Mynmar 2015 : Day 5 (Part IV) ~ Padaung Women, Inle Lake

Wednesday, June 24, 2015

Mynmar 2015 : Day 5 (Part III) ~ Silver, Rokok Mynmar & Sutera

Bilalah nak habis entry Mynmar ne?huhuhu

Selain dari Indein Village, trip untuk melihat Kayan Tribe ini memang antara yang dinanti-nantikan. Laluan ke perkampungan tersebut memang agak sesak sebab paras air yang agak cetek dan ada bot yang sangkut di situ. Nak tak nak memang kena tunggu mereka lepas dulu dari situ sebelum kami dapat merapat. Cuaca saat ini memang terik sangat-sangat.

Sebenarnya, waktu kami di tempat perusahaan sutera memang kami dah berbincang sesama sendiri untuk batalkan aje trip ke Indein Village dan Kayan Tribe ini. Bukan apa, dah tak larat sangat dah nak teruskan perjalanan; lapar dan tak tahan dengan cuaca yang panas terik. Namun, bak kata Adik "dah alang-alang sampai, baik teruskan.." membuatkan kami (saya terutamanya) ambil keputusan untuk teruskan juga perjalanan. Alang-alang, ia tak? huhuhu
Bot yang tersangkut dalam lumpur.

Kembali ke cerita asal, tiada bayaran masuk dikenakan. Apa yang saya bayangkan mengenai tempat ini tidak seperti yang diharapkan. Hanya ada 2 orang sahaja Padaung yang sedang beraksi, itu pun muda lagi. Lain-lain, entah ke mana? Mereka berdua ini pun tidaklah ramah. Hanya tersenyum sahaja tanpa sepatah kata pun tidak keluar dari mulutnya. Guide pun tiada di sini untuk bercerita serba sedikit mengenai etnik ini. Jadinya, tengok, ambil gambar dan nganga ajelah (buat-buat faham apa yang berlaku di sini hehehe).
Berat 'gelang' yang dipakaikan di leher wanita Padaung.
Cuba juga angkat 'gelang' ini tapi tak terangkat pun; berat.
Ini agak 'kerek' sedikit, senyum pun susah. Asyik dok menjeling aje.
Ini pula agak mesra dan asyik tersenyum aje. Dari air muka macam muda lagi, kan?
Mereka membuat demo menenun sutera
Stupa? Letaknya berhadapan perkampungan Padaung Village ini.

Kami tak lama pun di sini. Seriuslah, membosankan. Pakcik boatman bagi cadangan untuk ke Jumping Cat Monastery tapi kami bagitahu tak perlu ke sana. Bukan apa, sebelum ke sini kami dah pun baca review tempat ini di blog-blog dan katanya kucing-kucing tu semua dah takde. Kami meminta pakcik terus menuju ke Indein Village.

* untuk lebih detail tentang Kayan Tribe (Padaung women) ini mgkn boleh google mengenai
** bersambung

You Might Also Like

3 comments

  1. dengan gambar hitam putih tu terasa kesuramannyer...
    memang tak best lertu..
    budak yang tersenyumtu macam budak2 sangat.. mesti tak habis sekolah yer....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata tak best sgt tu tidaklah hehehe..cuma agak frust sebab tidak seperti yang dibayangkan, itu aje..bab BW tu, mmg sengaja pun saya set gambar ne dalam BW...nak nampak klasik kononnya :D

      Delete

Subscribe