Day 8 (Part I) : Gangchon ~ Gugok Waterfall
Tuesday, December 17, 2013
Day 7 (Part II) : Bukchon Hanok Village
Rencana asal kami hari ini adalah Daegwallyeong Samyang Ranch – Daegwallyeong Sheep Farm –Namsan Tower – Myeongdong.
Rencana asal kami hari ini adalah Daegwallyeong Samyang Ranch – Daegwallyeong Sheep Farm –
Tapi menjadi Gangchon – Namsan Tower - Itaewon.
Awat jadi laghu ne?
Tak payahlah nak cerita kenapa ya. Silap haribulan, boleh jadi dongeng rakyat lah pula sebab panjang sangat kisahnya. Apa pun, kami hanya mampu merancang. Namun, pengalamannya memang best ;-)
Direction:
Sama aje seperti ke Nami cumanya untuk ke Gangchon perlu turun di station Gangchon.
Apa istimewanya tempat ini?
Sebenarnya, Gangchon terkenal dengan railparknya dan beberapa air terjun yang menjadi tumpuan pendaki sewaktu winter untuk dipanjat/didaki. Selain daripada itu, view di sini memang sangat memukau; sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan.
Tiket dah ada, lega. Tengok jam dan kami ada masa dalam 1 1/2 jam. Lama lagi tu. Dah kebetulan ada masa kami setuju untuk bergerak ke Gugok Waterfall (Gugok Pokpo) sekali lagi dengan teksi (4,000 won). Tak jauh mana pun, dalam 10 minit perjalanan (lebih kurang). Bayaran masuk di sini adalah 1,600 won.
Dari main entrance ke air terjun katanya tak jauh; sekitar 30 minit berjalan. Tetapi yang bestnya sampai ke sudah bayang air terjun pun kami tak nampak (maksudnya jauh lagilah kan??).
View sepanjang perjalanan menuju pokpo.
View sepanjang perjalanan menuju pokpo.
Makin jauh ke dalam, pemandangannya semakin indah (walaupun pokok dah banyak yang togel). .
Kami berhenti di satu tempat bila sedar masa dah suntuk. Bukan apa, kami perlu berapa di railpark at least 15 minit sebelum 1.00pm. Bertanya kedudukan pokpo pada pengunjung tempatan, katanya ada lagi 20 minit berjalan. Hoho, tak sangguplah nak ambil risiko. Akhirnya, kami ambil keputusan untuk berkelah sahaja di situ. Kebetulan pula ada kemudahan untuk beriadah, manfaatkanlah sebaik mungkin.
Subhanallah, cantik sangat tempat ne. Pada saya, di sini keadaannya
lebih indah dari Nami. Setiap sudut dipenuhi dengan daun gingko dan
dihujani (err tak tau nak guna istilah apa) dengan daun pine yang
berguguran. Mumantis sungguhlah suasananya hehehe
Kami bentang map untuk menggalas meja yang dipenuhi dengan daun gingko, buka bekalan masing-masing (3 ketul nasi impit setiap seorang) dan kuah kacang. Tetiba rasa nikmatnya. Licin semua bekalan hahaha (nampak sangat laparnya hehee).
Inilah menu tengahari kami - tak best guna instant kuah kacang. Cair bebenor huhuhu.
Settle makan, terus bergerak menuju ke main entrance. Teksi banyak tapi driver pula tak tahu ke mana. Kami dah agak panic time ne. Habislah.. Dalam dok gabra tu tetiba muncul sebiji teksi. Serahkan pada yang pakar untuk memujuk dan akhirnya driver teksi (penah bekerja di Miri selama beberapa tahun) setuju juga nak sumbat kami berlima dalam sebiji teksi, 6,000 won hehehe.
Inilah rupanya Gugok Pokpo [sumber : google]
Ini sewaktu winter, memang menjadi tumpuan ramai [sumber : google]
* bersambung untuk rail bike.
19 comments
cantik betul pokpo tu masa dah beku!tapi nak panjat tu, kena gigih betul tu...sejuk!hehehe
ReplyDeletebertabahlah kalau nak panjat, DJ hahaha.. *teringin nak cuba tapi macam tak mampu je huhuhu
DeleteHuwaaa kenapa xjadi nengok biri2 kat Daegwallyeong? Ceh lagi nak ungkit cerita dongeng rakyat kan. Pokpo tu memang super cantik...kalau murah, nak gak merasa mendaki nanti.
ReplyDeletenext time....saje nak peram biri2 tu biar lebat sikit bebulunya :D ..
Deletetrylah bibie, nanti share experience dgn saya..mana tau lepas tu saya pula try ;-)
Jeles tgk kaler daun2 nya, cun giler. Kat sini ke yg mkn kuah kacang bersama ranting2 yg jatuh, yana citer.haha.
ReplyDeleteJeles tgk kaler daun2 nya, cun giler. Kat sini ke yg mkn kuah kacang bersama ranting2 yg jatuh, yana citer.haha.
ReplyDeletehah, kat sinilah pijah..bukan ranting tapi daun pokok pine kot...tak boleh nak buat apa sebab dia manjang gugur...mana yang masuk dalam kuah tu selamba ajelah kitaorang kaut masuk mulut..malas dah nak pikir nak buang ke apa heheheh
DeleteHaha, kalau dah lapar x kisah dah daun2 tu semua,hehe. K.long, bangkok on kan? sorry r x contact busy ujung2 thn ni td br dapat cuti tp itinerary yg email tu dah dapat da,hehe.
Deletebetul tu pijah..tgk daun dah rupa ikan bilis...tu yang belasah ikut dan hahaha...bangkok, on...jumpa nanti ya hehehe
DeleteWAh..ini pertama kali JM baca blog yang pegi korea dan pegi ke pokpo ni...kira lokasi baru bagi JM..mmg sgt sesuai dan cantik kalau pegi Autumn season dengan daun2 yg berwarna warni tu..ohh..indahnya alam...semua pic cantik sbb tak ada gamba2 org2 yg mencacatkan pandangan
ReplyDeleteHaruslah JM ke sini kalau ke sana nanti..terima kasih Zila kongsi info yg menarik ni...suka sgtttt
terima kasih, JM..south korea byk tempat2 menarik cuma info mengenainya sgtlah kurang sebabnya orang2 kita biasanya p tempat2 wajib yang dikunjungi..hopefully, dgn entry ini dapatlah bagi lebih pilihan untuk kita terjah di korea...
Deletecantiknya photo daun tu..korea ni mana2 musim semuanya cantik.
ReplyDeleteterima kasih, zila...agaknya lah kot sebab saya tak penah lagi sampai di lain2 musim hehehe...
DeleteYaAllah cantiknya la gambo kat sana yer...
ReplyDeleteuihh tukar nama lagi?? hehehe..
Deleteterima kasih, janggel err ren ;-)
subhanallah....cantiknya semua gambar2 tu
ReplyDeletebila tengok gambar-gambar nie...rasannya ms sependapat dengan zilla...view kat sini lebih cantik dari yang nami :-)
akhirnya, ada juga orang yang setuju dgn saya :D nami tu dah terlalu crowded..nak layan perasaan lebih2 pun tak lepas sebab ramai sgt orang...sesekali p tempat yang tenang macam ne, mmg bestlah..
DeleteZilla.. Mase pegi ni suhu kat sane brpe eh?
ReplyDeleteZilla.. Mase pegi ni suhu kat sane brpe?
ReplyDelete