Previous entry -> Day 9 : Labuan Bajo (Part I)
Benarlah kata orang, untuk menyaksikan sesuatu yang luar biasa bukanlah perkara yang mudah. Banyak perkara atau dugaan yang luar biasa yang perlu kita tangani sebelum tiba di garis penamatnya.
***
Banyak perkara yang merisaukan saya sepanjang perjalanan hampir 3 jam menuju ke Loh Buaya di Rinca Island; salah satu dari habibat terbesar komodo selain daripada Loh Liang yang terletak di Komodo Island. Paling merisaukan saya adalah keadaan laut. Harap-harap, apa yang saya baca di blog-blog tidak akan berlaku pada kami.
Sebahagian dari landskap di Taman Nasional Komodo.
Kagum dengan keindahan taman negara ini. Landskapnya sangat luar biasa.
Akhirnya, setelah melalui perjalanan yang agak panjang kami tiba di Loh Buaya.
Loh Buaya, Rinca Island.
Welcome to Loh Buaya!!
Jeti Loh Buaya. Di sini kita akan disambut oleh renjer yang bertugas.
Itu ungkapan pertama yang menyambut kami di Loh Buaya. Giler teruja tetapi awas, beberapa perkara perlu diambil perhatian (jangan seronok sangat ya di sini) :
* Wanita dengan haid memang tidak dibenarkan turun dari bot kecuali mereka yang dah tiba di hari-hari penghujung bisa turun tetapi mesti berjalan sedekat boleh dengan renjer. Deria komodo sangat sensitif dengan darah dan mereka ini dapat menghidu sehingga jarak 5-7 km.
* Mampu berlari dengan kelajuan 18km/hour.
* Mampu berenang. Awas jika berada di jeti atau sekitar habitatnya, takut ada yang menanti dalam diam di bawah permukaan air.
* Komodo merupakan haiwan pemangsa. Biasanya mereka ini akan menyamar dengan mematikan diri dan sangat sensitif dengan pergerakan. Jadinya, sentiasa alert dengan keadaan keliling bila berada di habitatnya.
* Mampu memanjat pohon terutamanya anaknya dengan tujuan untuk melindungi diri dari di makan oleh ibunya sendiri. Jadinya, sila pandang ke atas juga mana tahu ada yang menanti di atas kepala anda hehehe
* Komodo di Loh Buaya lebih agresif berbanding di Komodo Island kerana usianya yang jauh lebih muda dan makanan tidak semewah di Komodo Island.
Bergambar kenangan beramai-ramai..
Dari jeti ke kantor perlu menapak dalam 10 minit. Apa-apa hal pun memang wajib ke kantor untuk pendaftaran dan kita WAJIB mengambil ranjer. Bayaran masuk seperti berikut:
* Karcis masuk pengunjung : Rp20,000/person
* Karcis tanda masuk / entrance ticket : Rp50,000/person
* Kamera : Rp50,000/person
* Renjer : Rp80,000/pergroup.
Total bayaran untuk kami berlima adalah Rp680,000 *pitam!! hahaha. Selain dari bayaran, pengunjung juga diminta untuk mengisi detail dalam buku log. Untuk tiket bagi karcis masuk, tanda masuk dan kamera, sila jangan hilangkan kerana ianya valid untuk tempoh tiga hari. Pengunjung perlu mengemukakan ketiga-tiga tiket ini sewaktu berkunjung di Komodo Island. Jika tidak, kenalah bayar sekali lagi dalam jumlah yang sama. Jadinya, untuk di Komodo Island hanya bayaran untuk ranjer sahaja yang perlu dikeluarkan.
Ada 3 jenis trek yang boleh dipilih di sini, iaitu:
* short trek
* medium trek
* long trek
Kami pilih apa?? hehehe
Yang penting ketiga-tiganya bukan dek kerana satu tragedi..
Memang rezeki nak berjumpa dengan haiwan pemburu ini. Sebabnya tak sampai pun 500 meter berjalan dari kantor nun di bawah rumah (dapur) terdapat sekumpulan komodo sedang 'mematikan diri'. Sekali pandang memang nampak macam haiwan pemalas tetapi perhatikan matanya; pergerakan kami dalam perhatiannya.
Dalam berani dengan tidak, gagahkan diri jugalah nak ambil gambar. Untuk dekat memang tidak mungkinlah. Tak pasal-pasal jadi lauk. Tiba-tiba, muncul baby komodo di hadapan kami dan part paling tak best bila tiba-tiba ada seorang ranjer cuba mematikan pergerakan baby komodo ini dengan kayu bercabangnya. Tidak semena-mena, komodo yang berada di bawah rumah bangkit dan cuba mengejar baby komodo yang berada di hadapan kami. Apa lagi, masing-masing berlari tak cukup tanah cuba menyelamatkan diri agar tidak menjadi mangsa bapak komodo ini (baby komodo dah hilang entah ke mana). Fuhh, part ini memang mengigil kepala lutut masing-masing. Dengan renjer kami pun turut lari hahaha!
Baby komodo.
Dari yang pemalas tadinya, gara-gara insiden baby komodo semuanya dok tegak. Seriau ok. Sekali gigitannya, memang good bye lah jawabnya; takde ubat yang mampu menyembuhkannya.
Bermula dari insiden ini, kami sedar betapa tak selamatnya kami berada di sini tetapi renjer menyakinkan kami semuanya selamat. Hakikatnya, bila melihat beliau sendiri ketar lutut waktu berhadapan dengan insiden sebelumnya keyakinan terhadapnya memang dah takde lah. Namun, kami cuba jugalah meneruskan perjalanan ke dalam hutan. Tiba-tiba kami dimaklumkan ada 2 ekor komodo sedang menjaga sarang di mana salah satu dari lubang tersebut terdapat telurnya.
Trek menuju ke hutan.
2 lubang itu, salah satunya mengandungi telur si komodo. Ada 2 ekor komodo di situ.
Rusa ne langsung tak hairan denga kedatangan kami..
Tak tahulah kenapa, kami tak merasa selesa di sini dan akhirnya masing-masing buat keputusan untuk berpatah balik ke jeti. Cukuplah setakat itu sahaja perjalanan kami di Rinca. Bayangkan, short trek baru je bermula, suku pun tak sampai kami nak patah balik huhuhu. Apa-apa hal punya, sayangi diri sebelum apa-apa kejadian tidak diingini berlaku. Lagi pun, esok harinya kami akan ke Komodo Island pula di mana menurut renjer, saiz komodo di sana jauh lebih besar dari di Rinca. Semangat yang hilang gara-gara insiden baby komodo perlu dicari semula hehehe.
Komodo ini dah 4 tahun melepek seperti ini kerana kedua-dua kaki hadapannya patah - tu yang berani dekat hehehe.
Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada ranjer, kami bergerak perlahan-perlahan meninggalkan jeti Loh Buaya menuju ke Pulau Kalong untuk bermalam di situ.
Nak ambil pakej dengan kapal mewah ini memang sahlah tak mampu; memadailah dengan gambar sahaja untuk kenangan hehehe
* bersambung