Thailand 2014 : Day 8 (Part II) ~ Kaeng Krachan National Park, Phetchaburi

Sunday, February 15, 2015

Sambungan dari sini Thailand 2014 : Day 8 (Part I) ~ Kaeng Krachan National Park, Phetchaburi

Dalam jam 4.00pm kami bergerak menuju ke jeti. Kupu-kupu dalam perut dah start menari time ne, maklumlah saya memang fobia dengan aktiviti air. Lebih-lebih lagi bila tengok tasik yang luas giler ini, mulalah dok fikir yang bukan-bukan. Dek kerana itu, saya memang banyak diam sepanjang berada atas bot ini, cuak hehehe.
Jeti tak serupa jeti hehehe. Jeti yang ada ditutup kepada semua sebab ianya khas untuk kegunaan Raja Thai sahaja.

Sebelum tu, sedikit tentang Kaeng Krachan, sorrylah C&P je, malas nak translate

"Kaeng Krachan is the largest national park in Thailand with 2,915 square kilometers of forest in the watersheds of the Phetchaburi and Pranburi rivers. It includes portions of Nong Ya Plong, Kaeng Krachan and Tha Yang districts in Phetchaburi province and of Hua Hin in Prachuab Khiri Khan province.

Visitors to the park may enjoy relexing by the lake near the headquarters, touring Pala-u waterfall in Prachuab Khiri Khan province, or taking a boat tour of the lake and the lower Phetchaburi. Visitors can request permission to travel up the Khao Panoen Thung road or to arrange hikes of one or more days. Visitors who wish to tour the forest along the Khao Panoen Thung road or to hike the trails within the forest must request a permit at the visitor center at the headquarters. In general, guide service is required for any forest travel away from the Khao Panoen Thung road. Trekking may not be possible during the rainy season.." [sumber : .trekthailand]

Kenapa kitaorang pilih nak berbot di petang hari? Kononnya nak layan sunset dari atas bot tapi sebenarnya tak sempat pun hehehe. Apa pun, petang tu angin agak kencang kot. Tasik pun berombak, tu yang buat saya lagi cuak. Seriuslah saya memang doa tak henti jangan bot terbalik je (walhal ombaknya takdelah tinggi mana pun huhu).
Kami dibawa ke pulau yang penuh dengan monyet. Ada group yang buang makanan dalam tasik, monyet-monyet tu siap berenang untuk dapatkan makanan tersebut. Kami tengok dari jauh je sebab takut kena terkam dengan monyet.
 Kami singgah di pulau kedua tapi blur tak tahu nak tengok apa. Ranger pula tak pandai berbahasa Inggeris. Rupa-rupanya pondok yang dalam gambar tu pernah didiami oleh Raja Thai. Err, tak singgah pun takpe kot, semak samun je; takde apa yang menarik pun hehehe.

Kami singgah di 2 pulau itu aje, itu pun tak turun. Tengok dari dalam bot. Selebihnya pusing tasik. Apa pun, memang luas kot. Trip ini ambil masa sekitar sejam jugalah.
 Cantiklah korang, saya memang rekeman tempat ini buat semua.
Ada jambatan gantung juga di sini.

Tiba di jeti, kami ambil keputusan untuk jalan-jalan kawasan sekitar sementara nak tunggu sunset.
Pemandangan dari jeti.
Ban Krang pun 35km dari visitor center, bayangkan berapa luas tempat ne.
Floating restaurant, tak taulah kenapa ditinggalkan sebegitu rupa.
Toilet dan bilik mandi. Kalau nak cari tapak khemah, carilah yang berdekatan dengan toilet. Lagi satu, di tepi toilet ini ada disediakan kawasan lapang dengan paip yang banyak untuk cuci pinggan/mangkuk/periuk/belanga yang digunakan. Untuk memasak, sila beli mineral water.

Kami kembali ke khemah bila rasanya dah habis pusing kawasan sekitar. Lepak ajelah di khemah sementara nak tunggu sunset. Sunset? Kami plan nak layan dari jambatan gantung. Dari khemah kami ke jambatan tersebut lebih kurang 10 minit berjalan, sila bawa lampu suluh sebab treknya agak gelap..

Satu aje nak pesan kalau nak ambil gambar sunset dari jambatan ne, bertabahlah dengan ayunan jambatan tu sendiri tiap kali ada yang cuba berjalan di situ. Nak lagi best, tunggu ajelah di situ sampai gelap sebabnya local tak minat pun nak ambil gambar sunset. Petang tu cuma kami dan 2-3 group lain yang bertapa atas jambatan tu sampai gelap.
Awan sedikit tebal petang tu..
Semua bergegas kembali ke jeti..
Lama giler kami bertapa atas jambatan tu semata nak tunggu matahari terbenam sepenuhnya..
Akhirnya, dapat juga yang dihajati

