In
Indonesia,
Lombok-Sumbawa-Labuan Bajo-Bali
Day 4 : Gunung Rinjani ~ Perjalanan yang memukau (Part III)
14.09.2013 : Danau Segara Anak - Senaru
Hari terakhir.
Kami dikejutkan sekitar jam 5.00am. Seperti biasalah breakfast terlebih dahulu dan sekitar jam 5.30am kami berangkat meninggalkan danau. Hari yang panjang dan kami dijangka akan berjalan dalam 9 jam untuk tiba di pintu Senaru.
Danau sekitar jam 5.30am.
Pemandangan pagi hari di sekitar danau sangatlah memukau. Tak habis-habis berhenti untuk ambil gambar - bila nak sampai kalau macam tu kan? Trek hari ini pula agak sukar berbanding hari-hari sebelumnya kerana banyak batu besar yang perlu kami panjat sebelum tiba ke Pelawangan Senaru. Dah tak ubah macam buat rock climbing. Silap langkah jatuh ke gaung huhuhu.
Sebahagian dari trek menuju ke Pelawang Senaru.
Layan ajelah gambar ya..
Akhirnya, setelah puas berlelah kami tiba juga di Pelawangan Senaru. Fuhh, sekali lagi view yang memukau (serius tak tahu nak guna ayat apa).
Pelawangan Senaru. Yang hijau tu toilet - itu pun kalau lalu nak masuk hehehe
View dari Pelawangan Senaru.
Sayup kelihatan, itulah Gunung Agung di Bali.
Seperti berada di 'negeri atas awan'.
Kami lepak di Pelawangan dalam 20 minit sahaja. Perlu bergegas menuju ke Pos III kerana di situlah nantinya kami akan berhenti rehat sekitar 2jam untuk lunch dan sebagainya. Dari Pelawangan menuju Pos III treknya terdiri dari batu-batu kecil. Cara paling mudah nak melaluinya adalah dengan berlari tetapi awas, banyak 'bom atom' sepanjang trek. Tak tahulah apa perasaan mereka membuang 'bom atom atau sebenarnya sisa kumbahan' di kawasan terbuka begini huhuhu - menyusahkan orang tau!!
Tiba di Pos III, kami hanya request instant noodle soup. Penat, dah tak lalu nak makan nasi. Pos III ini kiranya pos yang memisahkan antara savanah dengan hutan. Yup, trek kami selepas ini adalah hutan tebal dan perlu menuruni anak-anak tangga yang terhasil dari akar-akar pokok (bila dengar part anak tangga, masing-masing dah mengeluh. Sah tragedi di Mount.K akan berulang lagi di sini hehehe).
Pos III
Memasuki hutan dan treknya, urat kembali menegang. Nak laju pun dah tak boleh. Lutut pun dah tak boleh berfungsi sepenuhnya. Cara yang kami gunakan untuk mengurangkan tekanan kepada lutut adalah dengan menjadikan tongkat sebagai 'kekuda' utama dan kemudiannya bergerak secara mengiring. Saat ini juga kami berpecah kepada 3. Hinggalah kami bertemu semula di Pos II, kami dimaklumkan bahawa apa pun jadi, kami perlu tiba di gate Senaru ASAP sebelum gelap. Kenapa?
Menurut beberapa orang porter, di kawasan tersebut ada 'jelmaan'. Jelmaan apa, saya tak nak ulas mengenainya. Patutlah sepanjang perjalanan, porter-porter berlari seolah dikejar sesuatu. Menegur pun tidak. Pelik jugalah tetapi takdelah saya fikir yang bukan-bukan. Bila dah tahu perkara sebenar, err lagilah tak nak fikir mengenainya. Harap semuanya berjalan dengan selamat, Itu saja. Sepanjang perjalanan telinga diganggu dengan macam-macam bunyi yang kadangkala memang membuatkan bulu roma meremang. Teman-teman yang lain juga mengakui perkara yang sama tetapi masing-masing buat tak tahu ajelah. Nama pun hutan. Kita tak tahu apa yang mendiami kawasan tersebut; haiwan liar, mungkin. Time ne kesakitan semua kami lupakan; semua dah fikir nak tiba di gate secepat mungkin. Akhirnya, sekitar 5.30pm kami tiba juga di gate Senaru.
