Thailand 2014 : Day 6 (Part II) ~ Mt.Fiji & Suwan Suan, Loei (Selamat Tinggal Loei)

Monday, February 09, 2015


Dari Phiang Din Waterfall kami bergerak menuju ke Mt.Fiji. Teruja aihh, mana taknya dalam sehari kami boleh terbang ke China dan Jepun hehehe.

Phu Pa Por Muang Loei
Agak-agak kalau saya bagaitahu saya ke Phu Pa Por mesti orang tak heran, kan? hehehe. Cuba kalau saya sebut, saya ke Mt.Fiji mesti reaksinya "wahhhh...", betul tak?;-)

Inilah yang berlaku di Phu Pa Por. Menurut John, sebelum ini penduduk tempatan menggelar lokasi ini sebagai Phu Pa Por tetapi kurang mendapat sambutan dari pelancong tempatan apatah lagi pelancong luar. Dalam 2-3 tahun lepas (lupa tahun berapa), penduduk tempatan mencari nama yang lebih komersil untuk menarik pelancong ke sini. Oleh kerana pemandangan Phu Pa Por ini seakan Mt.Fiji (sebahagian puncaknya akan ditutupi awan), itu yang mereka menggelarkan tempat ini sebagai Mt.Fiji Muang Loei. Dek kerana itu, tempat ini terus meletup-letup walaupun menumpang glamer Mt.Fiji di Jepun tu hehehe.

Bayaran masuk sebanyak 60baht/person. Macam biasa, harga yang kita bayar itu termasuk guide dan traktor yang akan membawa kita ke 5 hentian di Phu Pa Por untuk menyaksikan Mt.Fiji. Kami sempat berbual dengan guide dengan bantuan John berkenaan bayaran masuk. Menurut guide, wang itu digunakan untuk membangunkan dan menyelenggara kemudahan asas di sini dan membayar gaji guide kerana mereka tidak mendapat bantuan dari kerajaan untuk membangunkan kawasan ini sebagai lokasi pelancongan. 60baht, kiranya sekali makan aje kalau di KL tapi bayangkan dengan nilai sekecil itu mereka boleh selenggara tempat ini dengan baik. Salute berganda-ganda!!
 Inilah traktor yang mengangkut kami ke Phu Pa Por. Platform hitam tu menjadi pilihan saya dan PM. Syokk, siap kami bantai membuter di situ hehehe.

Jom jalan-jalan melihat Mt. Fiji  
 Ladang tebu di kiri-kanan kami
Jalan yang tak bertar itu adalah trek ke Phu Pa Por

Selepas turun/naik bukit, akhirnya kami tiba di hentian pertama. Tiba di sini barulah tau, boleh layan sunrise dan sunset di sini. Ciscake, kalau awal-awal saya tahu pasal ne mau saya ajak yang lain ke sini seawal mungkin untuk sunrise hehehe.
Mt. Fiji. Sayangnya awan takde time ne, jarak penglihatan pun agak terhad kerana kabut. Menurut guide, kawasan Mt.Fiji adalah kawasan larangan dan tidak dibenarkan kepada sesiapa pun untuk naik ke puncaknya atas faktor keselamatan. 

Puas bergambar di sini, kami bergerak ke atas menuju ke atas untuk view yang lagi cantik, katanyalah.
Ini yang kelihatan, view ini mengingatkan saya tentang satu lokasi di Vietnam.

Di sini kami dipelawa untuk mendaki ke puncak bukit. Haih, treknya boleh tahanlah bagi kami yang sememangnya tak berapa nak fit ini.
Tak tahulah apa nama tempat ini. Yang pasti boleh lihat pemandangan sekitar secara 360 darjah.
 Anak tangga di mana-mana, stress!
Kelihatan di kejauhan, Phu Kradueng. Dari hujung ke hujung, giler luas puncaknya! Macam tak percaya pun ada, kami dah pun singgah di sana.

Puas di Phu Pa Por, kami bergerak menuju ke destinasi terakhir. Sebelum tu kami singgah minum di warung yang ada untuk santap bekalan yang dibawa.

Suan Suwan
Bayaran masuk untuk Suan Suwan adalah 100baht/group. Seperti mana lokasi sebelum ini, kos ini sudah termasuk guide dan transport. 

Sejujurnya, saya tak dapat nak meneka apa yang bakal menanti kami di Suan Suwan.
Traktor lagi hehehe.
Ada 10 lokasi wajib yang bakal dibawa di sepanjang trek.

