05.05.2012 : Bandung - Garut -> Gunung Papandayan
Saya tak tahu macam mana idea giler ini boleh muncul dalam kepala saya. Saya mengenali gunung ini melalui mimpi (macam tak percayakan? percayalah). Melalui LP juga saya makin mengenalinya. Bila blogwalking, muncul impian untuk ke sini. Plan asal untuk mengambil public transport aje dan bermalam di Garut tetapi atas sebab-sebab tertentu, cancel public transport. Option yang ada kami perlu balik hari dan ini tidak mungkin dapat dilakukan dengan public transport. Akhirnya saya ambil keputusan untuk mengambil supir dengan persetujuan teman saya itu. So bermulalah aktiviti mencari supir yang sanggup membawa kami ke sana dengan bayaran yang berpatutan. Setelah jenuh berbalas email, saya mengambil keputusan untuk menggunakan service A****n dengan bayaran Rp500,000/day (mahalkan?tetapi ini sajalah option yang saya ada).
Dari awal lagi saya sudah maklumkan pada supir dan mendapat persetujuannya untuk melihat sunrise di Garut. Oleh itu, kami perlu memulakan perjalanan sekitar jam 2.00am ke Garut sebelum langsung ke Papandayan. Tetapi saya tak tahulah apa kisahnya, hari pertama saya tiba di Bandung melalui sms darinya kami dimaklumkan akan bertolak menuju Garut jam 8.00am. Kalau mahu lihat sunrise, kami perlu membuat bayaran tambahan. Erk??!! Hati saya dah berbelah bagi; nak pergi atau tidak. Saya dan Anhar berbincang dan akhirnya kami buat keputusan, belasah ajelah. Kita ke Papandayan tanpa sunrise. Hati memang berat tetapi itu ajelah yang kami mampu lakukan setelah rupiah kami semakin menyusut.
Sekitar jam 8.00am, selepas breakfast kami pun bergerak menuju ke Garut. Bapak supir adalah orang yang berbeza dan agak ramah melayan kami. Perjalanan mengambil masa 2 1/2 jam kerana lalulintas agak kurang lancar di sekitar Garut itu sendiri. Berkali-kali pak supir bertanya pasti atau tidak untuk ke Papandayan. "Ya ialah saya mahu ke Papandayan pak". Ishh, naik angin jugalah bila asyik diutarakan persoalan yang sama. Dipertengahan perjalanan beliau mencadangkan ke kawah Kamojang. "Papandayan pak, kemudian aja ke situ..". Haishh!!. Akhirnya kami memasuki perkampungan Cisurupan setelah sesat berkali-kali (2x kot, entah lupa). Yang peliknya, kata dah pernah tiba di Papandayan tapi gayanya macam 1st time ke sana huhuhu. Memasuki perkampungan, kondisi jalan sudah mulai tidak rata; berbatu-batu. Supir memandu dengan sangat hati-hati (mungkin risau keretanya rosak kot hehehe). Di kiri-kanan, mata dijamukan dengan kebun-kebun tembakau. Dengan keadan sekeliling, supir sendiri tidak yakin yang kami berada di trek yang betul. Tiap kali bertanya pada penduduk tempatan, tiap kali itu jugalah kami diberi maklumat lagi 3km untuk tiba ke lokasi. Haih, haru sungguh - tak sampai2 hehehe. Apa pun jadi, nak ke Papandayan juga - dasar anak degilkan?hehehe.
Akhirnya sekitar jam 11.30am, kami tiba di kaki gunung dan perlu melapor diri di pos pendakian. Oleh kerana kami berhajat untuk explore gunung ini, kami menggunakan khidmat guide dengan harga Rp300,000 termasuk bayaran masuk (mahalkan? huhuhu).
Inilah yang menyambut ketibaan kami..Subhanallah...
Perlu daftar diri di sini. Kalau tak nak pakai guide pun ok, takde masalah. Kemudahan di sini agak lengkap dengan toilet, surau dan gerai menjual makanan.
Trek awal. Asalnya dulu jalan bertar tetapi setelah letusan pada tahun 2002 inilah yang terhasil.
