08.09.2014 : Melbourne - KL
Tak berapa lena nak tidur. Sat-sat terjaga sebab terlalu sejuk dan perut yang memulas huhuhu. Sekitar jam 3.00am, dah tak koser nak layan mata saya keluarkan towel dan pakaian bersih dan terus ke toilet untuk mandi. Mujurlah toilet di Tullmarine ada sediakan shower, dapatlah bersihkan diri.
Saki-baki duit yang ada saya habiskan pada machine ne. Jadilah, ole-ole untuk diri sendiri dari Melbourne hehehe!
Sekitar jam 6.++am, AAX buka kaunter dan terus check in dan sekitar jam 9.45am, saya terbang kembali ke tanah air.
Gambar terakhir di bumi OZ..
Ini di ruang udara Lombok. Puncak yang sayup kelihatan, itulah Gunung Rinjani.
Alhamdulillah, 9 hari yang membahagiakan. Walau sekejap sangat di Melbourne entah kenapa saya tak begitu tertarik dengan kota ini. Untuk NZ, Insyallah dah pasang impian nak kembali lagi.
Kalau orang tanya apa yang saya dapat sepanjang trip ini, sebenarnya banyak yang saya pelajari. Saya banyak berfikir ke mana arah hidup saya. Apa yang berlaku di Mt.Cook, banyak beri kesan pada saya. Malu dengan diri sendiri. Malu pada teman-teman. Saya ambil apa yang berlaku sebagai satu cabaran untuk upgrade diri. Buat mereka, terima kasih banyak untuk semangat yang tak pernah surut kalian berikan.

Kejadian Pak Long saya meninggal dan sms hanya saya terima 2 hari selepas beliau dikebumikan turut beri kesan pada diri saya. Serius memang teruk saya kena hentam dengan family sebab tidak pulang untuk melihat jenazah tapi apa yang boleh saya lakukan? Saya diajukan satu soalan yang membuatkan saya terdiam "..mujur Pak Long..kalau mak atau ayah yang pergi, macam mana?..". Terkaku bila diajukan persoalan tersebut. Tak dapat saya bayangkan kalau ianya benar-benar berlaku tatkala saya sedang berjimba-jimba di tempat orang. Kadangkala kita 'lupa diri' dengan apa yang kita perolehi saat ini. Megah dapat travel ke sana-sini (pinjam ayat mak) tapi hakikatnya dalam tak sedar kita terlupa tentang 'ikatan' yang ada di sekeliling kita. Tanggungjawab kita..
* lepas ini, memang kena perlahankan rentak...