Dari parking lot ke entrance Suan Suwan, macam biasalah kami dibawa menaiki traktor melalui jalan yang tidak bertar. Tiba di entrance, errr yang kelihatan seolah gua batu kapur dan kami dimaklumkan di sini kami perlu mendaki di celah-celah pinnacles untuk turun ke bawah terus ke dalam gua. Saya tiba-tiba terasa gayat bila mana terpaksa menuruni tangga yang tegak terpacak untuk tiba di pintu gua. Pejam mata, huhuhu.

Guide kali ini tak best langsung. Bercakap bila dia rasa nak cakap, selebihnya diam membisu. Cisss!

Jom trekking di Suan Suwan.
Trek awal. Kalau tak nak tersadung, mata jangan melilau ke arah lain.
Bawah tu gaung. Gayat
Hentian pertama kami.
Antara tumbuhan yang mendiami kawasan ini.
Lagi puncak yang ada, tak tahulah ini kat mana. Banyak kali berhenti untuk ambil gambar.
Tangga yang tegak mencanak. Dulunya derang guna tangga kayu, lupa tahun bila ditukarkan kepada tangga besi.
Ini sebahagian dari view di pintu masuk gua.
 Salah satu gua yang kami masuki.

Kami dibawa masuk dari satu gua ke gua yang lain. Tak tahulah berapa banyak gua. Guide tak cerita pun dan kami pun takde pun nak bertanya. Mungkin dah penat sangat, malas nak beratkan kepala dengan soalan-soalan ala-ala reporter tak bertauliah.
Lubang ne kecik aje. Kena kecikkan badan untuk masuk. Kami masuk di sini untuk lihat formasi batuan.
Sebahagian dari stalaktik yang ada.
Stalaktik ini tak ubah macam obor-obor. 

Menurut guide, Suan Suwan ini dahulu merupakan sebahagian dari dasar lautan. Banyak bukti-bukti yang mereka jumpai untuk mengukuhkan teori ini. Salah satunya, kami dibawa masuk ke salah satu gua untuk lihat cengkerang yang melekat di dinding gua.
Cengkerang. 

Ini banyak formasi batuan di sini yang menyerupai anjing laut, aiskrim, anjing bercium? *erk dan sebagainya. Kawasan di sini pun sangat luas dan ada banyak gua yang saya tak yakin kita boleh terokai tanpa guide. Kadangkala ada beberapa gua yang kami singgahi, suasananya agak kurang menyenangkan. Terasa macam ada yang memerhati kehadiran kami. Entahlah, mainan perasaan mungkin.
View dari luar.

Sekitar jam 4.30pm, kami bergerak meninggalkan Suan Suwan dan kembali ke guesthouse. Di sini, kami diberikan satu bilik secara percuma oleh John dan wifenya untuk kami solat dan bersihkan diri. Alhamdulillah, sepanjang kami di Loei semuanya dipermudahkan. Kami dipertemukakan dengan mereka-mereka yang sangat baik.
Langit petang itu di Stay Guesthouse.
Sunset dari bilik.

Setelah bersiap dan selesai segala urusan, kami dihantar ke terminal bas oleh John. Terasa macam tak puasnya di Loei tapi apakan daya perjalanan kami masih panjang. Kami berangkat ke Bangkok dengan bas jam 6.++pm. Tambang 349baht dengan perjalanan mengambil masa 10jam untuk tiba di Mo Chit Bus Terminal, Bangkok. Kami hanya transit di Bangkok, destinasi seterusnya adalah Phetchaburi.

Ada peristiwa tak best berlaku waktu tiba di Mo Chit..

Info tambahan:
* Untuk lokasi menarik di sekitar Loei, boleh singgah di website LoeiVisitor.
* Bas paling awal dari Loei - Bangkok adalah pada jam 6.30am dan bas terakhir 7.30pm.

*bersambung

You Might Also Like

9 comments

  1. Cantiknya pic. Yg u amik la zilla. Sya punya suram je.....

    ReplyDelete
  2. saya dah terpengaruh nak g thailand nih. hihi. luas phu kradueng. baru dapat bayang.

    ReplyDelete
  3. Hentian pertama kat Suan Suwan cantik
    grayish rock formation dan pokok yang unik !
    Ekceli tempat tu ialah gua lah..? ala-ala macam gua tempurung kite?

    ReplyDelete
  4. Suka tengok formasi batuan tu. Dulu pernah nampak batuan tu siap ada banyak kaler lagi. Trip mengenal alam ni kalau serasi ngan jiwa memang akan jadi best.

    ReplyDelete
  5. Nk tanye,1500 baht tu pada waktu tu, dh termasuk entrance fee and tractor eh.. bila tny blk kt guesthouse, dia exclude. Naik harga dh kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp dah termasuk semuanya kecuali makan...mgkn jugalah dah naik harga...

      Delete

Subscribe