Sumut 2015 (V2.0) : Sungai Dua Suhu ~ Sauna percuma di Negeri Suah
Kolam mandi di tengah-tengah pintu masuk gua? Ada ke orang nak mandi?
Kolam mandi di tengah-tengah pintu masuk gua? Ada ke orang nak mandi?
Terasa macam tak logik bila kami melihat kolam air di kedudukan pintu masuk gua. Bukan kecik, agak besar saiznya. Motif sungguhlah. Waktu kami tiba di sini, takde sesiapa pun yang berendam.
Dari Negeri Suah ke Goa Penen ini mengambil masa sekitar 2 jam perjalanan. Jangan ditanya bagaimana kondisi jalan sepanjang perjalanan; rasanya korang mesti boleh teka sendiri kot. Jika dari kota Medan pula mengambil masa juga sekitar 2 - 2.5 jam perjalanan (ada blog yang saya singgah, katanya cuma 45min sahaja. Tak tahulah mereka ambil route mana).
Di atas adalah kebun dan rumah-rumah warga tempatan manakala di bawahnya pula adalah gua.
Katanya gua ini menyerupai kerang masuknya makin ke dalam ruangannya menjadi semakin sempit. Kami tak explore keseluruhan gua kerana kesuntukan masa untuk berkejar ke airport. Sekadar jalan-jalan di pintu masuk gua sahaja. Terasa agak sedikit bosan dengan suasana di sini.
Layan ajelah gambar hehehe. Tetiba pula takde idea nak mengarang.
Antara pemandangan dari pintu masuk gua
Kolam mandi air panas
Tetiba 'cahaya syurga' muncul di hadapan kami
Trek ke dalam gua; tetiba pula ada yang membakar sampah di situ.
Antara ruangan di dalam gua.
Berbaloi atau tidak singgah di sini? Pada saya yang hanya singgah untuk beberapa minit, rasanya tak berbaloi kecuali tempohari kami punya waktu dan explore keseluruhan gua.