Thailand 2014 : Day 2 (Part II) ~ Sai Ngam Park (Banyan Tree Temple), Phimai
Saturday, January 10, 2015
Saya tak tahu kenapa, saya tak boleh nak lihat gambar-gambar di Sai Ngam ini. Tiap kali saya lihat gambar-gambar yang ada, kepala saya akan start berdenyut..
***
Dari Phimai Historical Park, kami bergerak menuju ke Banyan Tree Temple. Tak jauh mana pun lokasinya, sekitar 2km sahaja. Kiranya montot tak sempat kematu, dah pun sampai. Memasuki kawasan, kepala saya dah start "nyuttt...nyutttt..nyutttt.."; tak sukanya.Nak masuk ke tidak? Walhal sayalah kot yang tergedik-gedik nak singgah di sini lepas tergoda melihatkan gambarnya di intenert.
Pokok yang kelihatan merimbun tu lah Sai Ngam Park/Banyan Tree Temple
Songthaew memasuki kawasan parking, kepala semakin berdenyut dan hati saya makin tak sedap namun saya diamkan aje.
Sai Ngam, salah satu tempat yang dianggap suci di Thailand.
Bayaran masuk : percuma
Waktu operasi : 8.00am - 6.00pm
Sedikit info mengenai tempat ini:
"Sai Ngam feels like the setting for a twisted horror film where the
trees come alive and strangle unsuspecting passersby, and locals believe
it’s home to potent terrestrial spirits. Sai Ngam is supposedly the largest of these banyan groves in Thailand,
spanning an area of some 1,350 square metres. A series of dirt and
brick paths meander beneath the trees, and the grove is surrounded by
water on all sides." [sumber : travelfish]
Serius, tak penah saya lihat suasana seperti ini. Tercari juga pokok induk tapi tak tahulah yang mana satu, semuanya kelihatan sama aje..
Dalam separa pasrah saya melangkah juga ke banyan tree bila lihat
kawan-kawan lain awal-awal lagi dah masuk. Benci rasa ne. Meremang dan
seriau. Ishh, janganlah ada yang 'mengikut' kami nanti. Ada beberapa buah temple dibina dalam kawasan ini. Nak tilik nasib pun
boleh di sini tapi kami pilih untuk cari lokasi untuk berkelah. Bila
kawan-kawan cadangkan untuk makan di tengah-tengah kawasan ini, nak tak
nak saya kena suarakan apa yang saya rasa. Nasib baiklah kawan-kawan faham
apa yang berlaku dan kami ambil keputusan untuk cari lokasi di luar
kawasan banyan tree ini. Percaya tak, keluar je dari situ kepala saya
terus ok, rasa seriau dan meremang terus hilang. Tapi bila saya cuba
memandang ke dalam, sakit kepala itu tiba-tiba akan datang balik.
Lunch kami - nasi putih, daging dendeng dan sambal jawa (mak tasyha yang bekalkan; terima kasih makcik) berserta kicap manis ABC. Polisteren tu pula kami minta dari hotel hehehe.
Perut dah kenyang, kami bergerak ke sisi lain Sai Ngam. Waaaaa, rasa nak hantuk je kepala ke akar pokok tu. Cepat-cepat gerak dan ambil gambar, jom blah dari tempat ne!
Layan gambar.
Berselirat
Best kalau dapat main nyorok-nyorok di sini hehehe
Selain terbayangkan cik pon bertenggek di sini di malam hari, saya terbayang ular tiba-tiba jatuh/muncul dibalik dedaun/akar yang berselirat.
Bangunan putih yang kelihatan tu adalah "spirit house". Kawasan ini ditutup kepada pengunjung, tak tahulah kenapa.
Waktu saya sedang ambil gambar berdekatan tasik saya diekori oleh seorang budak perempuan. Saya takde idea siapa beliau, bila ditanya dia hanya tersenyum dan dia asyik tunjuk ke kamera saya.Bila saya beralih ke lokasi lain, dia tetap ada seperti guide. Bila saya ambil keputusan keluar dari kawasan ini dia pun hilang begitu sahaja. Tak tahulah di mana dia menyorok huhuhu.
Lokasi ini, budak perempuan tu yang bawa. JM juga turut bersama saya di sini. Cantik tapi suasana keseramannya agak berganda di sini.
Dari Sai Ngam, kami sepakat untuk kembali ke Korat dan bergerak ke Udon Thani seawal mungkin. Cukuplah kot di Phimai. Dua lokasi yang kami nak sangat singgah berjaya kami singgahi. Sebelum itu, kami minta driver singgah di di Masjid Al-Ridwan untuk aktiviti wajib.
* bersambung
32 comments
alamak...membacapun tetiba terasa seram...hahaha. Awk ni jenis boleh rasa kut benda2 pelik. Kak ipar saya jenis gitu..dia boleh rasa tempat tu elok ke tak ke..aishh..pelik plak. Budak tu ntah ntah..errrrr...
