Thailand 2014 : Day 8 (Part I) ~ Kaeng Krachan National Park, Phetchaburi

Friday, February 13, 2015

27.12.2014 : Kaeng Krachan National Park

Thailand 2014 : Day 7 ~ Phetchaburi

Entry ini saya tujukan khas untuk PM sebabnya dialah yang susah payah mencari info mengenai tempat ini.

Hari baru di Thailand. Dalam tak sedar dah hari ke-8 kami di sini. 

Hari ini kami akan terjah taman negara terbesar di Thailand, Kaeng Krachan. Jarak dari Phetchaburi ke sini sekitar 60km dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam dengan minivan. Tambang minivan, 120baht dan kita akan dihantar terus ke visitor center di taman negara tersebut.

Di mana lokasi minivan ke Kaeng Krachan?

Kalau nak cerita, memang jenuh sebab pening nak ingat nama jalan di Phetcha ini. Paling mudah, kawan-kawan ambil aje jalan untuk ke stesen keretapi Phetchaburi. Nanti, akan berjumpa dengan terminal minivan, seberang je jalan ada bus stop di situ. Minivan ke Kaeng Krachan akan stop di bus stop tersebut. Kalau tak sure, sebelum naik tu boleh tanya driver minivan tersebut. 
Aircond Bus Bangkok, tu sebenarnya merujuk kepada stesen minivan. Di Phetchaburi ini, memang takde bas, tak tahulah kenapa.
Jalan menuju ke stesen keretapi.  Di sepanjang jalan ini, banyak giler gerai jual makanan halal. 
Nampak tak bus stp di antara minivan yang ada? Hah, sila tunggu minivan ke Kaeng Krachan di situ.
Minivan terus ke Kaeng Krachan

Kami tak tunggu lama pun untuk minivan ini. Bersama-sama kami hari ini, seorang mat saleh yang tak tahulah dari mana asalnya.

Sepanjang tempoh sejam ini saya memang pengsan kepenatan. Maklumlah malamnya tidur tak berapa nak lena. Sedar-sedar, minivan dah memasuki kawasan taman negara. Start dari sini, sila jangan tidur. Menyesal tak sudah nanti. Kenapa? Sebabnya minivan akan menyelusuri jalan di pinggir tasik untuk ke visitor center. Waktu ini memang tak tahu nak kata apa, giler luas tasiknya. Pemandangan pun punyalah cantik, tak tahu nak cerita macam mana.
Yeayyy, sampai juga akhirnya.

Ada orang tanya, apa yang kami nak cari di sini? Nak je saya jawab "cari laki.."hahaha! Tapi tak sampai hatilah pula, takut nanti ada yang putus kawan hehehe. Dah tahu p taman negara, apa  lagi yang nak dicari selain ingin nikmati keindahan alam ciptaan Ilahi. Entah apa punya soalan huhuhu.

Oleh kerana kami dah ada pengalaman ber'taman negara' di Phu Kradueng, jadi sedikit sebanyak kami dah tahu apa yang perlu kami lakukan. Apa-apa pun, masuk tempat orang kenalah bagi salam, tak boleh  nak main redah aje. Karang tak pasal-pasal kena halau keluar, betul tak? 

Macam biasa, kami dah tahu peranan masing-masing. Beg kami tinggalkan pada kawan-kawan yang lain dan kami berdua bergerak ke visitor center. Try korek info yang ada sebabnya kami plan nak camping di Khao Pakarang atau pun di Phanoen Thung. Jenuhlah dok "pung-pang..pung-pang..". Penat nak bagi derang faham plan kami itu. Namun, atas faktor keselamatan kami tidak dibenarkan untuk camping di kedua tempat itu. Lebih menyedihkan, lokasi itu juga ditutup kepada pengunjung juga atas faktor keselamatan. Kenapa? Sebabnya waktu kami ke sana adalah waktu gajah sedang mengawan dan katanya gajah-gajah ini akan menjadi super-duper agresif bila melihat manusia dan kebarangkalian untuk menyerang juga agak tinggi. Atas faktor sayang nyawa, takpelah. Lain kali kami datang lagi. Berkecai impian nak tengok gajah liar huhuu
Peta Kaeng Krachan National Park

