24/07/2011 : Semporna - Mabul Island
* Pening kepala nak pilih gambar untuk dishare di sini ..Maaf la kalau entry kali ini terlalu byk pic, pening2 hehehe
Hari ke-2 di negeri di bawah bayu, Sabah disambut dengan cuaca yang terlalu baik. Kami bangun seawal 5.30am kerana perlu berada di jeti seawal 7.20am utk berangkat ke Mabul (yeayyy!) Keadaan sekitar dah pun terang sebenarnya, kalau ikutkan mcm dah terlewat bangunnya memandangkan Subuh di sana lebih kurang 4.30am. Selesai membersihkan diri dan mengadap tuhan kami terus check out jam 7.00am. Breakfast pagi ne? Emm, makan ajelah apa yang ada; donut sorang sebiji yang dibeli di Giant dan mineral water. Bukan tak nak p cari breakfast tapi takut terlepas boat. Tunggu punya tunggu, punya tunggu dan tunggu (cam ampehh je ayat), rupa2nya boat b'gerak ke Mabul dalam 8.05am. Adoi memang janji melayu betulla..
Pagi itu, kami dipecahkan kepada 3 boat dan kami dalam boat yang ketiga. Melangkah masuk hati dah teruja ('mabul, mabul, mabul' hati cekonon menyanyi :D). Perjalanan dari jeti ke Mabul mengambil masa lebih kurang 45minit tapi pakcik si boatman giler memecut, tau2 sat je dah sampai (uihhh kecut perut hehehe). Tiba di Uncle Chang, kami diminta utk breakfast terlebih dahulu (FOC). Menu pagi tu nasi goreng bawang putih 'bodo', meehon goreng 'kurang bodo' dan telur rebus (ambil la ko nak banyak mana pun, takde sapa melarang..eat until u die hehehe). Minuman panas juga turut disediakan tapi nak minum sila bancuh sendiri kerana bahan2 semua dah disediakan. Roti pun ada, tapi semua kena layan diri. Selesai makan, nikmati kawasan sekliling dan kami diminta untuk bersiap untuk snorkling di Kapalai dan Mabul (yeayy! sangatlah...)
Suasana di Uncle Chang ne; derang sedang gigih 'mengilatkan' badan :P Saya suka sangat dengan suasana di Uncle Chang, segala2nya indah di mata saya hehehe
Anak2 dari Bajau Laut. Mereka singgah di Uncle Chang untuk menjual hasil laut yang diperolehi. Bayangkan ye 3 ekor lobster derang jual dengan harga RM30; giler murah ko!! Tapi satu sudut yang lain saya rasa kesian sebab dengan harga yang giler murah macam tu pun mereka2 yang kononnya berkepuk duit di poket pun masih gatal nak minta tawar. Tak kesian ke? (nanti saya cerita kenapa saya kata begitu). Berpada2lah kot ye pun...
Perjalanan diteruskan ke destinasi pertama iaitu Kapalai Island yang terletak tidak jauh dari Mabul. Sepanjang perjalanan ke Kapalai hati dok memuji 'cantiknya'. Sungguh, cantik sangat2. Tak tergambar dengan kata2 keindahan yang ada. Subhanallah, sungguh indah ciptaan tuhan, kawan2. Perjalanan ke Kapalai mengambil masa lebih kurang 15minit.
Inilah Kapalai. Subhanallah, cantik!! :D Untuk mereka2 yang ingin b'snorklg, mereka akan diturunkan di sini sementara boat akan menuju ke satu sudut yang lain utk menurunkan mereka2 yang ingin mencuba scuba diving. Dari pic ne pun boleh tahukan betapa jernihnya air di perairan ini. Saya tak turun pun utk snorklg sebab saya takut hahaha (pengakuan berani mati ne :D)~ Sungguhlah saya ne fobia dengan laut sebab pernah ada pengalaman menakutkan + luka di tangan masih belum pulih sepenuhnya. Jadinya bukan senang utk saya lupakan apa yang dah jadi dan terjun utk snorklg bersama2 teman2 yang lain. Tak apalah, skurang2nya saya dapat menghayati keindahan ciptaan tuhan dari sudut yang berbeza (kawan2 saya kata dasar di Kapalai jauh lebih cantik dari dasar di Mabul).. Bersama2 saya atas boat ada sorang mamat dari Bangi yang juga tak berani nak turun sebab tak reti berenang hahaha! Muka aje ensem, gaya macho giler tapi tak reti berenang, guane tu hihihi..So sementara kawan2 sibuk b'snorklg, saya layan kamera sambil sembang2 kosong dgn mamat tu..oklah, tak sombong orangnya (ayakk lupa pula minta no phone hahahaa). Kami diberi masa 45minit utk b'snorkling di sini..
