Day 9 : Mt Seorak
Sunday, December 29, 2013
Kita lupakan bab N-Tower dan Itaewon.
Hari ini jom ikut kitaorang ke Seoraksan atau Mount Seorak.
Memang takde dalam itinerary lah nak ke sini. Agak kelam-kabut malam sebelum berangkat tu mencari info yang berkaitan. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Macam mana nak ke Seoraksan?
Apa-apa hal pun, kita kena bergerak ke Sokcho terlebih dahulu. Ada beberapa terminal bas yang menghubungkan antara Seoul dengan Sokcho. Kali ini kami ke Dong Seoul Bus Terminal yang terletak berdekatan dengan subway Gangbyeon Station. Bas paling awal bertolak ke Sokcho, 6.25am dan bas terakhir pada 11.00pm dengan perjalanan mengambil masa sekitar 2.5jam - 3jam. Kalau kawan-kawan berhajat nak daki Seoraksan untuk layan sunrise, ambil ajelah last bus.
Direction
Jogno 5(o)-ga Station (Line 1) - City Hall Station, transfer to Line 2 - Gangbyeon Station, Exit 4.
*keluar dari Exit 4, seberang aje jalan dan itulah Dong Seoul Bus Terminal (sorry takde gambar).
Kami berjaya mendapatkan bas jam 8.59am ke Sokcho dengan tambang 17,300 won. Kalau ikutkan dah lewat sangat tu nak gerak ke Sokcho. Tapi bak kata tasyha "ada kami kisah??" hehehee.
Keadaan bas memang sangat selesa. Kerusinya dah macam kerusi mesin urut. Gara-gara empuknya seat, saya dan beberapa teman yang lain lena sepanjang jalan. Sedar-sedar pun bas dah memasuki Sokcho hehehe. Kami tiba di Sokcho dalam 11.30am. Keluar dari intercity bus terminal kami singgah di Information Counter yang terletak di sebelah terminal bas ini (belah kiri) untuk mendapatkan info bas dan map untuk Sokcho. Best, tak perlu nak tunggu lama bas no 7-1 tiba-tiba muncul. Apa lagi berlarilah semuanya hehehe.
Untuk ke Seoraksan dari intercity bus terminal, ambil bas no 7 atau 7-1 dengan tambang 1,100 won dengan kekerapan setiap 30 minit. Bas akan berhenti berdekatan kawasan parking Seoraksan.
View ini yang menyambut kami sewaktu tiba di Seoraksan. Subhanallah, cantik sangatlah.
Ambik!!Macam-macam kaler ada kat situ..memang puas hati sebab hajat nak tengok daun maple warna purple dan pink kesampaian :D
Apa-apa hal pun ke kaunter untuk bayaran masuk. Kalau dalam website, katanya bayaran masuk adalah 1,600 won tetapi nan-ado. Bayaran masuk adalah 2,500 won. Itu belum masuk kos untuk cable car lagi tau. Untuk cable car, dikenakan bayaran tambahan sebanyak 9,000 won. Awalnya memang tak nak naik cable car ini tetapi alang-alang dah sampai kami ambil keputusan untuk ke atas juga. Itu pun berjaya dapatkan giliran untuk 1.30pm. Ada masa lebih kurang sejam lagilah sebelum giliran kami tiba huhuhu. Masa yang ada, kami berkelah ajelah dibangku yang disediakan untuk layan lunch.
Our lunch, nasi goreng carca-merba. Tupperware takde kami bungkus dalam plastic bag aje.
Dalam jam 1.00pm, kami bergerak menuju ke boarding area. Haish, berebut-rebut dari awal sampailah dah masuk ke dalam cable tu sendiri.
Syukur untuk cuaca yang baik. Sat aje, kami dah berada di atas awan :D View sangat-sangat cantik; memang berbaloilah kami ubah plan untuk singgah di sini. Layan beberapa keping gambar dari cable car station - tak tahulah apa nama puncak-puncak yang ada.
Dari kejauhan, pekan Sokcho.
Ulsanbawi.
Dari station kami ambil keputusan untuk menapak ke atas; ke Mount Gwongeumseong. Trek agak licin dan pokok-pokok memang dah togel habis dah kat sini.
3 gambar di atas merupakan sebahagian dari view di Gwongeumseong.
Tiba di sini, memang tak berangan pun nak mendaki ke puncak Gwongeumseong. Kami agak kesuntukan masa untuk kembali ke Seoul semula tetapi bila salah seorang dari kami menyuarakan keinginan untuk ke puncak jadinya macam tak adil kalau beliau bergerak sendirian. Sekurang-kurangnya bila apa-apa jadi akan ada yang membantu. Jom, ke puncak.
Ahjumma ne lah yang gelakkan kitaorang hehehe
Dari jauh memang nampak simple. Tapi jenuh jugalah lebih-lebih lagi tetiba penyakit 'gayat' datang menyerang. Sampai pertengahan jalan, saya stop. Ikutkan hati memang nak patah balik aje tetapi oleh kerana treknya agak 'macet' jadinya kami tersangkut di situ. Sementara nak tunggu giliran untuk kembali ke bawah tiba-tiba muncul satu ahjumma siap ejek-ejek kami lagi (buat aksi menangis sambil ketawakan kami) hohoho. Kami buat tak tau ajelah; karang berbalas cakap bukan ko paham pun, betul tak?? Lepas ahjumma tu lepas ke atas, tiba-tiba muncul pula seorang budak kecik (umur dalam 4-5 tahun kot) sedang gigih memanjat ke atas. Haih, tak boleh jadi ne? Terbakar jadinya. Budak tu boleh asal pula kami tak boleh. Betul tak? hahaha entahapapakan, dengan budak pun jadi,kan?
