Day 8 (Part II) : Gangchon Rail Bike
Tuesday, December 24, 2013
Sambungan dari Day 8 (Part I) : Gangchon ~ Gugok Waterfall
Dari Gugok waterfall kami kembali semula ke rail park.
Ngam-ngam sampai, terus derang minta
kitaorang bergerak ke rail bike. Oleh kerana kami berlima, jadinya kami
dipecahkan kepada 2; satu group share berdua manakala 3 orang lagi ditempatkan di bike berkembar 4.
Buat makluman kawan-kawan, di sini ada 2 jenis
bike:
a) 2 orang : 25,000 won/bike
b) 4 orang : 35,000 won/bike
Yang dikiri untuk berdua, manakala yang disebelah kanan untuk 4 orang.
Dengan 3 starting point yang berbeza, pilih ajelah nak start dari mana:
a) Gimyujeong Station - Gangchon Station : 8.2km
b) Gangchon Station - Gimyujeong Station : 8.2 km
b) Gyeong Gang Station : 7.2 km (return)
a) 9.00am
b) 11.00am
c) 1.00pm
d) 3.00pm
e) 5.00pm
Antara ketiga trek ini, hanya di Gyeong Gang Station aje yang menawarkan
round-trip journey kerana treknya yang singkat berbanding yang lainnya.
Sumber : Google
Sebelum dilepaskan, ada sesi briefing tapi macam biasalah buat-buatlah faham walau hakikatnya semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri; satu apa pun tak faham. Bila semua dah ready, kami dilepaskan satu persatu.
Yeayyy, memang seronok sangat time ne..
Awal perjalanan memang seronok. Boleh santai-santai mengayuh sambil bergelak ketawa sambil layan pemandangan yang memang indah.
Kayuh punya kayuh, kami tiba di rest area (dalam 2km untuk tiba di sini dari Gangchon Station). Di sini, semua peserta diminta turun dari bike masing-masing. Ada cafe dan toilet juga di sini, so isilah dan buanglah apa-apa yang patut di sini. Kalau tidak memang azablah nak menunggu untuk tiba di last station. Percayalahhhh, sangat sengsara perjalanan selepas ini.
Rest area - katanya program Running Man pernah diadakan di sini tapi saya dok nganga ajelah sebabnya tak penah pun nonton program ne hehehe.
Kalau tak silap saya, kami diberi masa 20 minit untuk berehat dan kami dilepaskan semula untuk menghabiskan baki perjalanan. Tidak jauh dari rest area, kami memasuki terowong 'ala-ala disko' yang pertama. Memang goyang pinggul gara-gara lagu "gangnam style".
Keluar dari terowong ini, bike kami mula buat hal; ada yang tak kena. Bike terasa sangat berat seolah-olah kami membawa 'bebanan' yang sangat berat. Kayuh macam nak tertanggal kepala lutut tapi kayuhan kami tak ke mana. Waaa, apa kena pula ne. Peserta lain yang jauh kami tinggalkan awalnya semua dah rapat dengan kami. Nak buat macam mana, bukan tak kayuh. Kayuh. Namun tetap juga tak capai kelajuan yang max. Alih-alih, lantak ajelah. Dah tak larat; sangat-sangat tak larat.
Cuaca saat ini memang panas terik tetapi suhu sangatlah dingin dan berangin. Kebas satu muka huhuhu. Lebih parah bila masing-masing menyuarakan keinginan untuk terkucil. Assudah, mana nak cari toilet. Perjalanan masih jauh, macam mana ne? Waaaaaaaa, memang tak sanggup. Tak nak naik dah!! *tiba-tiba je huhuhu.
Kami tiba di terowong kedua..
Terowong kedua - kali ini lagunya sentimental habislah..hampir gugur airmata sebab menahan rasa nak terkucil kesedihan :P
Kami terus mengayuh dengan saki-baki kudrat yang ada. Akhirnya, kami tiba di terowong terakhir. Dah takde rasa teruja dah kali ini.
Melepasi terowong terakhir ni, kiranya dah tak jauhlah dengan last station (sekitar 1km lebih). Di sini viewnya memang cantiklah. Sayangnya keadaan kami tidak membenarkan kami untuk menghayati keadaan sekeliling. Pantang jumpa orang, pasti toilet yang kami tanya (macam boleh turun dan lari ke toilet hehehe).
Akhirnya, setelah melalui perjalanan yang menyeksakan kami tiba juga di last station. Dari Gangchon ke last station ini perjalanan mengambil masa dalam 3 jam lebih juga. Kalau kayuh laju-laju mungkin lebih cepat sampainya. Tiba di last station, tanggalkan 'sabut pengaman' dan semuanya terus berlari ke toilet hahaha! La ne tak tunggu lama lah, semuanya terus berlari ke toilet hehehe.
Gimyujeong Rail Park Station
Dari Gimyujeong Station ada disediakan shuttle bus untuk kembali semula ke Gangchon Station. Oleh kerana kami ingin kembali semula ke Seoul kami ambil keputusan untuk ambil train di Gimyujeong Station sahaja yang terletak bersebelahan dengan rail park station ini. Sambil menunggu ketibaan train sempatlah solat dahulu di bangku yang ada. Perjalanan ke Seoul kami isikan dengan tidur. Penat ok!!
Ini bukan temple atau palace tetapi ini Korail station ~ Kim-yu-jeong Station.
