Day 2 : Gunung Rinjani ~ Ketika hidup adalah sebuah pilihan (Part I)
Thursday, September 26, 2013
12.09.2013 : Sembalun Lawang - Pelawangan Sembalun
Day 1 : Selamat Datang ke Pulau Seribu Masjid, Lombok
Day 1 : Selamat Datang ke Pulau Seribu Masjid, Lombok
Indahnya terik mentari menyapa kami pagi ini seiring dengan semangat kami untuk menawan puncak gunung kedua tertinggi di Indonesia.
Pemandangan indah di Sembalun Lawang.
Dari Pondok Indah kami bergerak menuju ke desa Sembalun Lawang iaitu salah satu daripada pintu masuk utama menuju ke Rinjani selain daripada Desa Senaru dengan menaiki lori. Ujian awal buat kami, kerana perjalanan hampir sejam itu berjaya membuatkan perut masing-masing bergelodak. Kami dibawa ke Rinjani Information Center (RIC) untuk pendaftaran dan dikenakan bayaran sebanyak Rp20,000/person (sudah termasuk dalam pakej).
Sumber : Google
Perjalanan kali ini dijangka mengambil masa lebih kurang 9 jam. Target kami hari ini adalah Pelawangan Sembalun untuk camping di situ sebelum meneruskan pendakian menuju ke puncak pada jam 2.30am.
Dengan lafaz Bismillah, perjalanan dimulakan.
Dari Sembalun Lawang menuju ke Pos I, perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam. Singgah sebentar di situ melepaskan lelah sebelum perjalanan diteruskan menuju ke Pos II dengan perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit - 1 jam. Saat ini kabus dah mula muncul sikit demi sedikit dan menebal.
Kami berhenti di Pos II selama 2 jam untuk lunch dan solat. Pos II ini memang menjadi pilihan pendaki untuk melepaskan lelah kerana di sini terdapatnya punca air bersih. Kecik aje sumber airnya tapi oklah, sekurang-kurangnya ada dari takde langsung. Di sini juga ada wc/toilet tetapi keadaannya sangatlah azab. Tak lalu nak masuk hehehe. Satu perkara yang membuatkan saya kecewa dengan keadaan di sini adalah pengurusan sampah-sarap. Memang menyedihkan. Sampah dibuang merata-rata. Tu belum part lebihan makanan yang suka-suki dibuang hingga terbit bau yang sangat kurang menyenangkan. 10 tahun akan datang, saya tak hairan kalau tempat ini akan menjadi gunung sampah. Pada pihak yang berkenaan, sila pandang serius bab sampah-sarap ini dan kepada pendaki sila alert lah dengan benda-benda macam ne.
Pos II yang penuh dengan sampah-sarap.
Melepasi Pada Balong, cabaran baru bermula.
"ayuh mbak..semangat..."
Waaa, semangat!! Semangat!! Walaupun rasa macam nak meraung dah ne.
Indahnya persahabatan yang terjalin antara kami dengan pendaki yang lain. Kami berkongsi emosi. Kami berkongsi semangat. Kami berkongsi rasa. Kami berkongsi cerita. Walau hakikatnya itulah mungkin kali pertama dan terakhir kami bertemu..
Bukit penyesalan.
Dengan 7 puncak (tak tahulah betul ke tidak mengenai jumlah puncaknya) treknya memang mendaki dari mula sampailah di titik akhirnya iaitu Pelawangan Sembalun. Inilah part yang benar-benar mencabar. Bukit yang seolah-olah tiada penghujungnya. Makin jauh kami pergi, semakin jauh pula bayangan Pelawang Sembalun. Betul-betul menguji mental. Tiba di salah satu puncak, kabut tebal tiba-tiba muncul dan hujan. Lencun sebab baju hujan dan windbreaker saya berada pada Anhar yang berada jauh di hadapan. Yang berada di dalam beg di belakang saya hanyalah kamera dan bekalan makanan/minuman. Silap sendiri huhuhu. Hinggalah tiba di pertengahan puncak terakhir, barulah bertemu dengan Anhar. Sarung jugalah windbreaker dan baju hujant. Anhar saya tinggalkan bersama-sama Iqbal teman baru yang ditemuinya. Nak cepat-cepat sampai di Pelawangan Sembalun. Dah tak larat sangat dah ne.
Dari kejauhan terdengar suara Shahrul menjerit nama saya. Sikit lagi katanya tetapi saat ini saya dah kehilangan rentak. Kalau boleh merangkak memang saya merangkak. Bercakap pun suara keluar dengan tidak. Otak seolah-olah dah tak boleh nak berfungsi dengan baik. Berjalan pun sekadar mengikut kaki melangkah. Syukur ada teman-teman yang bagus, merekalah yang banyak memberikan semangat. Dengan sisa kudrat yang ada saya berjaya juga tiba di Pelawangan Sembalun. Sebak dan airmata saya gugur. Tak tahulah kenapa saya menjadi begitu beremosi. Mujur keadaan sekeliling dah pun gelap jadinya kawan-kawan yang lain tak dapat meneka apa yang saya lalui saat itu. Seorang demi seorang, tiba di Pelawangan Sembalun dan kami bergerak menuju ke khemah.
