Sebenarnyakan, segan sangat-sangat nak up story pasal projek biskut raya kitaorang tahun ne. Maklumlah bila tengok biskut raya orang lain, memang terasa kerdilnya diri kami ini. Namun disebabkan ada yang bertanya, saya kongsi jugalah dengan rasa rendah hati.
Tahun ini memang tak banyak menunya. Maklumlah barang mentah pun mahal sangat, nak naikkan harga mcm tak sampai hati. Jadinya, kami sepakat untuk buat biskut yang simple aje tapi rasa InsyaAllah tidak akan mengecewakan. Harga, RM25 untuk setiap jenis kecuali semperit kami jual dengan harga RM23. Sesiapa yang berminat nak order, kami buka order sampai 3 Julai ini sahaja dan akan diedarkan pada 12 Julai. Kalau ada yang berminat nak merasa air tangan kami, bolehlah order dengan email kami di adzillah79@yahoo.com.
Biskut mazolla.
Biskut karipap makmur
Oat tart berintikan jem nenas.
Biskut kelapa
Tart nenas
Almond Biscotti
Terima kasih.