Penang : JJCM
Thursday, April 11, 2013
Kalau sebut pasal Penang, 1st yang terfikir nasi kandaqnya yang enak. Macamlah takde gerai/restoran yang jual nasi kandaq di KL ne tetapi setuju tak kalau saya katakan rasa tu tak sama seperti di Penang. Nasi Kandar Beratur dan Line Clear antara yang menjadi sebutan. Selain dari nasi kandaq, char keow teow, laksa penang, pasemboq antara yang dicari-cari kalau singgah di Penang.
2days 1night di Penang, tak banyak yang boleh kami try. Nasi kandar pun tak sempat nak pekena. Untuk tempat-tempat makan best yang ada di Penang, terima kasih banyak buat teman-teman yang banyak memberikan info. Sayang tak sempat nak rasa semuanya.
Kita start dengan breakfast. Tak perlu nak fikir mana nak cari sebab Ryokan menyediakan breakfast untuk kami. Antara menu percuma yang disediakan telur goring, pisang, roti bakar dan jem berserta sosej.
Breakfast @ Ryokan Hostel
Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama - macam-macam ada kat sini sampai tak tahu mana satu yang sedap, mana satu tidak. Apa yang famous yang kat sini? Coconut shake (RM3) dan mee sotong (tak try pun). Suasana di sini best sebab tepi laut dengan angin sepoi-sepoi bahasa (itu pun kalau tak ributlah). Satu yang tak syok, ramai peminta sedekah yang berkeliaran. Budak-budak lagi..emmm...
Sotong 2 rasa (sotong kangkung dan sotong bakar) - RM34/set.
Pasembur - RM10. Tak sesedap pasembur 'menari'.
Padang Brown/Vroom - kitaorang tiba di sini pun dah lewat malam. Gerai-gerai yang ada pun majoriti dah pakat berkemas, yang tinggal cuma ini - Majid Special Celor-Celor. Ikut apa yang Sinner bagitahu, makanan di sini semuanya sedap-sedap.
Sila perhatikan setiap hujung lidi untuk pastikan harganya.
Steamboat - kuahnya sedap jugalah (kuah kacang). Untuk sos cilinya, saya tak try pun.
Untuk laksa Penang pula, kami pekena di Pulau Betong area Balik Pulau kalau tak silap, sejam drive dari George Town. Sebenarnya nak cari laksa bawah pokok tapi tutuplah pula. Ini aje gerai yang berniaga tengahari.
Gerainya bersih dan terletak tepi jalan, senang sangat nak cari.
Menu dan harga.
RM3.00/mangkuk. Rasanya oklah kalau lagi masam lagi masyukkkk :D
Selesai pekena laksa, kami pekena pula ABC. Tanya owner gerai laksa mana ABC best katanya dekat dengan titi tidak jauh dari gerainya. Apa lagi terus ke sana. Gerai keck aje tapi orang memang ramai. Jenuh nak tunggu ABC kitaorang siap huhu. 4 mangkuk ABC dan 1 mangkuk rojak buah berharga RM10.40
Tak berhenti pakcik ne mengisar ice. Banyak sungguh order yang diterima.
Jenuh nak mengabiskan
Syok sebab banyak jagung dan kacang. Selain itu dalamnya ada kismis, buah pala dan buah apa tah (tak tahu nama)
Rojak buah
Jajan @ Bukit Bendera
Kacang kuda @ Bukit Bendara
18 comments
Char keow teow yang sedap di kawasan pulau ialah John Char Keow Teow dekat dengan Kem Tentera Sg. Ara. Gerai kecik jer.
ReplyDeleteKalau area Seberang Prai memang banyak ckt yang sedap.
Oh terima kasih byk utk info nya ini..next time kalau ke penang, bolehlah cari..blh tau, waktu operasinya bermula dari jam berapa? ptg atau malam?
DeleteBestnya Zilla....
ReplyDeleteDah lama tak buat ops JJCM nih!
Arghh..terus lapo!
apa lagi cheq...jom JJCM :D
DeleteJom aa..jjcm kat umah PM pun boleh....*matilaaaa..
Deletekena tunggu PM offer dululah...segan nak aci redah hehee
Deletezilla, korang tak pergi pekena roti canai yang glamor tu ker untuk bekpes, aku tak ingat dekat mana, tapi macam tepi jalan jer...pastu kalau malam, aku suka makan sup hameed cicah roti, hehe...
ReplyDeleteerr sila ingat balik di mana letaknya gerai roti canai tu hehehe..sup hameed tu pula kat mana? aduhh,byk betul tempat makan best kat penang ne..harus buat trip susulan khas utk JJCM nampak gayanya ne..jom Orga, kita serang penang hehehe
DeleteSaya tinggal di Penang. Tengahari tadi saya bawa kawan-kawan makan nasi Arab di Shami Restaurant di Bukit Gambir. Ada macam-macam jenis nasi Arab. Sedap!
ReplyDeleteOwh, next time kalau ke Penang lagi bolehlah jumpa akak ye ehehe..
DeleteBoleh apa salahnya. Nanti bolehlah saya bawa pergi makan, insyaAllah :)
DeleteKat Penang mesti letak buah kabung dalam ABC . Betul tak, betul tak?
ReplyDeletebuah yang warna putih dan bujur.
hah, betullah buah kabung..jenuhlah dok ingat apa bendalah namanya hahaha...
DeleteCoconut shake tepi padang kota lama, sedapp!Agree mmg ramai budak2 mtk sedekah dkt kompleks renong tu..xdan ddk..siap ade main cuit2 lagi..hurmmm...
ReplyDeleteYg tmpt2 lain tu xpernah lg, mesti try ni!!
tepi padang atau di food court tu?kalau tepi padang, belah mana ekk gerainya?hehehe..rasanya ada sendikitlah kat situ..sebab ramai sgt dan tak terkawal jumlahnya..
DeleteWow, wisata kuliner ya kak... Nampaknya enak2 kak.
ReplyDeletehahaha..enak, itu pasti!!hehehe
Deletedidila laksa shop sekarang ni dah ada fanpage tau. saya ialah pelanggan tetap didila laksa shop. dia kawan saya. laksa dia bagi saya memang best, walupun ramai orang meniaga laksa kat balik pulau. ;D
ReplyDelete