"Zilla, apa pun jadi Isnin awak mesti masuk office..."
Nanges tak berlagu dengar arahan ini. Mahu atau tidak, memang kena masuk office jugalah walaupun sepatutnya Isnin tu baru saya gerak pulang ke Kuala Lumpur. Last minute laghu tu nak cari tiket pulang murah memang mimpilah jawabnya. Paling murah yang saya jumpa Jetstar, RM259/one way tapi kena transit di Singapura dan waktu berlepas pun awal pagi. Dah macam kerja bodoh giler dah jadinya tapi disebabkan dah takde option mahu atau tidak, hentam ajelah; kalaulah boleh claim huhuhu.
Patutnya di Saigon, menginap di guesthouse lain tapi dah jadi macam ini saya godek semula booking.com untuk cari penginapan yang lebih murah. Akhirnya ketemu dengan Hong Kong Kaiteki Hotel. Baca review macam ok, so saya terus book untuk semalam. Saya ambil, female economy capsule dengan harga USD8/night ~ 180,000VND (RM31). Semalam aje pun, tak perlu nak ambil bilik yang hebat. Asal dapat mandi, solat dan rehatkan badan serta bebas dari momok, itu dah cukup memadai buat saya.

Capsule di tingkat 6 yang khusus untuk wanita. Lelaki tidak dibenarkan masuk ke level ini.
Nama pun capsule, tak perlu nak harapkan lebih. Berbaloilah dengan wang yang dikeluarkan. Apa yang pasti, tilam dan bantal memang empuk dan persekitaran pun bersih. Lebih dari selesa buat saya sebenarnya. Keadaan capsule itu sendiri sebenarnya luas, takdelah terasa macam menginap dalam keranda (hehehe!). Setiap capsule disediakan dengan towel, tv, aircond dan plug. Cumanya kalau mahu menonton tv, harus minta remote dan earphone di kaunter. Earphone memang wajib dipakai untuk elakkan dari membuat bising dan menganggu jiran-jiran bersebelahan. Selain daripada itu, loker disediakan dengan password yang perlu disetting sendiri. Jadinya, kalau terlupa password silalah meraung sebab takde sapa dapat bantu kecuali minta petugas hotel untuk reset semula password. Toilet, macam biasalah harus dikongsi dengan yang lain dan tetap berada dalam keadaan yang bersih. Tiada breakfast disediakan di sini; pandai-pandailah ye nak hidup. Lokasi, memang terletak di kawasan 'backpacker' di Saigon tu. Jadinya, memang meriah hingga ke pagi. Cumanya, kalau tanya restoran halal ada ke tidak di sini yang saya tahu cuma restoran Taj Mahal aje dan kalau rajin bolehlah menapak ke area BenThanh Market, untuk restoran halal yang berjarak sekitar 10 min berjalan.

Di lantai bawah - wajib tanggal kasut di sini dan pakai selipar yang disediakan. Loker-loker ini adalah mengikut nombor capsule/bilik masing-masing.

Keadaan capsule saya. Bersih dan kemas.

Towel, plug dan alat pemadam api juga disediakan di sini.

TV pun ada - malam tu sempat layan American Idol

Toilet yang bersih
Alamat:
Hong Kong Kaiteki Hotel
22 Bui Vien, Pham Ngu Lao Ward
Dist.1, Ho Chi Minh City, VietNam
Tel : +84838364904
Web : Hong Kong Hotel