Lovina, Bali
Alhamdulillah, itulah ungkapan terbaik yang saya boleh lafazkan saat kaki melangkah turun dari perut pesawat. Syukur mampu kembali ke tempat tumpah darah tanpa sebarang cacat cela. Kenapa saya berkata sebegini rupa? Alasan terbaiknya tiada gempa susulan melanda bumi Allah paling indah dan tiada sebarang berita mengenai melaratnya 'bird flu' yang melanda tempat berkenaan beberapa hari sebelum kami berangkat ke sana. Syukran, Ya Allah..
Sejujurnya, saya mengakui ungkapan teman2 saya mengenai keindahan Bali. Tiada kata yang mampu saya lafazkan utk merakamkan keindahan ini selain dari ungkapan 'Subhanallah' dan cuba untuk memotretkan keindahan tersebut di sebalik lensa kamera saya. Tetapi jika ditanya teringinkah saya untuk kembali ke bumi indah ini, jawapan saya TIDAK SAMA SEKALI. Cukuplah sekali sahaja saya menjejakkan kaki di sini. Bali bukan utk saya. Ungkapan 'syurga dunia' yang diberikan, saya akui kebenarannya. Saya lebih rela ke Jawa Tengah yang jauh lebih menyerabutkan kepala otak dari mencari 'syurga dunia' ini. Terus terang, saya tidak rasa 'selamat' di sini.
Apa pun, pengalaman yang saya kutip kali ini berjaya membuka mata saya. Disebalik wajah2 ngeri, saya nikmati dan susuri perjalanan kami di sana dengan hati yang terbuka. Indah sungguh bumi ciptaan tuhan.
Hujan emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik negeri sendiri..
* Nanti2lah saya start dengan entry pengalaman saya di siana. 'ku masih capek' ;-)