Thailand 2014 : Day 6 (Part I) ~ Kun Ming Muang Loei & Phiang Din Waterfalls, Loei

Sunday, February 08, 2015

25.12.2014 : Loei - Bangkok


Good morning, Loei!

Hari ini punya plan, nak explore apa yang ada di Loei. Saya sebenarnya tertarik dengan aktiviti body rafting tapi misal kata kami memilih aktiviti ini, kami tak cukup masa untuk singgah di lain lokasi. Jadinya, lupakan dulu buat sementara body rafting ini. Setelah berbincang sesama sendiri, kami mengambil keputusan untuk ke Kun Ming, Mt.Fiji, Phiang Din Waterfalls dan Suwan Suan; pakej untuk 4 lokasi ini kami ambil dari Stay Guesthouse. Kos, 500baht/person. Mahal? Entahlah. Tapi bila difikirkan, bukan mudah untuk kami kembali semula ke Loei. Jadinya, kami rebut ajelah peluang yag ada walaupun kosnya agak mahal berbanding biasa. Nak ambil public transport? Emm, memang takde transport pun ke lokasi ini kecuali sewa kenderaan peribadi atau ambil pakej.

Untuk pakej ini, perjalanan bermula jam 8.30am dan berakhir sekitar jam 4.30pm. Guide kami, owner Stay Guesthouse, John. Beliau turut menjadi penterjemah tak bertauliah buat kami. Apa pun, John memang terbaiklah. Banyak sangat bantu kami sepanjang kami berada di Loei. 

Untuk keempat lokasi ini, ianya terletak di Nong Hin kira-kira 66km dari Loei dengan mengambil masa sekitar 1.5jam perjalanan. Sila bawa bekalan makanan dan minuman kerana lokasinya yang jauh dan tiadanya makanan halal di jual di sini.
 Dah memasuki area Kun Ming; John stop dipinggir jalan untuk kami snap gambar.
Daerah ini memang terkenal dengan kebun tebunya. Cantik sangat sebab pokok-pokok tebu ini sedang galak berbunga.

Kun Ming Muang Loei
Gelaran Kun Ming/Kunming diberikan oleh penduduk tempatan kerana struktur batuan batu kapur di sini menyerupai batuan batu kapur di Kunming, China. Satu yang menarik mengenai batuan batu kapur di sini, warnanya berubah mengikut musim di sana. 
 
Dah sampai di Kunming. Err ada yang boleh terjemah perkataan tu?

Bayaran masuk adalah 100baht/group, di mana ahli group tidak boleh melebihi 10 orang. Bayaran ini termasuk sekali dengan kos traktor dan guide; murah giler hahaha! Cuma satu yang tak syok, info yang disampaikan oleh guide adalah dalam bahasa Thai. Nasib ada John, dialah yang jadi pengantara antara kami dengan guide hehehe. Untuk bayaran masuk ini, ianya dah termasuk dalam pakej tau.
 Batuan ini terletak berdekatan dengan main entrance; ada gua di sini tapi kami tak masuk pun.

Sementara menunggu John mengurusakn perihal bayaran masuk dan guide, kami ambil peluang untuk bergambar di kawasan sekitar. Cantik tapi sayangnya cuaca mendung pagi ini. Jadinya, gambar memang agak kelam. 
 
Pilih aje traktor mana satu yang berkenan di hati. Kenderaan peribadi tidak dibenarkan masuk menuju pintu masuk 'Kunming'.

Selesai pilih traktor dan berkenalan dengan guide, kami terus bergerak ke pintu masuk 'Kunming' melalui jalan berdebu (tak payahlah berangan nak pakai makeup kalau nak ke sini). Dalam perjalanan, kami berhenti di satu lokasi..
 Tak terkata melihat keunikannya. Menurut guide, kawasan limestone forest ini memang tidak siapa yang pernah masuk kerana agak bahaya dan penuh dengan hidupan liar.
 Salah satu traktor yang ada
 Trek menuju 'Kunming'

Tiba di pintu masuk 'Kunming' kami agak terkedu. Err, lihat ke atas. Banyaknya anak tangga yang perlu kami panjat. Dahlah keadaan masing-masing tak secergas mana. Errr, nak tak nak naik jugalah. 
Yang dihadapan itu, guide kami. Manakala yang dibelakangnya, John. Laju mereka ini berjalan, memang tak terkejar dibuatnya huhuhu.

Selepas seketika memanjat anak-anak tangga, kami tiba di atas. Wahhh, platform didirikan atas batuan batu kapur. Kalaulah tetiba batuan tu patah err atau runtuh, memang selamat jalanlah huhuhu (sorrylah, memang hobi dok fikir yang bukan-bukan ne).
 Inilah yang dikatakan mirip seperti batuan yang ada di Kunming, China. Err, sama atau tidak? Saya tak boleh nak komen sebab tak pernah lagi sampai ke Kunming di China hehehe.
 Teringat Pinnacles di Mulu, Sarawak.

Puas di sini kami bergerak menuju ke destinasi berikutnya.

Phiang Din Waterfalls
Air terjun ini terletak tidak jauh pun dari Kun Ming Muang Loei. Kalau nak sebut pasal ketinggiannya, emm tak tinggi mana pun. Air pun tak sederas mana kerana musim panas di Thailand saat kami di sini. Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung, jadinya suka hati koranglah nak buat apa di sini.
 Ini di atas.
Pertengahan
Bawah 

Macam biasa, di sini pun banyak anak tangga. Letih!! Kebetulan waktu kami di sini, hanya kami dan satu lagi group yang ada di airterjun ini. Menurut John, kalau hujung minggu sini memang penuh dengan anak muda beriadah. Nasib baik, kalau tidak jenuh kot nak ambil gambar.

*bersambung untuk destinasi berikutnya. Malas!

You Might Also Like

14 comments

  1. Replies
    1. hebat nye...tukg petik kamera tu mmg pndai amek gambo lah...daebak!!

      Delete
  2. mcm dalam poskad/majalah kan, untunglah dpt tengok depan mata je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..untunglah kot :-P

      sebenarnyakan cik viva, kami tak tau pun kewujudan tmpt ini..di internet dan buku LP pun takde info mengenai tmpt2 ini..mujurlah bertemu dengan local yang rajin nak bercerita dan bertukar cerita hehehe...

      Delete
  3. Air terjun yang cantik banget. besar kah atau kecil kah air terjun itu Mbak Zilla ? tak ada orang kelihatan sebagai pemanding..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini mesti mas lihat gambarnya aje dan tak baca apa yang ceritakan hehehe...air terjunnya kecil aje...airnya kurang sebab musim panas di sana...org tak kelihatan sebabnya kami ke sana hari jumaat..semuanya sedang busy di sekolah dan kantor hehehe

      Delete
  4. Boleh tahan juga jalan ke Kun Ming tu. Mesti best kalau dapat tengok warna batu kapur tu tiap kali musim berubah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bie,dar Loei ke Kun Ming kiri kanan memang cantik..penuh dgn ladang tebu..nak tido pun rasa mcam sayang sebab cantik (tapi aku bantai je terlelap hehehe)...

      Delete
  5. cantiknya.... nak tiru itinerary bole.... ^_^

    ReplyDelete
  6. cantik air terjun. batu pun. murah lah zilla 500 baht/person. sama harga entrance fee nak masuk grand palace. T_T. tambah harga pakej zilla termasuk entrance fee kunmin, tempat pun jauh2 kan. sgt berbaloi.

    ReplyDelete

Subscribe