Kami diberi pilihan samada ingin camping di visitor center atau pun di Ban Krang. Specialnya Ban Krang ini, sunrisenya. Namun, ada masalah lain pula. Sehari cuma ada 2 trip sahaja ke Ban Krang ini. Awal pagi sekitar jam 5.30am dan lewat petang sekitar jam 5.00pm. Bila dihitung-hitung waktu yang kami ada, memang mustahil untuk ke Ban Krang sebabnya kami perlu kembali ke Bangkok/Surat Thani esok petang. Jadinya, pilihan yang ada sekarang camping di visitor center aje. Takpelah, tengok gambar sunset di visitor center ne pun cun juga (nak sedapkan hati hehhee)
Visitor center; bertabahlah nak berkomunikasi dengan mereka ini hehehe - kalau mat saleh, cepat je mereka layan *sentap!

Keputusan dah diambil. Jadinya, kami perlu settlekan beberapa bayaran untuk camping di sini. Kami ambil 2 khemah di sini, macam biasalah kan. Mulanya nak sewa sleeping bag tapi bila ranger bagitahu di Kaeng Krachan ini suhunya biasa-biasanya aje, terus cancel nak bersleeping bag (lepas tu menyesal, sejuk hahaa!).
Boleh kira-kira sendirikan berapa kos untuk camping di sini.

Kalau kawan-kawan berminat nak keliling tasik dengan bot, sila booking di kaunter information. Bayaran dibuat kemudian, cuma perlu bagitahu jam berapa kawan-kawan ingin beraktiviti nanti mereka akan tunjukkan di mana jeti untuk bot. Sementara PM menyelesaikan urusan khemah dan tapak perkhemahan, saya settlekan urusan bot. Sepakat, 4.30pm kami plan untuk keliling tasik
Alatan perkhemahan perlu diambil di sini. Lokasinya di bahagian belakang bangunan visitor center.

Semua dah ada, jom ikut kami ke tapak perkhemahan. PM dah siap cop lokasi best untuk khemah kami sayangnya bila tiba di situ orang lain dah kebas tapak kami tu hahah! Pantas betullah derang ne. Jadinya, kami pacak khemah di sebelah tapak asal. Tak kisahlah yang penting sekarang view. Buka aje pintu khemah terus ngadap tasik. Best giler! Nasib tak boleh buat aksi guling-guling terus dalam tasik sebab derang dah pasang pagar dawai keliling tapak perkhemahan ini, kalau tidak ada yang buat drama kat situ huhuhu!
Kalau nak khemah di sini, boleh. Menariknya, khemah dah sedia terpasang. Tinggal campak badan dalamnya aje. Yang tak syoknya, di tapak ini masak-memasak tidak dibenarkan.
Nampak pohon nan sebatang tu? Hah, situlah tapak yang kami cop tapi dah kena kebas dengan orang lain. Khemah yang ada 3 bongkah batu tu, suka benarlah pandang kami seolah-olah kami ne dari planet Marikh hahaha!

Apa yang menariknya kami camping di sini adalah penerimaan masyarakat tempatan terhadap kami. Walaupun ada yang memandang kami agak pelik (mungkin sebab terdengar bahasa yang kami gunakan berbeza dengan mereka) namun, layanan mereka terhadap kami sangatlah baik. Seolah-olah kami sedang camping di negara sendiri. Siap kami pinjam boleh pinjam barang dengan mereka lagi hehehe. Memang best suasananya.
Buka pintu khemah, pemandangan inilah yang menyambut kami. Giler kentang, memang tenang habis. Serius, saya rasa pilihan untuk camping di sini sebagai penutup untuk trip Thai ini satu pilihan yang baik. Terima kasih PM sebab bagi cadangan untuk camping di sini.
Hah, ini memang menarik. Mungkin ownernya tak koser nak kutip najis anjingnya, dipakaikannya pampers hehehe. Siap dibuat lubang lagi untuk ekor anjingnya :D

Bila semua dah settle, kami keluarkan stok makanan yang ada. Itu pun dah tak banyak, tinggal saki-baki makanan aje. Macaroni semalam masih berbaki kami campak je dalam sos spagethi. Bak kata JM "jangan membazir" hehehe. Itulah yang menjadi santapan kami tengahari itu bersama-sama dengan jagung yang kami rebus. Sesekali, makan diluar kebiasan memang terasa nikmat dan terasa bersyukurnya dengan apa yang kami ada selama ini.
Saki-baki makaroni yang kami recycle.

