Day 3 : Gunung Rinjani ~ Dekat di mata, jauh di kaki (Part II)

Saturday, September 28, 2013

1.30am, kami dikejutkan dari lena dan diminta untuk bersiap. Kopi jahe panas dan beberapa keping biskut diberikan kepada kami untuk mengalas perut. Masanya untuk bergerak ke puncak. 

 
Trek ke puncak [Pic : Anhar]

Dari Pelawangan Sembalun menuju ke puncak mengambil masa sekitar 3 jam perjalanan. Fuhhh, persoalannya "mampu atau tidak?". Trek hari ini bukan seperti trek semalam. Satu langkah yang saya ambil untuk ke hadapan, 2 tapak akan saya ambil untuk kembali berundur ke belakang. Lelah rasanya. Berjalan 5-6 langkah, stop 2-3 saat untuk sedut udara dalam-dalam dan start berjalan semula. Saya dah tak boleh pergi dengan laju. Langkah yang diambil hanya mengikut kemampuan diri. Sampai satu part, Mas Madil datang kepada saya. Dihulurkan kepada saya sehelai kain pelekat dan diarahkan kepada saya untuk melilitkan kain tersebut di pergelangan tangan saya.

"saya tarik, zilla ya...ayuhhh.."

Haih, malu jugalah sampai kena tarik huhuhu. Kami terus berjalan hingga bertemu dengan 2 orang teman saya, Fida dan Shahrul. Akhirnya, kami bergerak bersama-sama. 

Matahari mulai muncul dan Subhanallah tak terkata indahnya. Di depan saya, kelihatan jelas puncak Gunung Tambora yang terletak di Sumbawa. Di belakang saya pula pula ada gugusan tanah tinggi yang mengelilingi Danau Segara Anak yang membentuk satu pemandangan yang sangat luar biasa. Apabila gugusan tanah tinggi ini terkena pancaran matahari, semuanya berubah menjadi warna keemasan. Sekali lagi kami terpaku. Sayangnya saat ini, kedua-dua kamera saya berada di Anhar (ulang balik kesilapan semalam). Kecewalah juga tapi tak mengapalah huhuhu.  

  [Pic :Anhar]

Sekitar jam 7.00am, kami bergerak turun ke camp site. Kami berlari kerana itu lebih mudah berbanding berjalan. Cuma kena hati-hati agar tidak tersasar dari trek.

Sampai aje di khemah, kami terus breakfast dan berkemas sebab rencananya dalam jam 9.00am kami akan bergerak turun ke Danau Segara Anak tetapi hampir jam 11.00am baru kami bergerak.

 
 
 
Camp site di Pelawangan Sembalun.

View dari Pelawang Sembalun.

Gunung Sengkareang.

 
Danau Segara Anak.

 
Sayup kelihatan puncaknya Rinjani.

Perjalanan menuju Danau Segara Anak jauh lebih mencabar kerana kami perlu menuruni pinggiran gunung dengan treknya terdiri daripada batuan sebelum tiba di kawasan savanah. Memang perlu lebih berhati-hati di sini kerana ada ketika struktur batuannya tidak kukuh dan bisa mengundang kecelakaan kalau tersalah langkah. Di sini jugalah betis dan lutut masing-masing mula buat hal. Memang terketar-ketarlah dibuatnya kerana menahan sakit. Perjalanan ini mengambil masa sekitar 3 - 4 jam untuk tiba di danau.

  

Subhanallah, tak tahu nak gambarkan bagaimana keindahan Danau Segara Anak. Benarlah yang dikatakan ramai, danau ini merupakan syurga sang pendaki. Ketibaan kami di sini disambut oleh kabut/kabus yang sangat tebal dan beberapa eko belibis (itik) di tengah danau. Sesekali kedengaran bunyi anjing bersahut-sahutan (tak tahulah apa sebabnya tapi agak menyeramkan jugalah sebab mendayu aje). 2 orang hero kami, awal-awal lagi dah berangkat ke hot spring untuk berendam. Kami? Emm, tak pergi pun. Masing-masing dah tak larat nak berjalan. Sekadar merendamkan kaki di tepi danau sahaja.
  
  
  

Hari semakin gelap, kabut semakin tebal dan udara semakin dingin. Semua pakat berkurung dalam khemah. Selepas dinner (ikan goreng dari tasik - enak), terus tidur. Sekali lagi perlu tidur awal sebab esoknya kami agak bergerak dalam jam 5.30am menuju ke Senaru.

 
Good night!
*bersambung

You Might Also Like

10 comments

  1. Replies
    1. Terima kasih, Encik...yuppp danau tu memang bisa bikin penasaran..saya rasa auranya jauh lebih mengatasi auranya puncak rinjani hehehe

      Delete
  2. wow! cantek. asap2 masa kat khemah tu...kabus/awan/wap gunung ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh tu kabus agip...masih awal lagi time tu, sekitar jam 10am tapi kabus dah mula hadir..makin lama makin tebal...

      Delete
  3. Kreatifnya ambil gambar. Cantik Subhanallah. Jeles.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, syuhaiza...gambar biasa aje tu..

      Delete
  4. salam, nak tanya. masa camp kat pelawangan sembalun tu cemana solat ye? tayamum ke or kne prepare air dalam botol siap2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak kiah, berdekatan campsite di pelawangan sembalun ini ada mata air...cuma kena berjalan sedikit ke mata air tersebut..kalau tak larat blh minta guide tlg ambilkan..bab kebersihan pula, tawakal ajelah huhuhu..kalau ragu2, kak kiah blh bawa siap2 air dari bawah atau pun bertayamum aje...

      Delete
  5. bila baca keadaan Zilla waktu mendaki nih ...rujuk kepada Zilla yg dah biasa dan berkali2 mendaki tu...kondisi dh begini...waduh!!!! boleh ke JM harungi nya nanti...tawakal je lah ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM,sebab tu saya buat route p/balik dari sembalun dan skip lake segara anak tu...saya dah rasa teruknya keadaan tu..so kali ini boleh santai sikit sebab trek sembalun tak seteruk senaru (pada sayalah hehehe)

      Delete

Subscribe