Menurut beberapa orang porter, di kawasan tersebut ada 'jelmaan'. Jelmaan apa, saya tak nak ulas mengenainya. Patutlah sepanjang perjalanan, porter-porter berlari seolah dikejar sesuatu. Menegur pun tidak. Pelik jugalah tetapi takdelah saya fikir yang bukan-bukan. Bila dah tahu perkara sebenar, err lagilah tak nak fikir mengenainya. Harap semuanya berjalan dengan selamat, Itu saja. Sepanjang perjalanan telinga diganggu dengan macam-macam bunyi yang kadangkala memang membuatkan bulu roma meremang. Teman-teman yang lain juga mengakui perkara yang sama tetapi masing-masing buat tak tahu ajelah. Nama pun hutan. Kita tak tahu apa yang mendiami kawasan tersebut; haiwan liar, mungkin. Time ne kesakitan semua kami lupakan; semua dah fikir nak tiba di gate secepat mungkin. Akhirnya, sekitar 5.30pm kami tiba juga di gate Senaru.
Alhamdulillah...
Oppss, jangan ingat itu penamatnya. Belum lagi ok. Ada lagi 1.5km perjalanan yang perlu kami lalui. Tetapi trek kali ini melalui ladang kopi dan kebun penduduk setempat. Dalam sejam berjalan akhirnya kami tiba di RIC, Senaru. Alhamdulillah. Perjalanan yang sangat panjang; satu badan sakit-sakit. Jari-jari kaki kami kesemuanya mengelecet dan ada yang kulitnya sudah pun tertinggal.
Apa pun, saya sangat bersyukur kerana sepanjang misi mendaki Rinjani ini segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, syukur. Pengalaman dan kenangan sepanjang 3hari 2malam ini memang saya tak akan lupa sampai bila-bila. Kami berpisah dengan mas Madil dan porter di sini. Memang terharu dengan layanan dan perhatian yang diberikan oleh mereka ini. Apa pun jadi, kami tidak pernah dibiarkan jalan sendirian. Memang saya rekeman pada kawan-kawan yang berhajat untuk mendaki Rinjani menggunakan service mas Madil.
Dari RIC, van (sudah termasuk dalam harga pakej) telah pun tersedia yang akan membawa kami ke Senggigi dengan perjalanan mengambil masa 2.5jam. Di Senggigi kami menginap di Wira Cafe & Guesthouse dengan harga Rp75,000/person (dorm). Waktu untuk melayan dangdut berehat...yehhhhaaaaa!! :D
Info tambahan:
Ada 2 pintu masuk utama menuju ke Rinjani iaitu pintu Senaru dan Sembalun Lawang. Buat kawan-kawan yang ingin menawan gunung ini, cadangan saya start dari Sembalun Lawang dan berakhir di Senaru. Kenapa? Dengan melihat keadaan keadaan fizikal kedua-dua pintu ini, Sembalun treknya lebih simple. Walaupun treknya menaik sepanjang waktu tetapi keadaan fizikalnya adalah 'bersih' kecuali di sesetengah tempat aje terdapat batuan yang perlu kita panjat. Berbanding dengan Senaru, dari awal lagi kita akan dipaksa berkerja keras melalui anak-anak tangga akar kayu dan melepasi Pos III, perlu melalui trek berpasir memang akan memaksa otot-otot kita bekerja kuat. Memang betis dan lutut akan bermasalah kecuali pada mereka-mereka yang hebat.
*bersambung untuk Gili Trawangan