Puas dengan sunset kami bertiga ambil keputusan untuk kembali ke khemah. Nak kena masak untuk dinner malam tu. Part paling best, JM dan Nik (kalau tak silap) berjaya mengayat penjual yang ada untuk menjual telur kepada kami petang tu. Jadinya, bolehlah buat telur dadar petang untuk dimakan bersama saki-baki beras yang ada. Sementara nak tunggu nasi masak sepenuhnya, kami buat cekodok jagung untuk cover mana yang patut. Bukan apa, beras yang ada memang sikit sangat, takut ada yang tak kenyang nantinya.
View sunset dari khemah kami. Ini antara trip paling best sebabnya terasa dekat sangat dengan alam.
Dinner kami malam tu. Rumput tu sangat mudah terbakar tau, jadinya sebelum hidupkan api kami akan basahkan dulu permukaan tanah tu dengan air sebab tak mau api menyambar rumput di bawahnya.
Jiran-jiran kami hehehe

Malam tu takde apa aktiviti sangat, kami habiskan masa dengan berbual. Keputusan yang kami buat untuk tidak menyewa sleeping bag membawa padah. Masing-masing kesejukan malam tu. Selimut yang Nani bawa, kami pakat berebut nak masuk ke dalamnya. Kesian Nani. Apa pun, kalau berhajat nak camping di sini biarlah cuaca panas macam mana pun, silalah sewa sleeping bag. Malam hari memang agak sejuk. Untuk milky way atau star gazing, lupakanlah nak layan di sini sebabnya memang takde pun. Setakat bintang yang tak berapa nak ada huhuhu.

* bersambung untuk hari baru.

You Might Also Like

21 comments

  1. Terbaiklah entry zilla ni. Semua tempat yg awak pergi biasanya jarang org lain nak pergi. Gambar pun cantik sangat. Awak pakai kamera apa ye?

    JM tu kaki mengayat rupa nya....oooo..baru taw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Syieda..saya pakai kamera lama, D90..

      Delete
    2. Syieda : JM mengayat orang2 tertentu je heee

      Delete
  2. Tengok zilla suma org kata pic. yg u amik cantik sangat. Kamera lama je.
    so mesti orangnya ni yg pandai amik kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai encik, terima kasih byk utk pujian yang diberikan..namun, tak perlu nak terlalu memuji..tak bagus utk 'kesihatan' saya nanti huhuhu

      Delete
    2. JM sokong kata2 En AB tu 200%...hasil sgt unik..ini kerana skill yang Zilla ada tapi x de pada JM huhuhhu

      Delete
  3. Zilla.. aku minat gambar sunset yang paling atas tu. Kalau aku ada masa tu mesti aku hiba sebab aku jenis selalu hiba kalau dapat tengok sunset yang lawa. But, really nice one

    ReplyDelete
    Replies
    1. uihhh mesti BK ne sensitif orangnya, kan? hehehe..

      Delete
  4. sunset memang cantik, berbaloi2 tunggu lama2 atas jambatan gantung tu. sangat best untuk merehatkan minda, dah sampai sini mesti nak berlama2 nih

    *haha, kita serupa kalau melibatkan aktiviti air. dalam takut2 tu degil jugak nak try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...haruslah berbaloi anne, siap dok tahan perasaan tiap kali jambatan tu berayun ke kanan/kiri :D

      degil satu hal...nak tunjuk 'macho' pun ye juga walaupun dalam hati sikit punya kecut :D

      Delete
  5. Tak sangka rupanya Mbak Zilla fobia dengan aktivitas air dan takut dengan air yang luas. Padahal saya pernah baca di entry di blog ini, Mbak Zilla pernah tidur di atas kapal di lautan lombok apa lautan sumbawa gitu...lupa. Hebat lah Mbak Zilla, fobia air tapi pernah naik kapal di lautan sampai berhari-hari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhai mas, ingat lagi ya? gara2 dipukul ombak di sumbawa, lombok dan labuan bajo lah fobia saya semakin parah hahaha...sampai sekarang tak boleh nak lupa ketakutan tu mas :D

      Delete
  6. khemah tu bole muat berapa orang zilla?

    ReplyDelete
    Replies
    1. khemah tu ada 2 jenis, besar dan kecil..utk yang besar max 3 org tapi kami hentam je sumbat 4 orang dalam tu acik smile..utk yang kecik tu, 2 orang je kot...nak bawa khemah sendiri pun blh, cuma sewa tapak je nanti..,,

      Delete
  7. Rupanya kita serupa. Aku xleh lah aktiviti yang macam ni sangat. Jap gi aku rasa sesak nafas & mabuk. Air paras pinggang pun aku dah rasa menggelupur.

    Reflection kat floating restaurant tu lawa. Sunset tu xyah lah cakap, memang cun!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bibie, aku memang giler2 fobia..sebab tulah aku tak berapa gemar kalau nak ke pulau2 ne...aritu penahlah join swimming class, konon nak belajar berenang dan nak hilangkan fobia air tu tapi tak lepas juga..makin parah pula jadinya hahaha..tak tahulah mcm mana nk hilangkan fobia ne, biasa masa dan keadaan yang menentukan :D

      aku pun geram tgk reflection tu...serius ahh, kita pun kalah dengan derang nak kalau bab kebersihan...

      Delete
  8. JM jadi chef of the day... He He He... Bestnyeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. SS : JM tolong belikan telur je..Zilla ketua chef..kami tukang sibuk heee

      Delete
  9. Semua gambar cantik-cantik belaka. Boleh jual untuk pihak pelancongan/tourism body negara yang you visit. Sure dorang nak guna utk promosi nanti.

    ReplyDelete

Subscribe