Thailand 2014 : Day 7 ~ Phetchaburi
Thursday, February 12, 201526.12.2014 : Bangkok - Phetchaburi
Thailand 2014 : Day 6 (Part II) ~ Mt.Fiji & Suwan Suan, Loei (Selamat Tinggal Loei)
Entry kali ini memang panjang ceritanya.
Kami tiba di Mo Chit Bus Terminal sekitar jam 4.15am. Turun dari bas, tengok bag dah bergelimpangan atas jalan dicampak keluar macam tu aje; hampeh lah wei! Tu belum masuk bab ulat yang dok kerumuni kami, ok rasa macam nak bagi pelempang aje. Kot ye pun, bagilah kami bernafas dulu. Ini tak, dok main serbu aje mau tak menyirap darah.
Konon-kononnya dah lepak di Bangkok sekejap untuk mencari kasut monobo kiriman teman tapi bila dah jadi macam ne kami ambil keputusan untuk terus bergerak ke Phetchaburi. Bab kasut tu takpelah, kita cari aje di Phetcha. Saya dan nani bergerak mencari minivan ke Phetcha. Kawan-kawan yang lain kami tinggalkan untuk menjaga beg. Pun-pang, pung-pang kami berjaya mendapatkan minivan ke Phetcha jam 5.00am. Tambang adalah 120baht. Tiket dah ada di tangan, kami kembali mencari kawan-kawan yang lain.
"dompet saya hilang.."
"hah!!"
Kitaorang panik. Giler ahh. Bukan sikit duit dalam purse En.AB tu. Kalau tak silap saya, baht aje dalam 4000baht tu belum RM lagi. Memang kayalah sapa-sapa yang dapat purse En.AB tu. En. AB pun dah puas mencari tetapi bayangnya dompetnya langsung tak kelihatan. Mujur jugalah, En. AB awal-awal lagi dah serahkan pada saya duit belanja untuk tempoh beberapa hari dan mengasingkan USD, kad bank dan IC di beg yang berasingan. Kalau tak memang tak tahulah apa yang bakal berlaku. Apa yang best, kami tak terfikir pun nak laporkan apa yang berlaku pada polis. Mungkin bila melihat En.AB sendiri redha dengan apa yang berlaku, kami juga turut redha dengan peristiwa ini. Mungkin bukan rezekinya wang yang hilang itu. Perjalanan kami teruskan hingga ke penghujung dengan saki-baki wang yang ada. Jadinya, hati-hatilah di mana jua kalian berada. Dompet, simpan di tempat yang selamat sebab malang memang tak berbau.
Perjalanan dari Bangkok ke Phetchaburi mengambil masa sekitar 2jam. Itu pun kami dituruskan di tepi highway hahaha! Sengal punya driver! Dah lah kami takde idea di mana kami berada saat tu, maklumlah tulisan semuanya cacing habis!huhu. Mujurlah datang driver ojek (err kalau di Thai lupa apa gelarannya). Dengan bantuan beliau, kami berjaya mendapatkan songthaew ke Sabaidee Resort dengan tambang 20baht/person.
Peta Phetchaburi [sumber : portfolio.orange-thailand.com]
Kami tiba di Sabaidee Resort tanpa sebarang sambutan. Owner belum bangun tidur, pekerja pun belum masuk kerja. Boleh pula macam tu? huhuu. Jenuhlah driver songthaew tu dok ketuk pintu pagar resort barulah ownernya tiba-tiba muncul. Di sini, kami ambil bamboo cottage dan standard room. Konon nak kelainan, saya dan JM pilih nak duduk di bamboo cottage tapi runtuh separuh pintu cottage ini kami kerjakan hehehe.
Sabaidee Resort, Klongkachang Rd, Muang Phetchaburi.
Selesai urusan check in, kami ambil keputusan untuk prepare makanan. Bayangkan last kami makan waktu di Suwan Suan, Loei. Lapar! Mujur di sini ada dapur yang boleh digunakan; itu pun jenuh menunggu pekerja resort ini selesai memasak. Tak payahlah kami buka dapur 'askar' kami tu huhuhu.
Breakfast pagi tu, macaroni dengan sos cendawan dan tuna. Resepi, main campak aje apa yang ada huhuu.
