Thailand 2014 : Day 5 ~ Kembali ke Loei

Wednesday, February 04, 2015

24.12.2014 : Phu Kradueng - Loei

Aktiviti wajib di Phu Kradueng adalah melihat sunrise. Inilah salah satu sebab kenapa ramai yang ingin ke puncaknya hanya untuk melihat sunrise yang dikatakan antara lokasi terbaik untuk aktiviti ini.

Untuk sunrise, pengunjung perlu trekking ke Nok Aen Cliff yang terletak kira-kira 3km dari tapak perkhemahan. Sekitar jam 4.30am, ranger akan membuat pengumuman untuk meminta pengunjung berkumpul di hadapan visitor center dan mereka akan mengiringi terus ke Nok Aen.

Kami terlewat sedikit pagi ini. Rasanya kami antara group terakhir yang bergerak ke Nok Aen. Nik pula ambil keputusan untuk tinggal sahaja di khemah kerana situasi kakinya yang masih kurang baik.

Sunrise di Nok Aen, 6.30am. Kami tiba 30minit sebelum matahari naik, tu pun dah penuh dengan pengunjung yang lain. 

Layan.
Kabus makin lama semakin tebal. Apa pun tak nampak.
 
Matahari semakin menampakkan dirinya..
Yang dinantikan, sempurna sungguh...
Berbaloi sangat rasanya bila lihat view seperti ini.
 Gambar wajib di Nok Aen Cliff
 Pemandangan sekitar kaki gunung Phu Kradueng

Sambil-sambil melayan sunrise, masing-masing ambil giliran untuk solat di kawasan yang tersorok sedikit dari pandangan pengunjung yang lain. Saya sendiri pula, try untuk beli hot milo untuk panaskan badan dari ranger bertugas tapi bila seluk poket, alahai ongkosnya tak cukuplah pula huhuhu. Telan ayer liur ajelah nampaknya :-(
Ranger dan jualannya; laku macam pisang panas hehehe

Puas bergambar kami ambil keputusan untuk kembali ke khemah. Pengunjung lain awal-awal lagi dah beredar meninggal kami dan beberapa orang yang lain. Bila dah cerah begini, dapatlah lihat keadaan trek yang kami lalui sebelum ini. Cantik.
 Trek menuju/balik ke Nok Aen Cliff/tapak perkhemahan.
 Tak tahulah rumput spesisi apa ni, cantiklah pula bila melihatnya.
 Periuk kera pun ada
Spesis lumut tajam dan berduri
 Rama-rama

Kami tiba di khemah sekitar jam 8.00am. Sebenarnya kami plan untuk lepak di Phu Kradueng, 2 malam tapi kami cancelkan. Kenapa? Sebabnya kami ingin explore Loei selepas mendengar cerita John mengenai Loei. Bila-bila fikir balik, rasa menyesal lah pula sebab tak kekal dengan plan asal di Phu Kradueng. Tak apalah kan? Sekurangnya ada alasan untuk repeat hehehe walhal tak ingin dah hahaha.

Lupakan hajat untuk lihat waterfall. Lupakan juga hajat untuk berbasikal di puncak. Kami perlu check out dari khemah jam 10.00am. Tiba di khemah, kami terus persiapkan breakfast. Ala tak masak pun, kami cuma bancuh pes kuah kacang dari Kathy's Kitchen untuk dimakan dengan nasi impit (nasib baiklah elok lagi, walhal dah masuk hari ketiga pun). Saki-baki daging dendeng pun ada lagi, itulah yang kami share sama-sama. Dalam masa yang sama, kami beli air panas untuk bancuh milo. Breakfast dah ready, kami settlekan urusan porter dulu. Tak sanggup dah nak angkut beg berat-berat huhuhu.
 Porter yang busy

Untuk porter, kami perlu berjumpa dengan ranjer dan mengisi borang yang disediakan (satu borang berharga, 30baht). Kalau ada 3 beg yang ingin diserahkan kepada porter, maknanya perlu ambil 3 borang. Borang dah ready dan dah disahkan oleh ranger barulah kita boleh kembali ke pondok porter untuk serahkan borang kepada ranger yang bertugas untuk timbang berat beg masing-masing. Bayaran porter (berdasarkan berat beg) pula perlu dilakukan sebaik sahaja beg diterima dari porter.
Jom turun!

Itu-ini, itu-ini, dalam jam 10am jugalah kami mula menapak turun. Trek menurun, nak tak nak memang kena berlari. Kalau tak memang 'rabak' kepala lutut dibuatnya. Macam biasa, part turun memang menyeksakan. Pilihan memang takde, mahu atau tidak perjalanan perlu diteruskan walau sakit sana-sini. Sekitar jam 2.30pm, kami selamat tiba di kaki Phu Kradueng. Masing-masing sempat membuter dulu di situ sebelum solat, ambil bag dan terus ke Pha Nok Kao dengan songthaew. Ngam-ngam tiba di Pha Nok Kao, bas menuju Loei sedang menunggu. Tak perlu nak buang masa di situ.

Kami tiba di bas terminal di Loei sekitar jam 5.++pm. Terus cari pakcik kopiah dan minta beliau hantar kami ke Stay Guesthouse. Sebelum itu, kami sempat singgah di Tesco Lotus Express untuk cari bekalan makanan basah.

Penat..

Tips ke/di Nok Aen Cliff:
a) sila bawa headlamp. Suasananya gelap-gelita sungguh! Awas jangan sampai tersadung.
b) sila ambil air sembahyang dari awal atau bawa bekalan air bersih sebabnya tiada air bersih di sini
c) sila bergerak seawal yang mungkin 
d) tak perlu risau pasal breakfast; ranger ada jual hot milo/nescafe dan biskut di situ
e) sila pakai pakaian yang sesuai, sejuk beku di situ..

You Might Also Like

13 comments

  1. Matahari terbit yang sangat indah Mbak Zilla. tak rugi lah capek-capek naik gunung dapat pemandangan sangat indah. terbayar sudah perjuangan naik gunung itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia mas gunadi...bila lihat sunrise yang sempurna ini terasa hilang semua kesakitan utk tiba di puncak...

      Delete
  2. subhanallah. sunrise dan sunset. dua-dua pun kesukaan. berbaloi dapat tengok view superb camni. confirm hilang penat mendaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ajla, samalah kita..kadangkala sanggup susahkan diri sebab nk tgk keduanya...

      Delete
  3. berbaloiiiiiii2 dpt menikmati keindahan alam:)

    ReplyDelete
  4. Awesome view Zilla. Berbaloi rabak lutut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaloi mmglah berbaloi..tapi bila balik sakit2, berbakul bebelan kena dgn mak hahaha! suka nor cari penyakit hehehe

      Delete
  5. awesome! memang berbaloi2 Zilla walaupun sakit2 badan...
    *bebelan mak tu biasa, tapi tak pernah nak serik, kan?
    hihi..

    ReplyDelete
  6. First time tengok sunrise. Memang cantik . Klau tak ikut zilla sure sya tk dpt tengok sunrise, tak tau pun sunrise tu begitu cantik.

    ReplyDelete

Subscribe