*bersambung untuk N-Tower dan Itaewon
34 comments
cantik gangchon rail bike ni....yg sy plan nakpi, tp tak smpt aritu di Yangpyeong...hehehe alahai tang keadaan tak best tu, mmg laa hilang mood nak bergambar dah kan..udah le kena kayuh lagi...sengsara!hehehe
ReplyDeletekorail station tu pun sgt cantik!
sangat cantik, DJ...saya tgk gambar, time winter pun cantik..haih, mcam ada peluang nak repeat balik tempat ne hehehe..yang di Yangpyeong tu pula berapa panjang treknya?? tgk gambar mcm pendek je...
DeleteTerbaiklah! 1st time baca pasal bike ni.
ReplyDeleteterima kasih, syieda
Deleteaish..berat tu sbb mendaki kah? atau ada org tumpang? hehe
ReplyDeletehahaha..saya rasa momok yang menumpang kat seat kosong di belakang tu...masalahnya turun bukit pun tetap berat, guane tu?? :D
DeleteBestnya view! Dok baca dlm website tourism korea je..at last ada juga org buat review dlm blog.bravo!
ReplyDeletememang takde dalam plan pun nak singgah sini..gara2 tak larat nak travel jauh ke windmills tu yang kitaorang tukar plan utk ke sini waktu melihat iklannya dalam train waktu menuju ke Nami...malam tu kelam kabut cari info mengenainya..dan inilah hasilnya...wpun byk sgt drama yang jadi tapi bestlah pengalamannya...
Deletemenariknya!!!!!!!! nak try nanti bila ke sana....
ReplyDeletetapi takleh minum banyak2 karang kita pun mencari toilet gak plus kalo pegi time cuaca sejuk haruslah nak terkucil sokmo deeeh
sila2, mrs.smile hehehe..make sure bawa bekalan makanan ya..kalau lapar sepanjang jalan tu ada gak lah kudapan...bab nak terkucil tu mmg tk boleh buat apa..mungkin sebab cuaca yg sejuk dan tak prepare dgn apa yang bakal kami temui...ingatkan blh berhenti kat mana2 sesuka hati..rupanya kami silap..hehehe
DeleteWohoo..baru plan nk g..lepas tgk Running Man shot sinih..
ReplyDeleteEh penat sangat ke Azra yang part masa terowong kedua tu?
Problem bike ke atau trail yg susah?
hohoho, silap orang ne Nil..bukan Azra tapi Zilla hahaha...
Deletetrail tak susah pun..rasanya bike tu yang problem..ada satu part derang betulkan, sat je laju pastu start slow balik...
Aah..silap..sebab baru lepas komen tnya kt blog Azra..hahaa
DeleteTapi mmg ye pun. Running man shot sini..mmg ada plan nk g gak..
Tapi tgh2 planning...tetiba baca nih...adehh....jelesnyaa!
hahaha...takpelah, kesilapan dimaafkan :D
Deletetrylah nanti, nil...korang p april kan?? sure cantik gilos view time tu...
Zilla, best entry awak...awak patut tengok running man...akak dulu x minat tengok lepas tengok sekali sekarang dah tak boleh miss episod running man...
ReplyDeleteakak, dah try tgk tapi tak boleh masuklah hahaha...blurr saya bila tgk adik2 dok bantai gelak sbabnyakan saya tak tau apa benda yang nak digelakan ehehe...mungkin tak berapa kena dgn jiwa saya lah kot :D
Deleterail bike ni macam bes je! penah tgk kat tv..nice !
ReplyDeleteekceli..running man tu apa sebenarnya? drama ke..game show ke..marathon show ke..hahaha kpop fans, pencerahan plis..
haha..saya pun tak tahu nak kategorikan dalam group yang mana...kena tanya mereka2 yg lebih pakarlah nana :D..
DeleteMak aiii jauhnyee korang mengayuhh...seb baik view lawa giloss...
ReplyDeletemacam nak mati mengayuh, azra hahaha..mungkin kalau bike tak buat hal dan diri pun ok mungkin tak terasa jauhnya tapi dgn macam2 benda berlaku, 8.2km tu rasa macam jalan kaki dari johor sampai perlis je..tak sangggup dah huhuhu...
Deleteteringat satu episod Running Man yang kena makan kentang rebus kat sini. Boleh jd port bakar lemak ni.
ReplyDeletebadan pun jadi ramping nana bila tiba di penghujung station :D
Deletebestnya tempat ni...nyesal tak gi
ReplyDeletetakpe..next time boleh p lg ;-)
Deletealohaiii tak sampai sini pun...tak cukup masa
ReplyDeletenekcik, kata nak repeat hehehe
Deletemana lagi better naik dari Gimyujeong Station ke naik dari Gangchon Station. rail park ni klu nak gi dari seoul naik line yg ker gapyeong, chuncheon tu kan.... line sama train itx lalu gak...
ReplyDeleteterserah; mana2 pun boleh sebab viewnya sama je hehehe...yupp betul tu..line yg sama utk ke Nami..cuma ganchon letaknya lebih atas dari gapyoeng...
DeleteAssalamualaikum, saya nak tanya ada tak org kat sana bawak baby atau budak kecik naik ride ni? mohon kongsi saudari sbb nak masuk dalam itinerary. terma kasih
ReplyDeleteHi sakeenah,
Deleteada je yang bawa anak2..jgn risau, Insyallah selamat je untuk anak2..
Kalau nak naik rail bike ni kena booked dulu ke?
ReplyDeletetak perlu..walk in aje...
DeleteKena spend berapa jam kat sini? the whole day or half day je?
ReplyDelete1/2 day je.
ReplyDelete