Perut kenyang, hati pun girang, kan? Tapi belum lagi.. Tak boleh nak girang-gemirang lagi (erk!), Ne betis dan paha kami ne sakit kemain, jalan pun dah macam robot. Kami riki-riki info dengan owner resort, kami ambil keputusan untuk minta dia panggilkan tukang urut untuk urut kami. Sekadar betis dengan paha ajelah, nak urut satu badan? Minta maaf, mak tak akan benarkan! Kos untuk massage, 200baht/person. Best ke tidak? Hah, kalau dah meraung siap mengalir air mata nak kata tak best tu nampak sangat penipunya! Memang best gilerlah walaupun rasa nak &&^R$* je tukang massage tu huhuu. Mana taknya, dia cari setiap urat yang dah mengeras dan dimasuki angin, dipecahkan angin tu. Sakitnya tak tahu nak cakaplah huhuhu.
Selesai bermassage, kami ambil keputusan untuk tenangkan diri dahulu, mandi dan sebagainya. Kami bergerak keluar selepas selesai solat Zohor (senang tak payah nak fikir dah). Kaki, dah semakin ok berbanding sebelum diurut. Target kami hari ini, untuk cari stok makanan halal dan mencari kasut monobo.
Di Phetchaburi ini, ramai muslim. Warung menjual makanan halal pun banyak (itu pun last day kami di sini baru terjumpa warung-warungnya huhuhu). Pekan Phetcha ini sendiri, tak ubah macam Puchong di awal tahun 90-an. Rumah-rumah kayu yang ada, tak ubah macam Puchong di zaman 80-an hehehe. Kebanyakan rumah-rumah ini dijadikan guesthouse oleh pemiliknya. Kiranya suasana di sini memang santai habis. Sesekali, kami diberi salam oleh masyarakat tempatan. Siap sorang makcik tu berkenan habis dengan En.AB hehehe!
Kita jalan-jalan di pekan Phetcha pula. Kami sempat singgah di pejabat pos untuk pos poskad.
Senibinanya tak ubah macam senibina rumah-rumah lama di Malaysia.
Ada macam Puchong zaman 80-an tak? hehee
Tak dapat Chatime, dapat OkCha pun, dah Ok sangat!
Lepas gian! hehehe. Milk tea bubble, yeayyyy! Satu bekas ne baru 25baht
Waktu ini dah sesat entah ke mana.
Ini petrol ya, bukan minuman hehehe
Di sini memang banyak wat. Jalan 2-3 tapak, akan jumpa wat dengan pelbagai nama dan saiz. Masjid? Tak jumpa pula di pekan Phetcha ini.
Guesthouse ini tengok dari luar macam best. Boleh layan sunset dari bilik je..
Konon...kononn..kononnnnya petang tu nak layan sunset dari Phra Nakhon Khiri. Tapi..tapi....tapiiiiii boleh pula tempat ini ditutup kepada pelancong untuk sunset. Bukan setakat cable car yang ditutup tetapi nak ke anak tangga untuk ke puncak pun tidak dibenarkan. Yang bestnya, driver songthaew pun tak tahu mengenainya. Hampeh betullah. Jadinya, kami hanya layan sunset dari dalam songthaew aje, kami paksa driver tu hantar kami te Tesco Lotus untuk cari kasut monobo (tak habis-habis dengan monobo hehehe).
Dapat apa yang dihajati, kami menapak kembali ke guesthouse. Betis yang dah nak kembali ok, mulai sakit-sakit semula. Ishhh, ikut hati nak je massage sekali lagi malam tu (duit pula dah takde huhuu).
Malam, kami tak keluar pun. Rehat dan melepak di guesthouse aje. Part paling best, kononnya JM dan bermalam dengan PM dan Nik di bilik best tapi dek kerana tak sampai hati nak tinggalkan saya sorang-sorang dalam cottage tu, dia temani jugalah saya. Sebenarnya bukan JM aja yang tak selesa, saya sendiri pun tak selesa. Ehh bukan sebab ada momok ke apa tapi bilik ne kotor. Berdebu dan bersawang di bumbungnya. Masa JM tinggalkan saya sorang-sorang di bilik, tikus boleh main kejar-kejar lagi di bumbung dengan burung. Burung apa, saya tak pasti. Takut nak keluar bilik.
