Kami singgah di Warung Pok Nong ni sejurus kembali dari Taman Laut Redang. Itu pun kalau tak dibawa oleh Nani dan geng memang tak tahu pun pasal kewujudan warung ne.
Emm, apa yang specialnya Warung Pok Nong ne?
Ok, memula jangan anggap warung ne macam warung-warung hebat yang lain. Warung ne memang memenuhi kriteria bagi istilah 'warung' tu sendiri (apalah aku merepek ne! hehehe). Ala, nak senang cerita macam warung-warung tepi jalan yang biasa pakcik-pakcik lepak lepas balik dari ladang tu. Simple giler tapi orang memang ramai giler kat sini! Apa yang menjadikan tempat ini istimewa adalah seafood goreng tepungnya. Dari ikan, udang, sotong; nak size besar, kecik semua adalah! Yang penting di sini, sediakan aje wangnya hehehe.

Pertama kali merasa ikan kembung goreng tepung yang sedap giler! Selalu beli di lain-lain tempat memang tak boleh nak makan sebab hanyir..
Kebetulan waktu di Taman Laut Redang, ranger bertugas ada sedekahkan kami beberapa ekor sotong gergasi jadinya kami singgah di sini dan serahkan pada Pok Nong untuk digoreng. Kitaorang bayar upah untuk goreng sahaja (maaf gambar sotong takde. Tak sempat nak setting kamera sotong dah kena ngap terlebih dahulu).

Udang goreng tepung - manis bersari udangnya. Sedap sangat ah!!
Selain dari goreng-gorengan tepung ne, WAJIB cuba juga jagung kisar. Mula-mula kitaorang ingat jagung tu dikisar dan dingap begitu aje tapi nan ado. Jagung parut ne macam cendol jugalah. Yang membezakannya adalah takde air gula digunakan seperti biasa. Ianya digantikan dengan dengan jagung kisar. Sedap giler! Lebih-lebih lagi dengan adanya aiskrim vanilla; kombinasi yang terbaik!

Jagung kisar yang mencengkam jiwa
Buat kawan-kawan yang ke Kuala Terengganu, sila singgah di Warung Pok Nong ne. Kalau boleh pergi awal-awal, boleh 'cop' tempat sesiap. Warung ne dibuka pada jam 3.30pm setiap hari.
Selamat menjamu selera!
Warung Pok Nong
Jalan Pantai A1693,
Kampung Kolam Mengabang Telipot
GPS coordinate: 5.428023,103.072854










