Thailand 2014 : Day 2 (Part III) ~ Phimai - Korat - Udon Thani
Monday, January 12, 2015
Sebelum meninggalkan Banyan Tree kami dah maklumkan pada driver songthaew untuk singgah di masjid. Mujurlah kali ini beliau tak membantah seperti hari sebelumnya. Tu pun sesat berkali-kali. Tak kisahlah pakcik yang penting sampai huhuhu.
Masjid Al-Ridwan, Korat. Kalau nak singgah di sini, tunjukkan aje gambar ne kat driver.
Memasuki perkarangan masjid, terasa seperti di bangunan tinggal. Sunyi dan sepi tanpa kelibat manusia dan aktiviti. Walaupun sepi, masjid tetap bersih. Pusing-pusing masjid, banyak risalah dari negara kita yang kami temui di sini. Alhamdulillah, mungkin ada NGO dari Malaysia yang menyalurkan bantuan untuk komuniti Islam di sini.
Tersergam indah.
Ruangan solat lelaki
Setelah selesai solat dan sebagainya, kami meminta driver songthaew membawa kami keliling pekan Korat. Pusing punya pusing, beliau turunkan kami di Thao Suranari Monument. Bila tengok kena tanggal kasut untuk memasuki kawasan ini, ishh tak koser lah. Kami setakat pusing-pusing kawasan sekeliling sekadar untuk menghabiskan masa.
Pekan Korat
Ala-ala China Town.
Terjumpa beberapa kedai jual souvenir di pinggir jalan. Murah giler ahh tapi duit nan ado, cuma sebiji FM aje yang sempat saya sambar huhuhu.
Tapau jagung bakar untuk bekalan dalam bas.
Puas menghabiskan masa kami ambil keputusan untuk terus ke terminal bas. Tiket bas ke Udon Thani memang kami dah beli awal-awal sebelum berangkat ke Phimai. Tambang 256baht, siap dapat roti dan mineral water. Satu yang menarik tentang bas ke Udon Thani ini, tiket terpakai untuk bila-bila masa asalkan pada hari yang sama. Di tiket itu sendiri tiada waktu keberangkatan bas dan nombor tempat duduk pun tidak dicatatkan. Bila-bila masa rasa dah sedia nak berangkat, pergi aje ke kaunter semula dan maklumkan pada mereka nanti derang akan tukar tiket yang sediada ke tiket yang baru. Tempat duduk pula, duduk ajelah di mana yang berkenan. Best kan? huhuhu.
Kebetulan waktu kami tiba di bas terminal, bas ke Udon memang dah tersedia. Kami terus ke kaunter tiket dan maklumkan pada mereka kami ingin menaiki bas tersebut. Dalam 5.++pm, bas bergerak menuju ke Udon Thani dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 4 jam.
Bas ke Udon Thani
Roti inti keladi dan mineral water
Kerja saya memang membuter sampai ke sudah hehehe. Penat weii. Kami tiba di Udon Thani sekitar jam 9.++pm. Turun aje dari bas, terus ketaq satu badan. Sejuk beku udara di Udon ne. Tak sanggup!! Rasa nak bungkus satu badan dengan selimut dibuatnya huhuhu. Kami memang takde plan untuk menginap di mana-mana hostel/hostel di sini. Kononnya nak bermalam di terminal bas sahaja tetapi dengan suhu yang melampau dan 'ulat-ulat' yang sentiasa mengekori kami, akhirnya kami ambil keputusan untuk mencari budget hostel/hotel. Kami meminta driver tuktuk bawakan kami ke mana-mana budget hotel dan kami dibawa ke Thailand Hotel. Jangan ditanya di mana lokasi hotel tersebut, cuma yang saya tahu jaraknya cuma 1km dari terminal bas. Harga bilik memang murahlah, 320baht/night untuk 4 orang, 270baht/night (standard room).
Sambil masing-masing tercari-cari mood untuk mandi (sejukkk!!), kami sepakat untuk memulakan misi penting kami malam tu. Pandang keliling; ok line clear. CCTV takde, flame detector pun takde. Yahuuuu, merdeka katak kami malam tu. Keluarkan apa yang patut dan terhasillah spaghetti carbonara versi belasah apa yang ada. Tak kisahlah yang penting perut kenyang.
Sambil masing-masing tercari-cari mood untuk mandi (sejukkk!!), kami sepakat untuk memulakan misi penting kami malam tu. Pandang keliling; ok line clear. CCTV takde, flame detector pun takde. Yahuuuu, merdeka katak kami malam tu. Keluarkan apa yang patut dan terhasillah spaghetti carbonara versi belasah apa yang ada. Tak kisahlah yang penting perut kenyang.