Macam hebat aje, kan?
Jom, teruskan perjalanan ke atas.
Akhirnya..
Alhamdulillah, berjaya. Terima kasih kat budak kecil tu sebab berjaya mencabar kami hehehe
Puncaknya memang tak luas manalah. Ramai time tu; kenalah menyusup kat mana-mana ruangan kosong untuk lepaskan lelah. Sedang sedap lepaskan lelah, tiba-tiba datang satu family local. Yang bestnya, dihalaunya kami dari situ sebab derang nak duduk di tempat kami lepak dan buat aksi untuk bergambar. Hoh, nak bergerak ke mana? Ke dalam gaung?? Bertimbang rasalah, kan. Bosan dengan pelbagai drama kat puncak, kami ambil keputusan untuk turun.
Kalau sampai ke puncak boleh beli benda alah ne dengan harga 10,000 won sebagai bukti korang dah berjaya. Nanti derang akan ukir nama kita di situ.
View dari puncak Gwongeumseong.
Dah puas di sini, kami ambil keputusan untuk bergerak turun dan terus ke terminal bas. Kali ini bas no 7. Atas bantuan seorang warga Filipina yang dah berbelas tahun tinggal di Sokcho, kami diturunkan di Express Terminal Bus. Sayangnya, bas paling latest yang akan berangkat ke Seoul pada jam 4.00pm. Itu aje option yang ada, so nak tak nak setuju ajelah. Tambang bas kali ini adalah 18,100 won dan last station adalah di Seoul Express Bus Terminal di Gangnam.
Ada satu insiden kelakar waktu menunggu bas berangkat ke Seoul. Kami lepak ajelah dibangku yang disediakan sambil layan hot choc. Dari awal lagi dah perasan ada seorang ahjussi ne dok perhatikan aje kitaorang. Tak tahulah kenapa, mungkin kamikah yang terlalu pelik rupanya atau kami terlalu jelita hehehe. Tiba-tiba "gedegang". Ahjussi tu langgar dinding kaca bas terminal tu hehehe. Nak gelak, tak sampai hati tapi serius lawak ok melihatkan aksinya. Yang minah korea belakang kitaorang dah bantai gelak dari awal hehee. Akhirnya, dalam dok tahan gelak akhirnya pecah juga hahaha. Mujur ajelah tak tersembur je hot choc kami hehehe.
On time kami pun berangkat ke Seoul. Perjalanan memang panjang kali ini sebabnya super duper macet waktu bas memasuki Seoul. Dalam jam 8.00pm baru tiba di last station. Badan dah penat, kali ini kami ambil subway terus ke hostel. Sempat prepare cekodok untuk dinner sebelum zzzzzzzzzzz. Penat!!
*bersambung
12 comments
Wah bestnya Zilla dah menawan puncak tu... bangga akak tengok keupayaan zilla...
ReplyDeleteakak buat saya seganlah pula hahaha...kalau akak tgk, puncak dia tu takdelah tinggi mana pun...lebih rendah dari anak bukit hehehe..
DeleteSure agak tercabar dengan perangai 'keanak-anakan' ahjumma tue kan. But as for me, tak pernah terkejut dengan perangai ah jumma nie semua. Dh banyak kali saya terserempak and experience dgn perangai perangai ahjumma seperti ini. Agak stress jugak. Tapi takper, at last, berjaya jugak naik sampai ke puncak.
ReplyDeleteahjumma tu sebenarnya mencabar kita dalam diam, kan zara?? haih, sebaiklah ahjumma, so senyum ajelah walau hati ada sedikit sentap hehehe..
DeleteMount Sorak...haruslah ke sana kalau view cantik mcm ni...thanks Zila bagi info ni :-)
ReplyDeleteseoraksan ne mmg tempat wajib kalau ke korea..kalau nak kelainan boleh try naik jirisan, taebaek, bukhusan atau lain2 taman negara yang ada di sekitar south korea tu...
DeleteMount Sorak yeeaaay bestnya zilla dah dapat daki....harap2 hajat kesampaian nanti!
ReplyDeleteagak-agaknya ape yang bermain di dalam fikiran ahjushi tu kan..kalo dia tak terlanggar dinding kaca tu mesti dia tegur kan
daki dgn cable car je, mrs. smile hehehe...
Deletetak taulah apa yg dia fikir...mungkin terkejut dgn gaya 'sempoi' kami kot hehehe...
Mt Sorak tu bukan tempat orang main salji ke ye...nekcik pun tak teringat nak ke situ ...masa tu dah winter..mesti ada salji...aduhai perlukah diulangi lagiiiiii
ReplyDeleteerr tak pastilah nekcik..cuma yg saya tahu kalau nak main salji lain lokasinya...sayanglah tak singgah sini, sebab tgk gambar kalau time winter lagi cun...so apa lagi nekcik, repeatlah hehehe
DeleteReally nice photos. Please check and comment my photos of korea, too. koreanfallenleaves.blogspot.com
ReplyDeleteBestnya tengok gambar awak. Gambar semua lawa!! Tempat apatah lagi :D
ReplyDelete