Trans Java 2012 : Part VII (Day 5)

Monday, May 21, 2012

Sambungan dari sini -> Transjava : Part VI

4. Candi Prambanan

Selesai solat, kami meneruskan perjalanan ke Prambanan yang terletak di timur kota Jogja. Saya tak sure perjalanan kali ini memakan masa berapa lama kerana saya tertidur sepanjang perjalanan. Sedar-sedar pun sudah hampir tiba ke destinasi. Kami tiba di Prambanan sekitar jam 1.30pm dan perlu berada di situ sehingga jam 4.00pm (arahan pak supir ini) sebelum berangkat ke Ratu Boko. Lama sungguh tu, saya tak tahu apa yang bakal menanti kami kerana ini pertama kali saya menjejakkan kaki ke Prambanan.

Tanggapan pertama saya mengenai Prambanan, candinya bersepah-sepah di merata tempat tetapi sebaliknya berlaku. Agak mudahlah untuk kita mengelilingi kompleks ini kerana candi yang ada berada di dalam satu kawasan. Sayang kerana saat berada di sini, bateri kamera hanya tinggal 2 bar sahaja dan saya tidak boleh sesuka hati (hingga lupa diri) bermain dengan kamera. Untuk melayan frust, saya hanya melepak di satu sudut candi. Teman saya yang sorang itu? Emm, saya biarkan beliau menikmati keadaan sekeliling dengan caranya yang tersendiri.

Bosan sendirian, saya memasuki salah satu candi yang ada. Errr, sebentar sahaja tak berani untuk memasukinya sendirian. Jadinya, saya kembali melepak di sudut yang lain pula memerhati kerenah pengunjung yang lain.3.30pm, kami berangkat keluar dari kawasan candi. Sebelum itu singgah sebentar untuk mengisi perut - lapar ok!! dan tepat 4.00pm kami bergerak menuju ke Ratu Boko yeayyyy!!.

Bayaran masuk untuk Prambanan adalah Rp117,000/person dan ianya dibuka kepada pengunjung bermula dari jam 6.00am hingga 5.00pm.



  

                  


5. Ratu Boko
Destinasi kami yang terakhir adalah Ratu Boko untuk memburu sunset. Alhamdulillah, cuaca memang menyebelahi kami. Sebenarnya saya langsung tidak mengetahui mengenai kewujudan Ratu Boko ini hinggalah beberapa hari sebelum berangkat saya terbaca di dalam sebuah majalah mengenainya dan dari situlah saya menyusun semula itinerary yang ada. Plan asal, mahu membawa teman saya itu melayan sunset di Parangtritis tetapi bila saya fikir-fikirkan balik, sunset di Parangtritis adalah perkara biasa yang dilakukan oleh pelancong tiap kali ke Jogja. Jadi, apa salahnya saya mencuba sesuatu yang lain. Berbincang dengan supir, meminta pandangan dari teman saya itu dan inilah hasilnya; sangat-sangat berpuas hati.

Bayaran masuk, Rp90,000/person. Untuk bayaran sebanyak ini, pengunjung akan dihidangkan dengan secawan kopi/teh dan sepinggan pisang goreng cheese (sedap sgt!). Kompleks Ratu Boko ini sangat luas tetapi saya tidak berani untuk menjelajahi keseluruhan kawasan kerana hari sudah pun senja - pesanan mak saya terngiang-ngiang di minda. Saya singgah sebentar di kawasan pembakaran jenazah tetapi sekadar di anak tangga yang pertama dan membiarkan teman saya menjelajahi setiap tempat termasuklah mendaki ke anak bukit untuk melihat pemandangan keseluruhan kompleks. Terdapat 2 buah gua tetapi jangan ditanya di mana kedudukannya ya. Saya hanya berada di tengah-tengah pandang mencari kawasan terbaik untuk merakam sunset.

Inilah hasilnya..Subhanallah...


 

 



Kami berada di sini sehingga keadaan sekeliling bertukar menjad gelap-gelita. Beransur pun sebab tak berani nak berlama-lama di situ hehehe. Kami singgah dahulu di restoran untuk minum petang (freekan?) sebelum berangkat pulang ke kota. Kami meminta supir menghantar kami terus ke hostel walaupun pada awalnya ingin singgah di stesen keretapi untuk membeli tiket ke Bandung keesokan harinya. Alasannya sebab nak hantar pakaian ke dobi. Giler tandus pakaian bersih ini hehehe.

Settle urusan pakaian, kami mengambil keputusan untuk merehatkan badan seketika sebelum menapak ke Malioboro. Kali ini dah tahu jalan pintas ke sana setelah diajar oleh pak supir. Emm dalam 10 minit jugalah berjalan untuk tiba ke Malioboro. Malam ini kami lepak bersama-sama Wawan Ardy sambil dinner dilesehan. Malam ini juga saya terpaksa angkat bendera putih - demam secara tiba-tiba huhuhu. Mungkin disebabkan cuaca yang terlalu panas dan saya sendiri kurang bertemankan mineral water. Plan untuk 'light trail' malam itu terpaksa saya batalkan. Selesai dinner, kami menapak menuju ke alun-alun. Badan makin panas, kami singgah di Circle K untuk mencari air cap badak (mujurlah ada) sebelum perjalanan ke alun-alun diteruskan. Sebentar aje saya di sini sebelum di'pos' balik ke hostel dengan menaiki becak oleh teman saya itu (dia lepak di situ sendirian hingga lewat malam). Tiba di hostel, telan panadol (mujur Tasyha ada bekalkan 2 biji ubat demam yang sangat hebat hehehe) terus saya pengsan tak sedarkan diri. Sedar pun kerana kedengaran azan Subuh dari masjid yang berdekatan..

Ini sahaja yang sempat saya ambil di sekitar Jl. Malioboro..
 
*bersambung

You Might Also Like

10 comments

  1. Sudah lama ga ke prambanan, jadi kangen...

    ReplyDelete
  2. Ratu Boko? ermmm...terlepas pulak time ada kat sana... sebab rayyan byk rely on public transport..so mcm terhad sikit...now dah tau..next time nak repeat senang. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rayyan, Ratu Boko dari Prambanan cuma 15minit by Transjogja..cuma tempat ini kurang diketahui oleh orang luar - mungkin kurang publisiti mengenai kewujudannya..

      Delete
    2. oppss, Rayyan bukan bus Transjogja tetapi shuttle bus dari Prambanan ke Ratu Boko..tix masuk boleh dibeli di Prambanan - ada pakej utk Prambanan & Ratu Boko including shuttle bus, harga tak sure kena check website

      Delete
  3. Best..best!
    Next trip g mana pulak?? Aci join?? Hehehee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak join??Isi borang dulu hahaha...
      I'Allah next month ke Palembang dan Lomok, niL..mudah2an plan berjalan lancar :)

      Delete
  4. Zilla,

    kat Ratu Boko tu ramai visitor tak masa u kat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anne,
      tak sampai pun 10 orang..tapi waktu sya nak bergerak balik, baru ramai pengunjungnya..so kalau nak try sunset di sini make sure 4.30pm dah ada di situ..

      Delete

Subscribe