Hari terakhir di tahun 2013. Jom, kita renung sejenak apa pencapaian kita sepanjang tahun ini? Adakah lebih baik berbanding tahun sebelumnya, mendatar sahaja atau lebih parah carta kehidupan kita?
2013, banyak memberi warna dalam kehidupan saya. Jatuh-bangun berkali-kali, perit-jerih, suka-duka semuanya bersatu memberikan saya satu pengajaran berharga. Hidup ini terlalu indah untuk dipersiakan; nikmati aje. Syukur untuk anugerah yang diberikan; keluarga dan teman-teman tersayang. Sungguh, kalau takde mereka ini saya tak tahu di mana saya berada saat ini kerana saya tidak mampu untuk hidup sendirian dalam mencari arah diri.
Sepanjang 2013 ini juga, boleh dikatakan hampir tiap bulan jugalah saya merayap. Bab kena bambu tak payah cakaplah hehehe. Bila saya bawa pulang teman-teman seperjalanan dan perkenalkan pada family, Alhamdulillah kepercayaan dari mereka sedikit demi sedikit saya perolehi. Syukur untuk ituboleh merayap lagi hehehe.
Sepanjang 2013 ini juga, boleh dikatakan hampir tiap bulan jugalah saya merayap. Bab kena bambu tak payah cakaplah hehehe. Bila saya bawa pulang teman-teman seperjalanan dan perkenalkan pada family, Alhamdulillah kepercayaan dari mereka sedikit demi sedikit saya perolehi. Syukur untuk itu
2013 yang gemilang hehehe - owh, inilah perjalanan yang paling saya rindukan; Rinjani.
Saya malas nak buat review atau apa-apalah yang berkaitan dengannya untuk trip sepanjang tahun 2013 ne. Malas nak ingat, malas nak baca nota-nota lama, malas nak belek gambar-gambar lama, malas...malas...dan malas... (aci tak gitu hehehe).
Lebih kuranglah ye hehehe:
Jan : Palembang
Feb : Medan
Mac : Miri
April/Mei : Langkawi, Filipina, Penang
Jun : Surabaya - Bromo - Madura
Julai : Penang, Bandung - Jakarta
Ogos : Surabaya - Jember - Banyuwangi
Sept : Lombok (Rinjani) - Bali - Labuan Bajo - Taman Negara Komodo
Okt/Nov : Busan - Jeju - Seoul
Dis : Bangkok - Lopburi - Kanchanaburi
Untuk tahun 2014, memang takde plan kecuali South Korea. Lagi pun memang plan nak kawin kumpul cuti dan ongkos untuk 2 projek mega tahun depan, Insyallah.
Apa pun, terima kasih 2013 untuk setiap kenangan yang indah dan selamat
datang untuk 2014. Buat kawan-kawan pula, selamat tahun baru. Terima kasih sudi singgah di blog saya ini. Saya
mendoakan yang terbaik buat kalian semua..
Soyang River, Chuncheon, South Korea. [Credit : Mark Juhn]
Lain-lain plan memang takdelah. Setakat Taiwan yang cuma ada tiket pergi tapi takde tiket balik. Itu pun entahkan jadi entahkan tidak sebab ada projek mega pada hari yang sama saya berangkat ke Taiwan. Saya lebih teruja dengan projek mega itu. Harap-harap dapat cutilah. Satu lagi projek mega adalah pada hujung tahun. Tunggu dan lihat ajelah.
Jumpa lagi di angka 2014, Insyallah....