Masa untuk pulang ke tanahair setelah beberapa hari berkorban masa dan tenaga di hatyai :D Train kami gerak jam 4.00pm (waktu Thai) ke Padang Besar. Alahai, muka2 yang sama yang kami jumpa dalam train time datang tempohari hehehe~ Dalam train sangat meriah sebab masing2 dah kenal, bestla suasana tu.. Kami tiba di PB dalam 5.00pm..seperti biasa kena lalui imi utk pasport dan kenal tunggu ketibaan train utk bawa kami balik ke KL. Lebih kurang 6.30pm train gerak, dalam train berebut seatla pulak..adehh mcm2 hal..mujurlah saya ada kwan yang sangat garang, dapatla balik seat saya tu :D tapikan partner saya apek tua dari China. Alooo2, x sanggup nak duduk dgn dia kitaorang lepak kat lain coach yang jauh lebih selesa..Alhamdulillah, perjalanan sangat lancar, saya tido dengan lenanya. Sampai KL Sentral dalam 5.30am dan terus balik ke rumah...trip yang best!!
 Yang biru tu jadual perjalanan train...
 
Senja di Arau, Perlis...













Beginilah keadaannya di floating market..meriah sgt2, walaupun cuaca tidak begitu baik...





Picture ini diambil sambil teringat 


Saya suka picture ne (biarlah org kata syok sendiri pun hehehe)
 
 
 
 
 
 








 oooo balik puchong... 
 pening kepala bau kopi..tapi kopi ne utk angah..saya minum teh o je...
Hari kedua bermula seawal 6.30 am. Perkara pertama sebelum melangkah keluar, study map (mrt map dan spore map).



Puas di Istana Kg. Glam, kami bergerak keluar menuju ke Masjid Sultan. Menyelusuri jalan ke masjid, saya singgah di kedai menjual poskad dan setem untuk kawan2. Kalo sapa2 nak cari setem di area Kg, Glam ni, cari kedai ‘Melor ‘s Curios, No. 39. Sini satu2nya kedai yang ada menjual setem (owner pakcik dari Melaka). Dapat apa yang dihajati, terus ke Masjid (tak jauh pun, depannya aje). Kami duduk di masjid menghayati suasana dan menginsafi diri. Saya ambil kesempatan untuk menulis poskad buat kawan2 dan 10min sebelum 12 pm kami diminta beredar kerana pihak masjid perlu bersedia untuk solat Zohor. Kami pusing2 kawasan sekeliling dan terus ke Bugis Village (adik2 nak cari barang) menyelusuri Raffles Hospital (emm sekali tgk tak mcm hospital pun, macam shopping complex, punyalah mewah). Di sebelah kanan hospital (Victoria Street), ada food court tau tapi saya tak surelah ada makanan halal atau pun tidak di sini. Teruskan perjalanan dan singgah sat di Bugis Junction (sempat sambar beg utk kamera dgn harga $13 after disc). Pusing2 sat dan terus ke seberang utk ke Bugis Village (lebih kurang seperti Petaling Street la jugak). Ingat nak cari durian yang best kat sini, tapi hajat tak kesampaian, adik2 tak nak la pulok (menci tau!!).