Secawan kopi jahe menghangatkan semula badan yang kesejukan. Selepas makan malam (nasi putih dan ikan bilis goreng-cili-pedas-tak-ingat-dunia-tapi-sedap), sarung sleeping bag dan zzzzzzzzzzzzzzz. Biarlah sekencang mana pun angin bertiup diluar sana, saya pengsan hingga tak sedar apa.
Inilah pemandangan dari Pelawangan Sembalun. Terlewat tiba untuk sunset. Yang ada cuma kabut tebal huhuhu.
Secawan kopi jahe menghangatkan semula badan yang kesejukan. Selepas makan malam (nasi putih dan ikan bilis goreng-cili-pedas-tak-ingat-dunia-tapi-sedap), sarung sleeping bag dan zzzzzzzzzzzzzzz. Biarlah sekencang mana pun angin bertiup diluar sana, saya pengsan hingga tak sedar apa.
Setengah perjalanan sudah saya lewati. Esok perjalanannya jauh lebih berat untuk menawan sebuah puncak kejayaan.
*bersambung
25 comments
terkejut baca pembukaan...ternyata Rinjani gunung berapi nomor 2...kalau hanya gunung ke-2 tertinggi bukan Rinjani...
ReplyDeletepembukaan kurang lengkap : berapi..
gunung kedua tertinggi adalah Gunung Marapi di Sumatera Barat...jadi, Rinjani gunung berapi no. 2 tertinggi..
terima kasih utk tegurannya irdhi...lupa part gunung berapi tu..nanti saya edit balik...
DeleteSubahanallah.. cantik sungguh permandangan itu Zilla... bestnya Zilla dah menawan gunung rinjani :)
ReplyDeleteAlhamdulillah kak, salah satu impian dah jadi nyata...bab pemandangan tu memang tak terluah dengan kata2...sangat2 cantik kak..
Deletewah...ada emosi2 gak neh. payah jugak eh trek neh.
ReplyDeletetrek dia tak seteruk Mt.k, agip cuma yang tak larat tu semuanya menaik...kecerunan pun boleh tahan...mental mmg drop habislah sebab tak sampai2 juga ke penghujung...emosi sebab rasa macam tak percaya, I can do it..
DeleteMasyaAllah. Cantik betul view dari Pelawangan Sembalun nie eventhough its not a sunset view.
ReplyDeleteIa zara...terasa macam berada di atas awan..
Deleteawan mendung.. + cantik.. cantik.. (menagis sebab x dapt nk follow).. kekkke
ReplyDeletetulah sapa suruh tak nak ikut..kalau tidak boleh ko tgk macam2 'drama' yang jadi sepanjang trip ne...kelakar kalau nak ingat balik hehehe
Deletedrama tanpa director.. rindulah dengan rinjani, kalau ada kekuatan rasanya nak repeat lagi.. uhuhuhu
Deletekalau nak tunggu kekuatan, sampai bila2lah tak repeat ahahaha...semangat dong!!yukkk repeat rinjani :D
Deletejom Zilla, kita repeat tahun depan.. lepas tu ke tambora pulak.. amacam? kikiki
Deletehamboi!!!apa kes sampai tiap2 tahun nak ke rinjani? hahaha...ada byk lagi gunung nak didaki, try cari pengalaman lain pula lah anne..tambora mcm menarik..Insyallah akan difikirkan cuma utk tambora, takde porter yang nak tolong angkut beg tau..semua kena buat sendiri..ada berani? hehehe
Deletetdo dgnsleeping bag. zzzzz khemah sblh kesejukan.
ReplyDeletehehehe..pengalaman berharga tu fida..tak bleh nak bayangkan macam keadaan korang dalam khemah tu...kitaorang yang dok ber'kurung' dalam sleeping bag pun terasa juga dinginnya especially bila angin bertiup kencang...
Deletesalute lah dgn korang...
korang tido tanpa sleeping bag, kitorang tidur khemah berlubang kat kaki.. patutlah bangun pagi stokin basah, dah siang baru perasan ada lubang.. sama2 merasa sejuk... =)
Deleteyg pasti saya tak sedar apa...lena sampai saat dikejutkan :D
Deletesemangat..semangat..yess!! itu yg penting kata-kata semangat!...berbaloi mendaki Rinjani nih...subhanallaj cantik ciptaa Allah..
ReplyDeletekalau sampah tu di buang begitu habislah..bak kata Zila, tak perlu tunggu 10 tahun, 2-3 tahun lagi je kawasan gunung ni akan TERCEMAR...
semangat pun dah hancur ne JM...
DeleteHai nak tanya, kat rinjani ada tak potter yang boleh tolong angkat beg2 kita macam dekat mount kinabalu? Berapa bayaran yg dikenakan bagi seriap kilogram?
ReplyDeleteHai tumpang tanya. Dekat rinjani ada tak potter yg boleh tlg angkatkan beg2 kita macam dekat gunung kinabalu? Kalau ada berapa bayaran bagi setiap kg?
ReplyDeleteHi Farah..
DeletePorter, berlambak aje...dia bukan ikut kg tapi harga perporter/day...harga paling latest utk seorang porter adalah Rp250,000/day..
Maaf Zilla, alamat Madil yang tadi salah. ini yang benar: www.rinjaniexpedition.net
ReplyDeletePklah tertarik dg. Tajuk pulau Seribu Masjid In sya Allah pklah "solo" kesana melihat bumi Allah dan masjid2nya
ReplyDelete