Di sinilah para penyelam yang ingin mencuba scuba diving dan ingin mendapatkan lesen diturunkan. Cantikkan? Disebabkan saya tak turun snorkling jadinya saya b'kesempatan mengikut boat ke sana- ke sini...Saya bgth pakcik si boatman, kalau dapat buat majlis kawin kat sini pun syok juga..giler cantik, lain2 dari yang lain (hah, sila jangan curi angan2 saya ne ye kawan2 :D)
Seterusnya kami bergerak ke Mabul Island utk snorklg buat kali ke-2. Kali ini nak turun-x nak, haih berdebar2 ne. Pikir2 oklah, saya turun (makk takuttt!). Saya buka balutan luka, pakai life jacket dan lain2 dan turun..opsss mana pelampung ye hahaha~ Gilerla takut. Dah la time ne ombak sikit punya kuat dan air pun sedang pasang mau tak fikir mati je huhuhu~ Dengan bantuan seorang mamat ne, dialah yang guide saya..Dari dok terkial2, terbalik sana-sini heheh~akhirnya berjaya juga saya snorklg, berjaya juga saya mlihat keindahan di dasar Mabul. Tq mamat yang tak tahu nama sebab sudi melayan ketakutan saya hehehe~ Wow, kalo budak2 ne sure dah teruja nak bercerita apa yang derang tengok :D Cantik sangt2, haih p la sndiri dan tengok sendiri. Tak retilah nak cerita hehehe~ Cumakan kat sini ada jellyfish, tak nampak pun rupanya tau2 dah perit kulit kena gigitannya (err jellyfish menggigit ke?) Sekali lagi kami diberi masa 45 minit utk b'snorklg sebelum berpatah balik ke Uncle Chang err kami singgah di satu sempat sebab mat2 saleh dok bising2 nk snorklg di tempat yang lagi best. Dah ler ombak giler kuat time tu, masing2 mabuk laut dan wekkkkkk, arghhhh lega giler dah muntah :D
Tiba di resort, lunch pula (seperti biasa belasah ajelah sampai perut meletup, takde sapa pun nak marah :D). Perut dah kenyang check in dulu, dapat bilik cantik, ada aircond (hehehe) dengan harga RM60/person. Letak barang2 dulu dan kami ambil keputusan utk jalan2 di kawasan sekitar memandangkan di belah belakang resort ada perkampungan kaum banjar.
Inilah wajah2 yang menghuni mabul. Kesianla kawan2..Terasa beruntungnya hidup saya ini. Walaupun tidak berharta tapi saya masih ada peluang untuk ke sana-sini mencari erti sebuah kehidupan. Syukur sangat2 skurang2nya saya tidak hidup sesusah mereka ini :-( Lama kami pusing2 kawasan sekitar sebelum berpatah balik ke hostel memandangkan senja sudah pun melabuhkan layarnya huhuhu
Sementara menunggu giliran untuk membersihkan diri saya dan tasya ambil kesempatan utk lepak di satu sudut hostel (memang terbaik lokasinya) untuk melihat sunset. Subhnallah, sekali lagi hati memuji kebesaran Ilahi. Cantik kawan2, inilah saat yang saya impikan sekian lama. Alhamdulillah, saya menginsafi diri...
Selesai membersihkan diri dan sebagainya, kami keluar ke dewan makan untuk dinner pula (makan lagi hahaha) Menu kali ini sotong masak kunyit, sayur petola dan daging masak kicap (kot). Ada live band tau. Ayakk, sangat admire dengan 'tukang ketuk' tong drum :D Keadaan sekeliling pun dah mulai meriah..mamat2/minat2 bermata selain dari hitam dah mulai minum dan mabuk2 (busuk baunya). Cepat2 makan then kami lepak di satu sudut yang lain sambil melayan keindahan malam. Cuaca sangat baik malam tu, bintang2 jelas di langit, haih tercapai hasrat kitakan tasya nak tengok bintang together2 hehehe Lantak p dengan keadaan sekeliling yang riuh rendah dan serabut, saya masuk ke alam saya sendiri; berfikir tentang semalam dan akan datang..Sedar2 bila nampak asap muncul di belakang saya, wahh rupa2nya derang sedang 'bermain dengan api' mujur tak terbakar diri :P :D
Apabila keadaan sekitar makin tidak terkawal, saya dan tasya lari ke tempat biasa kitaorang lepak sambil memerhatikan anak2 ikan yang asyik berenang ke sana- ke sini..try bagi roti tapi ehh ikan2 ini sangat jual mahal ok..tak heran pun dengan roti2 yang ditabur huhuhu~ Kusyuk melihat ikan2 berenang dan akhirnya kami ambil keputusan utk masuk ke bilik dan tidoooooooo..mampuih p la dengan aktiviti mereka2 diluar, bising2 itu pun kami tetap tido lena hingga ke pagi :D
*penat sungguh2!!