Assalamualaikum...
Pic : Vietnam
Alhamdulillah, selamat kembali ke tanahair setelah 10 hari bermusafir di Cambodia dan Vietnam. Syukur segala-galanya berjalan lancar. Walaupun ada beberapa perkara yang tersasar dari yang dirancangkan tetapi dalam sekelip mata ianya digantikan dengan pelbagai kejadian menarik yang tidak disangka-sangka; Alhamdulillah rezeki kami, dapat lagi pengalaman baru. Ya, itinerary hanyalah sekadar panduan dan rujukan, selebihnya Allah yang menentukan. Bertemu teman-teman baru, bertempiaran lari akibat
dikejar anjing, mengikat perut kerana ketiadaan makanan halal, diminta
mengadaikan tudung dikepala hanya kerana ingin merakamkan upacara
keagamaan penduduk tempatan, ditipu, jatuh sakit dan sebagainya
merupakan antara pengalaman pahit manis yang kami perolehi. Bila diingat
kembali terasa kelakar pun ada.
Sejujurnya, trip kali ini banyak bermain dengan emosi. Dengan apa yang dijamukan dihadapan mata, sesekali air mata mengalir tanpa disangka. Sendu menahan sebak di dada. Ya, bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan saat ini. Bak kata teman saya 'kita tidak akan sedar betapa beruntungnya kita selagi hati kita tidak tercuit melihatkan kesusahan dan kepayahan orang lain' dan saya akui kebenarannya.
Berat emosi ini tiap kali ingin berangkat pulang ke tanahair. Kalau diberikan pilihan, terasa tidak ingin berhenti; ingin terus bermusafir melihat tempat orang. Tetapi banyak yang menanti; banyak urusan yang perlu diselesaikan. Mudah-mudahan Allah akan panjangkan rezeki untuk saya/kita semua terus berkelana di bumi yang luas ini....
* I'Allah, akan saya kongsi pengalaman di sana bila punyai masa...