Part paling best, pintu bilik tak boleh tutup rapat hahaha! Mungkin sebab buluh kot. Jenuhlah saya dah JM tolak nak bagi rapat. Tolak punya tolak, err pintu tu boleh tertanggal separuh dan bolos ke depan. Alamak hai, macam mana ne? Kami berbetulkan balik tak nak kasi kantoi dan kami wayar dan lilitkan ke kabel tv hehehe. Kipas yang disediakan kami letak depan pintu, misal kata ada orang nak pecah masuk pastu kipas tu akan tumbang. Apa yang pasti, kami tak berapa nak lena malam walaupun keletihan.
Bilik En. AB ne, pintu biliknya juga sama seperti bilik kami; tak boleh nak tutup rapat.
* bersambung
21 comments
paling tak suka belum apa apa lagi dah kena serang dgn ulat2..
ReplyDeleteagaknya time tu kot wallet En AB tu kena curi kot..kesian sama dia
seram juga tido kat tempat orang kalau pintu bilik tak boleh tutup rapat camtu...
ada 2 kemungkinan acik smile...samada tercicir dlm bas atau pun kena copek waktu kena kerumum tu ..nak cari bas pun x blh..derang punya style lepas drop penumpang derang terus bergerak keluat x tau ke mana..haih mmg x rezeki en.ab lab kot...
DeleteBilik tu mmg epiklah hehehe
jauh2 pegi Thailand tidur dalam gubuk....alahai...
ReplyDeleteKat KL takde gubuk..haruslah p tempat org try semua benda hehehe
Deletetak pernah kena urut yang jenis kaw kaw punya, seram plak baca ahaha.
ReplyDeletepintu takley tutup? alamak! ahaha
sakit...jgnlah tringin nak try hehehe...tapi dlm sakit2 tu best tau ;-)
DeletePintu tu mmg takde lock..kalau nk tdo di sini mmg kena redha hehehe
alamak kesiannya wallet hilng...lps ni kena extra careful la g mana2.huhu..
ReplyDeletebilik tgk mcm menarik ,tp xleh tutup plak...huhu
yupp..hati2 sentiasa..bilik tu mmg menarik..lokasi pun menarik cuma mungkin owner kurang bagi perhatian, tu yang jadi laghu tu...
DeleteMak cik mne yg berkenan kat sya tu zilla ? Ke yg bole ckp loght kelate tu ? Klau tu la memang aku cabut lari .......
ReplyDeleteyelah, yg boleh kecek kelate tu hehehe..
DeleteTentang hilang dompet tu.....sya redha je nk buat camne dah tak de rezeki cuma utk ingatan pada yg lain jgn letak semua duit in wallet.
ReplyDeleteBiasanya sya simpan duit 2 or 3 tempt....harap ini pengajaran terbaik utk sya.
betul tu encik..pengajaran buat semua huhuhu
DeleteAdventure sungguh korang ni. Hahaha .. memang macam Puchong tahun 90 an. Puchong Batu 14.
ReplyDeleteehh, BK pun orang puchong juga ke? Bt.14 tulah tempat lepak tiap hari balik dari sek :D
DeleteGuesthousnya sangat antik dan unik. konsep kembali ke alam lah itu. back to nature..hehe.
ReplyDeleteBanyaknya kejadian yang berlaku, dompet hilang, dikerubuti ulat-ulat terminal yang ganteng-ganteng, memang pengalaman terbaik..Mbak Zilla..hehe.
Oh..rupanya postcard dari Mbak JM dikirim dari pejabat pos di sini.
back to nature lah sangat hahaha...
Deletewahh, tak sangka dalam diam dpt postcard dari JM ya ;-)
Salam Zilla... gigih betul la korang... next time kena buat fitness training dulu... hehehehe...
ReplyDeletep/s: citer awak ada keluar dalam majalah Libur bulan Mar2015... congrats!!!
Hahaha..dah tua laghu tulah..jalan sikit dah sakit2 satu badan hehehe
DeleteOwhh serius? Syaa tak tahu pun..err harus p cari ne..
penceritaan yang menarik
ReplyDeleteKorang ada bakat mc gyver la... Ha Ha Ha..
ReplyDeleteahaahha...niat asal mmg nk tdo dengan PM dan Nik...ishh..x boleh jadi ni...takkan nak biar Zilla tido sorang2 dalam cottage tu walaupun x selesa...biar sama2 x selesa....susah sama susah...senang sama senang..jadi JM x jadi tdo dgn mereka...ahahaha...ganaz juga kita kan..ala..pintu bilik tu mmg dh nak roboh pun...paku byk tertanggal ahaahah
ReplyDelete