk awak punya trip tau...
DeleteSubhanallah! cantik gilaaa view gunung tuuuu
ReplyDelete