Bukit Gasing - ini memang lokasi wajib yang kami kunjungi kebelakangan ini. Tujuan utama di sini sebab nak training untuk "projek" kami hujung bulan 8 ini.
Kenapa Bukit Gasing?
Terus terang, trek di sini memang mengerah keringat. Turun/naik anak tangga memang cukup melelahkan. Lencun baju dibuatnya; peluh jantan/betina semua keluar. Di sini juga ada menara tinjau dan jambatan gantung. Untuk menara tinjau tak jauh pun dari pintu gerbang Bukit Gasing ini, dalam 1/2jam berjalan. Tapi hati-hati, kalau salah masuk trek memang takkan jumpa menara tinjau ini. Kalau tak pasti, tanyalah aje dengan pendaki yang ada. Ramai giler yang daki Bukit Gasing ini. Trek kegemaran, selepas jambatan gantung. Walaupun rasa macam nak putus nyawa di sini tapi seronok dek kerana treknya yang agak "giler". Untuk trek ini biasanya ambil masa 2j - 2.5j jugalah. Kalau kurang berhenti ambil nafas, mungkin boleh buat dalam 1.5j aje kot.
Satu yang tak best kat sini, parking sangatlah susah. Salah parking, tak pasal-pasal dapat "surat cinta". Lagi satu, trek di Bukit Gasing ini banyak sangat cabangnya. Berkali-kali datang pun saya masih tak boleh nak ingat treknya huhuhu. Jadinya, kalau teringin nak trekking di sini carilah kawan-kawan yang dah mahir dengan selok-belok di sini atau pun join ajelah mana-mana group yang ada di hari kejadian. Kami pun penah tersalah ambil trek di sini; nak p jambatan gantung tapi boleh pula melencong ke arah lain. Tak pasal-pasal kena patah balik.
Buat kawan-kawan yang teringin mencuba trek Bukit Gasing ini silalah bawa bekal minuman dan sedikit makanan sebagai penambah tenaga. Tongkat pun jangan lupa bawa, sebab sangat-sangat membantu. Kasut pun pakailah yang bersesuaian, jangan pula pakai selipar jepun. Tak sesuai sangat ok!
Sebahagian trek di bukit Gasing. [Pic : Sharul]