Suatu ketika dahulu saya bukanlah peminat bakso. Kalau orang dok kata bakso tu sedap mulalah saya buat muka "yeke?". Kalau diingat balik kelaku saya itu rasa macam nak lempang je pipi sendiri. Benarlah orang kata "tak kenal, maka tak cinta". Sekali dah jatuh cinta, terkenang-kenang; rasa macam nak pindah dok Indonesia biar boleh makan bakso 24jam tanpa henti hahaha!
Bakso pertama yang berjaya saya telan tanpa ragu-ragu diperkenalkan oleh Mr.Wong di Surabaya beberapa tahun yang lepas. Bakso Jagalan namanya. Enaknya tak perlu dipersoalkan lagi. Oleh kerana itu, tiap kali saya turun ke Surabaya Mr.Wong akan bawa saya singgah pekena bakso tersebut dan paling tak boleh lupa beliau sanggup hantar bakso itu khas untuk saya dan kawan-kawan waktu kami berkunjung ke Bromo tahun lepas. Punya hebat penangan bakso ini!
Dek kerana ketaksuban saya terhadap makanan bernama bakso ini, tiap kali singgah di Indonesia saya akan cari dan pekena makanan ini. Fav restoran saya di Terminal 3, Jakarta. Fuhh meleleh ok! Tapi sayangnya waktu kunjungan saya ke Jakarta tempohari restoran itu dah berganti dengan restoran laian. Tak tahulah apa jadi huhuhu.
Mukadimah yang sangat panjang, lupakan. Jom kembali ke cerita asal.
Bakso Semar ini saya kunjungi waktu kunjungan saya ke Bandung Januari lepas. Lokasinya adalah di Jl. Cihampelas. Saya pernah ke restoran ini 6 tahun lepas, namun waktu itu saya tak boleh nak telan baksonya kerana bau dan rasa 'lembunya' yang terlalu kuat. Tak sanggup nak menelannya. Kali ini saya dibawa kembali ke restoran ini. Harapan saya janganlah bau lembu mengatasi semuanya; harus mati selera dibuatnya huhuhu.
Bakso Semar 2, penuh dengan pengunjung. Jadinya bertabahlah ye nak tunggu meja kosong huhuhu
Memasuki kedai ini, bau 'lembu' menguji diri saya. Alahainya, kuatnya. Kawan-kawan saya juga mengakui perkara yang sama namun kami tak sampai hati nak keluar dari kedai ini kerana ingin menjaga hati 'orang' yang membawa kami ke sini. Duduk dan cuba ajelah. Misal kata tak boleh nak makan, tolak aje mangkuk ke tepi. Satu perkara yang saya kira menarik dan agak terkejut adalah kedai ini memainkan lagu-lagu dari Malaysia. Dari Anita Sarawak dengan tragedi buah epalnya, lalu beralih kepada Spoon dengan "rinduuuuuu...rinduuuuuu..serindu-rindunyaaaaaa.", aduhai teringat pula kisah cinta lama bila mendengar lagu-lagu yang diputarkan di sini hahaha! Tetiba terasa seperti berada di Malaysia dan bukannya di Bandung hihihi.
Melalut sudah. Jom tengok menu.
Pening kepala nak pilih mana satu; akhirnya saya memilih Mie Bakso dengan teh botol.
Menunggu hampir 20minit dan bakso kami tiba. Yummmyyyy! Memang tak sabar nak belasah. Tapi sebelum tu, jangan lupa sos-sosnya, kalau tak tau mana yang sesuai campur ajelah semua sos yang ada, confirm sedap. Lagi satu, lagi pedas lagi syok layan bakso ne.
Antara sos dan kicap yang disediakan. Err tak taulah nak kata mana yang ok, saya campur je kesemuanya
Mie bakso dengan 1 bakso urat dan 4 bakso halus.
Sedap atau tidak?
Jujur, tak boleh lawan Bakso Jagalan di Surabaya dari segi saiz dan kesedapan bakso itu sendiri. Namun itu tak bermakna bakso di sini tak sedap, sedap dalam kelasnya yang tersendiri. Saya suka dengan bakso uratnya, sayang cuma seketul aje. Nak minta tambah bakso urat seganlah pula. Baksonya sendiri walaupun ada bau lembu tapi takdelah sampai tahap melekat rasa lembu itu di lelangit kita. Kiranya, memang kenalah dengan selera saya kali ini. Harga, memang berpatutanlah. 10 orang makan, tak sampai pun RM40. Kira oklah tu kan?
Dah kenyang, usha keleliling. Pelanggan tak pernah surut.
Buat kawan-kawan yang mungkin akan berkunjung ke Bandung dan teringin nak merasai keenakan bakso bolehlah singgah di Bakso Semar 2 ini. Serius, takkan rasa menyesal punya. Cuma sediakan aje tisu untuk lap air mata melayan lagu-lagu cintan karat di sini hehehe.
Selamat menikmati!