Day 1 : Selamat datang ke Pulau Seribu Masjid, Lombok

Wednesday, September 25, 2013

11.09.2013 : KL - Lombok

Hari keberangkatan. Dari awal lagi dah macam-macam yang berlaku sampai satu tahap rasa macam nak tarik diri aje. Dari jam 4.30am lagi saya dah tercongok di depan beranda rumah menantikan teksi untuk ke Putrajaya Sentral tetapi hingga angka jam mencecah 6.20am bayang pun tak kelihatan. Tiap kali call katanya 'on the way' tapi tetap juga tak sampai. Akhirnya saya nekad untuk cancel dan minta pertolongan adik untuk menghantar saya ke Sentral. Tiba di LCCT dalam 8.05am, dah terlalu lewat untuk drop luggage (rugi je beli luggage huhuhu). Nak tak nak kena jugalah angkut backpack yang giler berat, mujurlah hanya oksigen water aje yang dirampas kalau tidak memang satu kerja pula nak cari barangan tersebut di Lombok.

Flight berlepas on time menuju Lombok dengan perjalanan mengambil masa 3 jam. Lama sungguh, mati kutu dibuatnya. Tiada perbezaan waktu antara Lombok dengan Kuala Lumpur. Ketibaan kami pagi itu disambut oleh supir yang telah diaturkan oleh mas Madil. Airport transfer ini memang dah termasuk dalam pakej mendaki. Kami dipecahkan kepada dua buah mobil yang berasingan untuk keselesaan kami. Dari bandara perjalanan diteruskan menuju ke Pondok Indah yang terletak di Desa Sembalun dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk tiba. Kalau group yang satu lagi sibuk mengira jumlah masjid yang ditemui sepanjang perjalanan, group saya pula sibuk dengan aktiviti makan - tidur - makan - tidur hehehe. Singgah di Rumah Makan Lesehan Yeni Murad, Rembiga - Mataram (makan lagi) untuk pekena ayam taliwang sebelum perjalanan diteruskan semula.

 
Nampak sangat menyelerakan tapi sayangnya bila nampak kepala ayam siap dengan paruhnya terus semuanya hilang selera nak jamah hehehe. Lain kali kalau makan di sana kena request buangkan kepala ayam sebelum dihidangkan hehehe.

Pelecing kangkung ne memang terbaiklah. Harus dicuba kalau singgah di Lombok.

Kami tiba di Pondok Indah dah lewat petang pun. 3 jam perjalanan terasa macam 6 jam dek kerana keadaan yang amat panas dan kering (musim kemarau di sana). Macam biasalah, check in bilik dan berehat sebentar sementara menantikan Maghrib. Sekitar jam 7.00pm, kami diminta untuk berkumpul di cafe untuk sesi briefing oleh mas Madil. Persetujuan awal antara saya dan mas Madil adalah Senaru - Sembalun tetapi sewaktu sesi briefing, beliau memberi cadangan untuk menukar trek kepada Sembalun - Senaru. Dengan apa yang telah kami tempuhi, Sembalun - Senaru adalah lebih mudah berbanding Senaru - Sembalun. Kenapa saya kata begitu? Nanti saya ceritakan di next entry.



Seperti yang dah saya maklumkan sebelum ini, untuk pakej mendaki kami ambil dari Rinjani Eco Trekking, milik mas Madil. Untuk pakej 3 hari 2 malam, kami membayar sebanyak Rp1.4juta/person di mana harga ini termasuklah airport transfer, makan/minum, porter, guide, alatan perkhemahan dan sebagainya. Tandas bergerak juga turut disediakan tau hehehe. Asalnya hanya 5 orang porter dan seorang guide (mas Madil) yang akan turut serta tetapi atas persetujuan bersama kami mengambil mengambil extra porter bagi membantu membawa barangan peribadi kami. Untuk itu kami perlu membayar Rp150,000/day dengan max barangan yang boleh dibawa adalah sehingga 30kg sahaja. Oleh kerana semua kelengkapan utama sudah disediakan oleh pihak mas Madil, kami hanya diminta untuk membawa sendiri barangan tersebut:

* Headlamp
* Toiletries
* Sun block/lotion, hat/cap, sun glasses
* Spray for muscle/balm
* Gloves
* Camera, Handicam (Manual or Digital)
* Extra rolls film for manual camera or fully charged extra battery for digital
* Small towel
* 2/3 pcs of T-Shirts
* Long trek pants/wind proof
* Windproof Jacket
* 2 pcs of shorts
* Trek stick/lekki 
 
Selesai segala urusan, waktunya untuk berehat. Maklumlah esok dah start pendakian.

Info tambahan:
Mas Madil
Rinjani Eco Trekking
Email : madilsenaru@yahoo.com
FB : Madil Senaru

Rumah Makan Lesehan Yeni Murad
Jl. Jenderal Sudirman,
Gegutu Timur - Rembiga - Mataram

* bersambung

You Might Also Like

11 comments

  1. ergh..part ayam hidang dgn kepala tu saya pun xboleh stomach. mcm ayam goreng ibu suharti yg femes kat jawa tu. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best partkan agip, balung ayam tu boleh pula derang buang tapi tang kepala dibiarkan kekal...arghhh, serius mmg membantutkan selera...

      Delete
  2. Rindu Lombok bila baca entri Zilla ni. Gunung Rinjani luarbiasa! :

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah ET...Rinjani, terlalu banyak kejutan di sana..kalau tak biasa, boleh sakit jantung dibuatnya hehehe

      Delete
  3. cant wait for the next entry zilla... bestnya hiking at ranjani.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, zette sedang berusaha nak menghabiskan semuanya secepat mungkin sementara mood tgh ada ne...

      *best??no komenlah hehehe

      Delete
  4. mbak..kenapa foto makanannya besar banget ? mau buat orang lapar ya ? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau perasan saiz gambarnya sama dgn gambar2 yang ada dlm blog ne...

      Delete
  5. Slm zilla pki kasut camne ye. Org ckp kena pki high cut ek. Especially yg part menuju puncak tuh?

    ReplyDelete

Subscribe