Kami dinasihatkan untuk membawa bekalan air dan makanan sebelum memulakan perjalanan yang dijangka akan mengambil masa sekitar 4 jam leih. 11.30am, perjalanan dimulakan menuju ke Bukit Salju. Dari awal lagi stamina diuji kerana perlu melalui trek yang penuh dengan batu-batuan. Satu pengalaman yang baru buat kami kerana berpeluang menempuhi kawah dari jarak yang sangat dekat dan perlu melalui dan melepasi kawasan yang masih aktif mengeluarkan asap dan belerang. Saya sesak nafas tiap kali perlu melalui kawasan ini; mata pedih dan tekak pun kering. Keadaan di sini? Macam mana nak cakap ya. Oh ok, kita guna konsep kentut - yang biasa terjadi pada manusia normal (hehehe). Bayangkan perut kita nie perut bumi dan tiap kali kali kita kentut akan mengeluarkan gas dan baukan? Hah, lebih kurang macam tulah keadaannya. Sana-sini "pufff" "puff" - gas keluar dari perut bumi. Cuma perlu extra hati-hati kerana banyak lopak-lopak air panas - andai kata terjatuh dalamnya - good bye ajelah..
Jom layan gambar (malas nak mengarang).
Pemandangan di lereng selatan gunung Papandayan. Asap belerang yang sentiasa aktif. Menurut Jajang, warna asapnya juga akan berubah-ubah mengikut keadaan.
Antara pengalaman paling berharga pernah saya tempuhi. Kalau di Ijen hanya berpeluang melihat dari jarak jauh tetapi di sini semuanya berada di hadapan mata.
Boleh buat telur rebus kat sini. Warna air ini juga akan berubah-ubah. Kadangkala ianya akan berwarna keruh dan kadangkala akan berwarna jernih.
Setelah melalui pendakian yang melelehkan (semput ok!huhuhu), kami tiba di bukit salju. Kononnya diberi sebegitu kerana keadaan sekeliling yang berwana putih bak salju dan dihuni oleh pohon-pohon yang sudah mati kesan dari letusan pada tahun 2002. Suasana di sini memang sepi bak 'padang jarak, padang tekukur'. Kami melepaskan leleh di sini sebelum kembali meneruskan perjalanan menuju ke tapak perkhemahan yang terletak di Pondok Salada yang berketinggian sekitar 2400m dari paras laut dengan jarak tempuh sekitar 2 jam untuk tiba di sana. Kalau sebelum ini kami perlu melalui trek yang penuh batuan dan wap panas tetapi kali ini perjalanan kami agak bagus. Cuma perlu melalui becak-becak; kotor sangat-sangat saya saat ini.
Bukit Salju..
Pokok Edelweiss Jawa inilah yang kami cari di pondok salada; nak berkhemah itu tak mungkinlahkan? Menurut Jajang, di sisi gunung ini (sorrylah takde gambar) terdapat kawasan seluas 84 hektar yang dipenuhi dengan pokok edelweiss ini. Oleh kerana kesuntukan masa dan tiada daya lagi nak mendaki, kami melupakan hasrat untuk menuju ke kawasan tersebut. Tak kisahlah, apa yang kami nikmati saat itu pun sudah lebih dari cukup; dah bersyukur banyak-banyak dengan kemampuan diri.
Bunga Edelweiss Jawa
Setelah puas melepaskan lelah di pondok salada kami kembali meneruskan perjalanan menuju ke danau (acid lake) Papandayan. Sekali lagi perlu melalui trek yang dipenuhi batuan. Landskap di sini sangat-sangat cantik; tak tahu saya nak gambarkan macam mana.
Ini di kawah Mas. Ada beberapa kawah lain yang kami tempuhi. Yang kekuningan itu adalah belerang. Katanya bagus untuk kulit.
Close up belerang...
Danau papandayan. Berkedalaman 20 meter dan airnya bertukar warna bergantung kepada suhu.
Antara yang kami jumpai. Airnya tidak dibenarkan untuk diminum.
Kabus tebal, tak nampak apa pun.
Sebelum bergerak keluar dari sini, kami lepak terlebih dahulu dengan petugas-petugas di pos pendakian. Waktu ini kabus sangat-sangat tebal dengan jarak penglihatan yang sangat terhad; sejuk. Plan kami untuk singgah di Kamojang, Kg. Naga dan beberapa tempat lain tidak dapat dilaksanakan kerana hari sudah semakin gelap. Next time sure akan kembali ke Garut, I'Allah.
*bersambung untuk hari terakhir...