Selesai makan, kami ambil peluang untuk rehatkan diri. Aktiviti seterusnya hanya akan bermula jam 4.30pm.

Siapa yang layan filem Teacher's Diary, salah satu lokasi pengambaraan filem ini adalah di Kaeng Krachan ini..

*bersambung

You Might Also Like

26 comments

  1. camping kat situ pun dah cantik bangat!

    biar je orang tak paham dengan apa yg kita buat. hidup kita bukan untuk puaskan hati orang lain, ye dok..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jea, kalau Ban Krang lagi cun...umpama camping di atas awan tau hehehe (tgk gambar ranger :D)..

      hah, betul la tu...kalau asyik nak pikir pasal org, tak ke mana lah kita ia dah? ;-)

      Delete
    2. Tu gaya dia kena pergi lagi sekali tu..hehe

      Delete
    3. Ok maknanya next akan camping ke Ban Krang ke? Hihihi. Best camping! Masa nilah nak uji tahap survival diri.

      Delete
    4. Perancangan mcm tula tapi x tau bila hehehe

      Delete
  2. syoknya camping kat sini!
    berangan duduk situ sambil membaca dan dengar lagu...nikmat dah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi acik smile bab berangan tu mmg tak boleh blah lah hehehe..apa yng pasti tmpt ne mmg syok kalau nak lari dari hiruk piruk kota :-)

      Delete
  3. Ha ha ha nak cari laki!!!! Kat dpn .......tk nak ?

    ReplyDelete
  4. Seronoknya..boleh jadi panduan jika saya nak bercuti ke Thai nanti.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia namy..moga perkongsian ini dapat bagi idea jika mau ke thai

      Delete
  5. Aku kagum dengan korang ni. Research cukup detail. Awesome gambar 2 khemah biru tu Zilla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai BK, tak perlu kagum..apa yg kami bt semuanya sebab minat dan bukannya nak bt org kagum dgn kami....apa pun terima kasih tau..

      Delete
  6. Zilla, nampak gayanya kita kena repeat Kaeng Krachan ni. Teringin nak berkhemah dan explore taman negara ni.Tapi dapat berkhemah di HQ site camp pun dah best, sebab view dia lawa.... haih... banyak benor tempat nak repeat balik ni. camne??? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.ikut hati semua nk repat, kan?hehehe.

      Saya mmg ada dlm plan nak repeat kaen krachan ne..nk p bulan yg ranger rekeman kat kita temphari..teringin nk tgk lautan rama2 dan gajah liar bkeliaran..cuma itulah? X tau bile hehehe

      Delete
  7. Nice.. To be honest, den tak pernah terlintas pulak traveling style retreat/camping kat Thailand nie convenience.. Bile bce your entry, rse nak try plk this travel style..

    ReplyDelete
    Replies
    1. honestly camping di sini rasa lebih selamat kot dari camping kat tmpt sendiri..trylah satu hari nanti..

      Delete
  8. bestnyaaaa camping camni. teringin gak actually. hurm... panas x tido dlm tu? hiks... jrg camping sbnrnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya rekemen utk try, john....panas? Hahha..sabar ajelah...x panaslah john..sejuk beku lagi ada kalau memalam tu...sian hari pun kami bantai melepak dlm khemah, ok je..takde rasa panas ke apa..

      Delete
    2. saya rekemen utk try, john....panas? Hahha..sabar ajelah...x panaslah john..sejuk beku lagi ada kalau memalam tu...sian hari pun kami bantai melepak dlm khemah, ok je..takde rasa panas ke apa..

      Delete
  9. hoho...baru tahu yg citer teacher's diary shoot kt sni...aman & damai nyer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, derang ada shooting di sini tapi untuk adegan yang mana satu, saya tak pasti hehehe..

      Delete
    2. msti kt part cikgu nk tunjuk ank murid dia ape itu keretapi...huhuhuh....agak nye lah... view mmg best btul ^-^

      Delete
  10. SS pernah tgk kangaroo mengawan je... Gajah mengawan belum pernah lagi... Kalu nak tengok... Ajak SS ek... He He He...

    ReplyDelete
  11. spagetti tu byk puas nk habiskan dan ada yg ngelat bila minta tolong habiskan ehehe...bila teringat kembali suasana camping tu rasa happy nya. Ini adalah kali ke 2 trip ada camping...waktu ni lah nk kenal stove semua bagai tu

    ReplyDelete

Subscribe