In
Transjava 2014 : Jakarta-Bandung-Malang-Bromo-Surabaya-Jogja,
Transjava 2014 (Part X) : Gua Jomblang, Gunungkidul
Dah masuk part Jogja semula :D.
Sengaja saya skip kisah di Surabaya. Bukan apa, kami sekadar singgah di Surabaya untuk kejar train ke Jogja petang tu. Kami ambil train Mutiara Selatan, bisnes class dengan harga Rp175,000/person. Train lewat 1/2jam dari yang dijadualkan dan kami tiba di Jogja sekitar jam 10.00pm.
****
Kembali ke cerita asal, Jomblang.
Ini pengalaman kedua saya masuk ke gua ini. Kali ini saya turun dengan teman-teman yang berbeza. Untuk Jomblang, kami tak ambil pakej dari mana-mana agent; direct booking dengan Pak Cahyo 2 minggu sebelum kami berangkat ke tanah Jawa. Bayaran Rp450,000/person dikenakan termasuk makan tengahari.
Mengenai transport pula, Pak Cahyo ada offer supir dengan harga Rp450,000/mobil (return) tetapi kami punya agenda lain selepas Jomblang jadinya untuk supir kami ambil keputusan untuk mencari sendiri. 2012, saya pernah menggunakan service Lestari Car Rental dan saya amat berpuas hati dengan service mereka ini. Kerana itu saya ambil keputusan untuk kembali berhubungan dengan Lestari. Mujurlah no phone masih sama. Untuk full day di Gunungkidul, pihak Lestari menawarkan harga Rp400,000 (all in termasuk bensin, kos supir dan parking) dan kami setuju untuk menggunakan service mereka untuk 2 hari berturut-turut.
Rasanya tak payahlah saya menbebel panjang lebar tentang Jomblang ini. Nak tahu detail, boleh baca pengalaman saya di tahun 2012 -> Jomblang 2012
Kupu-kupu dalam perut dah start menari-nari time ne hehee; cuak!! [Pic : Pijah Pelangi]
Dihadapan kami ada 25 orang yang sedang diturunkan secara berpasangan pada satu-satu masa. Risau jugalah sebab takut terlepas moment 'ray of light' di dalam perut gua sebab time tu pun dah hampir mencecah 11.++am. Untung juga sebenarnya menjadi group yang terakhir sebabnya bila tiba giliran kami, group awal mula meninggalkan gua dan menunggu giliran pula untuk ditarik naik ke ats. Jadinya, waktu matahari betul-betul terpacak (sekitar jam 12.++pm) hanya kami berlima sahaja yang berada di dalam perut gua. Giler best!!! Tak perlu nak berebut-rebut ambil gambar dan memang lama jugalah kami dalam tu. Guide pun takde nak desak-sedak kami untuk cepat-cepat keluar.
Gua ini ahmad albab kami yang punya!! :D
Trek memang hancur dan licin. Berjalan dalam gelap dan sesekali kaki terbenam dalam lecak memang menguji kesabaran. Menghampiri Gua Grubug, keadaan yang gelap-gulita semakin terang dan nah ko!! Serakan cahaya di depan kami memang buat kami teruja. Apa yang pasti, cahaya kali ini benar-benar 'heaven' berbanding pengalaman saya yang lepas.
Saki-baki pengunjung dari group pertama.
Haih, nak fokus tang lain, lain pula yang dapat.
Layan.
Dari Jogja ke Wonosari terus ke timur ke arah Semanu. Sekitar 5km ada pertigaan, ada tulisan SMP 3 Semanu, ada pabrik PLN di kiri jalan, ada tulisan kalisuci kekanan 1km pertigaan ke kiri 500m ada pos ronda dan gang Jomblang. Kanan jalan batu sekitar 1.5km.
Pak Cahyo
+62811117010
Lestari Car Rental
+628985060555
*bersambung untuk Pantai Timang