Hexamnie cooker set dan solid fuel (lilin askar) ini kami angkut siap-siap dari KL.
Spaghetti carbonara. Kobis tu kami beli dari lori sayur yang menjual tidak jauh dari hotel. Satu yang saya suka tentang Thailand, bahan mentah memang murah. Puas makan. Tu yang selambak kuah tumpah, dapur kami runtuh, mujurlah tak habis seperiuk disedekahkan ke lantai huhuhu.
Ketuk bilik sebelah, jemput En. AB makan dan Alhamdulillah, kenyang!! Puas dapat makan. Lega jugalah misi kami ini berjaya tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Perut dan kenyang, mandi dan solat pastu bantai berborak sampai 2.00am sebelum masing-masing hanyut entah ke mana.
*bersambung
18 comments
Yang saya suka, Bas di Thai itu bagus-bagus.
ReplyDeleteMenarik mineral water dan roti warna pink..hehe. cocok untuk backpaker perempuan.
memang comey sangat warna pembungkus roti dan water tu mas gunadi...terasa mcm dialu2kan aje hehehe...
Deletebagus juga konsep bas ke udon thani tu tapi kalau ramai yang nak naik dalam satu masa mesti agak kelam kabut gak kan sebab takde no seat harus kena berebut
ReplyDeleteacik smile, derang tak suka2 bagi penumpang naik..derang akan kira dulu berapa seat yang kosong pastu baru lepaskan penumpang naik...kalau bas tak penuh, derang akan tunggu sat...
Deletebest konsep bas tuh. meriah betul siap buat spagheti carbonara. nyummm
ReplyDeleteajla, bas vip ke suratthani pun guna konsep yang sama hehehe...dah kelaparan dan itu yang paling simple..nk makan nasi tengah2 malam buter, memang tak larat lah...
DeleteWah lama xnampak burner & lilin askar tu. Dulu rajin camping, memang benda ni berguna. Xdapat bayang macamana sejuk kat Udon sampai korang gigil. Sebab haritu gi Thai masa summer. Panas membahang.
ReplyDeletebie, kami ada bawa stove juga..sekali nak sambungkan dgn gas, kepalanya longgar...kami tak berani nak ambil risiko...lilin ne mmg byk kitaorg angkut dari KL sebab mmg plan nak camping pun kat sana..rupa2nya tak sempat masuk hutan, kami guna dulu dlam hotel huhuhu...sejuk yg betul2 sejuk hehehe...
DeleteBetul2 adventure , tak terfikir pulak bole masak kat bilik? tengah sejuk2 kena speghatti carbonara panas2 fuhhh ..sedap memang terangkat..
ReplyDeletex nak tanya ke siapa masterchef nyer
Deleterespect sama pakcik songtheaw tu..berkali2 berhenti tanya org kat mana Mesejidddd..alhamdulillah jumpa kan.
Deletepart paling BEST..ni lah pertama kali JM join trip yg masak dalam bilik HOTEL!!!...guna Hexamnie cooker set dan solid fuel
En.Alias, kadangkala kita perlu jadi kreatif dgn apa yang kita ada utk hidup..kami tak rajin untuk menapak sana-sini cari makanan sebab tulah stok makanan kita haritu semua benda ada..lebih mudah begitu lebih2 lagi p negara bukan islam, byk benda kena ambik tahu tak boleh nak main belasah aje..harap En.Alias dan JM tak serik dgn style kami ini...macam saya dgn PM & Nik, saya dah ada pengalaman travel dengan mereka..dah tau sedikit sebanyak style mereka macam mana...
DeleteJM, syukur semuanya dipermudahkan..2 hari kita push pakcik driver tu utk bawa kita p masjid..akhirnya mengalah juga dia, kan? hehehe
cool gila guna burner & lilin askar tu..xpernah guna lagi.hauhau
ReplyDeletetakpe, lepas ne boleh try hehehe
Deletehebatnya hangpa masak-masak time travel. harus ku contohi ni. :D
ReplyDeletebukan hebat tapi lebih kepada terpaksa sebab kami dah takde pilihan..tak masak, kelaparanlah kami...
Deletesaya pun selalu suka masak....suka share kitchen dengan traveller yang lain...hi3.
ReplyDeletemasak sendiri, bykkkk blh jimat, kan En.Khai?
Delete