Bromo - Insyallah, kalau takde aral melintang ini merupakan kali ketiga saya singgah di tempat ini. Tak tahulah kenapa, tarikannya sentiasa membuatkan saya rindu. Kali ini saya tidak akan singgah di Penanjakan 1 atau 2 tetapi saya akan berada di kaki gunung ini untuk merakamkan keindahan sunrise dari sudut yang berbeza pula. Semua ini gara-gara termakan racun dari blog Journal Kinchan; salah seorang blogger fav saya dari Indonesia.
Turun ke Bromo hanya untuk sunrise. Setelah itu saya blur; tak tahu ke mana lagi mahu dituju. Asalnya perjalanan mahu dilanjutkan hingga ke Ijen tetapi kerana statusnya yang ditutup kepada pengunjung, saya cancelkan niat itu. Baluran dan Plangkung juga saya batalkan kerana tidak cukup waktu. Dari idea asal itu, berganjak pula ke idea untuk explore pantai-pantai di Malang Selatan hasil idea dari teman saya di sana. Bila di google gambar-gambarnya; memang indah tetapi tak lalu la pulak sepanjang waktu mengadap pantai hehehe. Saya bukanlah pencinta pantai pun. Then, idea datang pula nak tengok upacara Wisak dan pelepasan lampion ke udara di Borobudur tetapi memang kerja giler ne sebab saya cuma ada masa sehari aje untuk pergi dan kembali semula ke Surabaya - idea memang macam-macam tetapi satu pun tak boleh pakai hehehe.
Jadinya, setelah puas membelek buku LP Indonesia akhirnya keputusan muktamad diambil "jom, Madura" - ada berani?? "Kecut perut" hehehe. Tak perlulah saya terangkan apa yang sinonim dengan Madura ini. Google aje sure korang akan dapat jawapan. Jadinya, untuk hilangkan rasa takut dan ragu-ragu, kawan saya telah memperkenalkan salah seorang temannya yang berasal dari Madura untuk dijadikan sebagai travel guide kami nanti. Upah memang perlu untuknya tetapi tak kisahlah at least ada yang tahu selok-belok di sana; sekurang-kurangnya hilang sedikit resah.

Info mengenai Madura di internet memang sangat-sangat terhad. Tak ramai yang berkunjung ke wilayah ini. LP memang sangat membantu dalam memberi idea. Itinerary saya ikut based on apa yang ada di LP dan saya gabungkan dengan idea yang diberikan oleh teman-teman saya itu. Paling saya nantikan, untuk menyaksikan sunset di Toroan Waterfall; air terjun yang bersambung terus ke laut lepas dan melihat perusahaan garam di Sumenep (saya dapat infonya dari salah satu program di channel Travel & Living).
Sekadar info - Pulau Madura terletak di sebelah timur Jawa Timur dan dihubungkan dengan Jambatan Suramadu dengan wilayah lainnya di bawah Jawa Timur itu sendiri. Selain dari jambatan yang terkenal ini, pulau ini juga boleh diakses dengan menggunakan feri di antara Situbondo dan Sumenep. Tarikan utamanya selain Jambatan Suramadu adalah keunikan acara karapan sapi atau lumba kerbau yang berlaku sekitar bulan Oktober. [info : Google].

Toroan Waterfall [sumber : Mr. Google]
Perusahaan garam @ Sumenep [sumber : Mr. Google]
Itinerary masih dalam proses penambahbaikan. Budget masih diawang-awangan, hopefully below Rp1j lah. Penginapan di Sumenep pun masih tak tahu apa cerita.
*haih, ikut hati semua nak p..tapi cuti dan ongkos yelekkkkk hehehe.