ReplyDeletemungkinlah kot zila...bila fikir2 balik sebenarnya ada baiknya kelebihan ini..cuma kalau rasa tu terlalu kuat, saya sendiri jadi takut..tu yang tak sanggup huhuhu..budak tu? ahh org kot hehehe
Deletepix lawa org baca pun berdenyut kepala
ReplyDeletekenapa tu, meng?
Deleteseram jugak baca nya, tapi kalau orang tak tahu ok kot.
ReplyDeletelebih baik tak tahu dari tahu hehehe
DeleteSeram juga membaca alkisah anda...pokoknya cantik...saya suka
ReplyDeletebab cantik tu saya setuju..
DeleteBaca cerita zilla ni seram plak. Teringat cerita dekat Phuket masa tu bercuti bersama famly. Adik dgn ayah jalan-jalan tepi laut berdua je..tetiba ayah cakap..budak pompuan tu masuk hutan tu nak pergi mana..yg peliknya adik saya tak nampak budak pompuan tu, bila dia tanya mana? Ayah cakap la yg lalu depan kita tadi baru lepas mandi laut..dia jalan terus masuk hutan..last2 diorg patah balik ke kawasan yang ramai orang...kejadian tu dekat salah sebuah pulau2 kecil dekat Phuket. X ingat dah namanya.
ReplyDeletefuhh, kisah kamu lagi seramlah Dayah..mujur takde apa2 yang berlaku...
DeleteTak tergerak ke masa tu nak baca apa-apa ayat... budak tu ntah ntah h****
ReplyDeletemacam2 yang dibacanya En.Mie hehehe..budak tu? org kot..saya tgk kakinya elok je jejak ke tanah :D
DeleteEhem ...sya pun...rasa tak selesa je...nak cepat2 kluar . Klau sorang2 sah tak masuk pun.....tengok dari luar je la...
ReplyDeletehahaha...rasa tak selesa tu membuak2kan kat sini en.alias...saya stress giler nak layan rasa tak selesa tu..kamera pun main klik je..tak kuasa nak adjust setting...
Deleteish, seram baca ni..tempat cantik by the way...
ReplyDeletesal, sila singgah kalau ke phimai ;-)
DeleteDah berapa kali ko kena kejadian 'ternampak' sebelum ni kan. Sibaik kali ni xde yang tunjuk diri. And aku harap budak perempuan tu memang real. JM nampak dia gak kan.
ReplyDeletehahaha..tapi tak separah waktu di bromo dan phnom penh tempohari, Bibie...budak tu aku yakin dia manusia biasa.cuma aksi dia tu sedikit mencurigakan...
DeleteHa'a....Zilla mmg ada rasa 'seram' tu..nasib baik JM x de rasa apa2 waktu tu snap sana snap sini tanpa ada rasa something weird..tapi maybe ada 'sesuatu' kan Zilla sbb tempat ni kan ada kuil dorang memuja...
ReplyDeleteAha..Bie...budak tu mmg org betul tetapi tidak berkasut...dia tunggu je kami utk hulurkan 'something'...kasihan!!!!
yupp, misteri nusantara habis tmpt tu...JM, perasan tak budak aksi budak tu masa menyelinap atas pokok? saya rasa sedikit pelik..tapi entahlah..biarlah...
DeleteCantik gambar nya. Tapi memang terasa seram jugak tengok pokok berselirat cenggitu. Ikut kata hati paling selamat kan bila kat tempat2 macam ni.
ReplyDeletegambar pun dah seram, realitinya lagilah ajla huhuhu..
Deleteseram dan cantik. nasik tu nampak sedap.
ReplyDeleteharuslah Ren hehehe...kitaorang makan lauk pauk tu sampai ke titisan terakhir tau :D
Deletecantikk tp mcm byk misteri je..lagi2 tmpt 'pemujaan' diorg ni...N klu dh rs xsdp rs xbest tu mmg xla...nk senyum pn xboleh..hoho..
ReplyDeletealhamdulillah xde yg pelik2 terjadi pd zila dan kwn2..
hahaha...payahlah kalau nak senyum pun tak boleh N..syukur takde apa yang berlaku N...
DeleteMungkin tempat jin tuh Mbak Zilla. Mungkin perlu banyak-banyak baca doa-doa dan ayat-ayat pengusir syetan sebelum masuk ke situ. Serem banget ya.
ReplyDeleteamboi hahaha!yang penting kena beringat kalau masuk tmpt2 begini, betul tak mas?
Deletesinggah pertama kali disini. dari blog sis JM...
ReplyDeletebaca di blog sis JM macam tempat biasa.
tapi bila baca disini seakan luar biasa.
tapi memang nampak seram
terima kasih sudi singgah blog saya ini dan selamat membaca hehehe...
Deletenampak biasa ye aRz..itu baru gear normal belum masuk gear 1 lagi hihihih
Deleteteruskan membaca blog ni..citer menarik gambar pun cantik..org nya cool dan kelakar :-)
memang nampak agak seram tempat nie..
ReplyDeletemrs dapat lunch macam tu pun sangat puas hati dah..menyelerakan