Yeahh, mood sangat-sangat ke laut. Terasa seperti dah hanyut ke lautan lepas; langsung tidak ketemu jalan untuk pulang ke daratan. Haru ok!! Keje pula tak putus-putus, lebih-lebih lagi setelah pekeliling terbaru dikeluarkan oleh JPA, bertambah haru hidup dibuatnya. Tak habis-habis dengan pelarasan. Hujung minggu pun perlu ke office. Opss, yelah terlupa seketika - 'berkhidmat untuk negara..'; walau hakikatnya fizikal dan mental saya sangat-sangat tidak sihat saat ini :(
Itinerary dah 90% siap, hanya tinggal Ijen dan Bromo aje (latest new saya dapat semalam Ijen dah dibuka kepada pelawat, Alhamdulillah). Saya teringin nak singgah di Baluran, Garut, Tasikmalaya, Semarang dan Pangandaran (tamakkan?) tetapi saya cuma ada masa tidak sampai 10 hari. Takan nak repeat lagi ?? huhuhu. Sungguh saya tak sabar dengan trip ini. Terasa nak lepaskan/lupakan seketika apa yang saya lalui saat ini - terima kasih kepada Ganda yang sudi berkongsi pelbagai info terkini mengenai Ijen dan Bromo.
Dalam kesibukan bekerja dan sibuk bermimpi mengenai trip, sempat juga saya mencuri masa untuk menghadiri kelas memasak. Nak lepas geram. Ala setengah hari aje - kelas pelbagai tart (bukan tart nenas ye); tart buah/telur/tuna/coklat/blueberry cheese tart. Saya sedang merencana sesuatu sebenarnya ini...
Jom layan dapur saya :)
Jom layan dapur saya :)
Kiri : Tart sardin. Alhamdulillah dapat respon yang bagus dari kawan-kawan. Syok layan tart ini sambil mengadap tv :) . Kanan : Vanila cupcake with coklat ganache. Ini buat khas untuk diri sendiri. Satu adunan dapatlah dalam 16 biji. Saya dan anak buah saya, Qalisya aje yang layan cc ini..
Kiri : Muffin Blueberry - guna yang segera aje jenama Nona. Sedap tapi agak manis dan wangi. Kanan: coklat ice blended with whipped cream (mana berat badan tak naik).
Simple giler nak buat dan rasanya jauh lebih sedap dari ice blended yang
dibeli di pasar malam.
Homemade ice blended (resepi dari kawan adik saya - agak2 aje kuantitinya)
Bahan-bahan
serbuk coco (lagi banyak lagi sedap)
fresh milk
susu pekat
serbuk vanila (ada jual kat pasaraya hero)
ais
susu tepung (saya cilok susu tepung anak buah saya)
Cara membuat
-campur kesemuanya dan blender hingga ais hancur. Tuang dalam cawan, letakan whipped cream dan yummyyyy
Vanila Muffin - saya tak tahu saya ambil dimana tetapi dah bertahun ada dalam simpanan saya. Maaf ya pada tuan empunya resepi, saya share resepinya di sini.
Bahan-bahan
1/4 cawan minyak masak/jagung
1/2 cawan fresh milk
1 biji telur
1/2 sdk garam
2 sdk bakin powder
1/2 cawan gula
1 3/4 self raising flour
esen vanila
Cara membuat
Panaskan oven. Ayak tepung, baking powder dan gula. Masukkan gula, kacau rata dan ketepikan. Satukan minyak, susu dan telur. Kacau rata. Tuang adunan cecair ke dalam adunan tepung, kacau rata. Masukkan coklat chips, kacau lagi. Tuang 3/4 adunan dalam papercup dan bakar hingga masak.
* Terima kasih yang bertanya kemana hilangnya saya dan terima kasih untuk rindu itu. Hilang saya bersebab dan maaf membuat kalian bimbang. Jangan risau, saya cuma perlukan sedikit waktu untuk 'itu'.....
* Buat tuan empunya blog 'backpacker busuk' dan adik (tak sure masuk sini ke tidak) happy belated birthday dan buat Azriana si 'Matahary', happy birthday in advance - April ini 'milik' kita :)
* Jumpa lagi Mei akan datang, I'Allah. Ini 1st & last entry saya untuk bulan ini..