Day 7 (Part II) : Bukchon Hanok Village

Monday, December 16, 2013


Destinasi seterusnya dari Nami adalah Bukchon Hanok Village. 

Direction:
Gapyeong Station (Gyeongchun Line) - Mangu Station, transfer to Jungang Line - Hoegi Station (Line 1) - Jogno 3(sam)-ga, transfer to Line 3 - Anguk Station, Exit 2.

Tu dia, berapa kali kena transfer line; rasa macam nak pengsan gara-gara keletihan, kelaparan dan kesejukan hehehe.
 
Keluar dari Exit 2, dah tak jauh dah pun. Jalan terus sampai jumpa Tourist Information Office. Ambil map kat situ dan terserah nak start dari mana pun. 

Berjalan menuju ke Bukchon-ro 5-gil, kitaorang singgah dulu beli sayur, buah dan keledek dari penjual 'berlori' yang memang sediada di pinggir jalan. Bukannya tak boleh beli kemudiannya tetapi risau pula bila kami patah balik mereka ini sudah bergerak ke tempat lain. Apa yang pasti, sayuran yang dijual memang murah (setiap jenis berharga 2,000 won), fresh dan kuantitinya memang banyak. Puas hati dengan barangan yang kami perolehi barulah kami bergerak menuju ke Hanok Village.
 
Lori yang bergerak itulah penjual 'berlori' yang saya maksudkan.

Berjalan di sini memang sangat mencabar lebih-lebih lagi bila badan dah sememangnya keletihan. Part paling tak sanggup bila terpaksa berjalan secara mendaki dengan cuaca yang sangat sejuk. Tak sanggup rasanya. Dari 8 photo spots hanya 3 aje yang kami jumpa. Sesat tak payah ceritalah; berkali-kali. Pusing-pusing, tang situ juga. Sampai satu tahap, cukuplah. Jom balik!!! Geram!!! :D

Sebahagian gambar yang sempat dirakamkan; hujan waktu kami di sini.
 
 
Dari Hanok Village kami singgah dulu di Lotte Mart, Seoul Station untuk cari seafood dan beberapa bahan makanan lain. Maklumlah stok makanan pun dah makin susut. Memang di situ ajelah tujuan kami sebabnya dapat aje barangan yang diinginkan kami terus bergerak kembali ke hostel. Akak-akak mengambil giliran untuk memasak manakala adik-adik kami berikan tugas untuk mendobi (hampir-hampir kehabisan baju bersih). Sambil menyiapkan makaroni goreng (dinner) kami ambil peluang untuk merebus keledek dan nasi impit untuk bekalan ke Gangchon esok harinya. Nasib baiklah pihak guesthouse memberikan kebenaran anytime boleh memasak. Kalau tidak, payah jugalahkan??
 Makaroni goreng tomyam & seafood
Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.

*bersambung untuk Gangchon.

You Might Also Like

15 comments

  1. Replies
    1. sebenarnya dari nami lagi dah hujan...tapi redah ajelah huhuhu

      Delete
  2. sedap makan keledek panas dlm sejuk2 tu...hehehe Bukchon Hanok Village aritu kami pi, gagah pi 4 tempat je...hazabnyaaa la naik bukit curam tu dlm kesejukan tuh....hehehe tp rupanya spot no 5 dan 6 diorg dah tanggalkan plak tu...sbb situ kawsan gov reservation..mcm tu la lebih kurang...sbb masa kami kat situ dah, follow map kan...tapi tak jumpa plak tu...sekali org2 merah tourist info tu datang...dia yg bgtau kami tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap tu mmg sedap, DJ..lepas tu perut pun kembung sebab angin hehehehe...

      owhh mmg dah tanggal ke? cissscake betullah..patutlah cari sampai nak pengsan tak nampak2 juga bayangnya ahahah..awatlah derang tak bgth awal, kan? huhuhu...

      Delete
    2. kalo tak salah sy, gmbar 3rd dan 2nd last tu laaa tmpt terletaknya spot 5 & 6 tu...rasanya la..hahaha kalo tak silap...hehehe sbb mcm sama je ngn saya pi...tp situ semua nampak sama jee hanok kan....

      Delete
  3. Gambar Bukchon in B&W sangat classic. Rasa macam balik ke zaman dulu. Aktiviti beli sayur ni nanti saya nak tiru, sebab berangan nak memasak kat hostel gak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..ya..silakan..nak tiru menu sekali pun boleh hihihi...

      Delete
  4. agak penat kalo nk carik semua 8 spots kat bukchon ni. tambah kaki penat nak menapak naik bukit bagai. kalo dpt semua mmg tabik la sbb gigih yg amat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..sapa2 yang dapat cari semua spots memang hebatlah..

      Delete
  5. gamba black n white tu memang terbaik. lepas ni bawak keropok lekor, goreng.. fuh, makan panas2 dalam cuaca sejuk memang best tu! hehe.

    dekat plate photo spot tu, lambang apa eh sebenarnya? mcm kamera tapi mcm bukan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepok lekor?? emm, bagus idea tu...tak terfikir pula nak bawa sebelum ini...

      lambang kamera tu...cer tgk bebtul, ada rupa kamera, kan? :D

      Delete
  6. first time saya tengok gambar kat HV tu dalam version hitam putih...cantik dan klasik sangat
    hurm...makaroni tomyam first time tengok bole buat idea ni kalau pegi travel memana nanti...btw pakai pes segera ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, mrs.smile..yupp kami guna pes segera + sambal hitam pahang..main campak2 ajea apa bahan yang ada..dah darurat mcam tu, semuanya jadi sedap hehehe

      Delete

Subscribe