Hanya tinggal 4 hari lagi sebelum tirai 2011 dilabuhkan. Saya kira ini posting saya yang terakhir untuk tahun ini memandangkan graf mood saya sangatlah merundum di saat ini. Saya tak tahu di mana saya dipenghujung tahun ini kerana saya ada 2 hari cuti gantian yang perlu dihabiskan kerana ianya tidak boleh di carry forward ke tahun depan.
2011, terlalu banyak dugaan yang saya hadapi. Saat ini tiada apa yang saya mampu lafazkan selain dari rasa syukur yang tak terhingga kepada Allah kerana dianugerahkan kecekalan ini walau kadangkala saya terasa lemah sangat-sangat untuk bertahan. Terima kasih tak terhingga buat Faiz yang sentiasa mentarbiah saya, terima kasih juga buat Azriana (wpun hanya sekadar mengenalinya melalui lewat tulisan-tulisannya) yang sentiasa membuatkan saya menitiskan air mata melalui coretan-coretan indahnya. Terima kasih sahabat..
Kisah hati yang tragis; bercinta tidak semestinya memiliki. Inilah yang saya belajar sepanjang tahun 2011 ini. Bertahun bertemankannya, bertahun juga memegang status tunangan orang bukan jaminan untuk mengakhirinya dengan ikatan yang sah. Seharusnya saya tidak membuka pekung di dadakan? Tetapi inilah keputusan yang saya ambil kerana saya dah tak larat nak menjawab persoalan dari teman-teman. Biarlah ianya berakhir di sini, cukup2lah bertanya kerana betapa sedihnya saya tiap kali diajukan soalan yang sama. Jangan nak salahkan ikatan yang terjalin kerana kita harus sedar hidup-mati-jodoh-pertemuan semuanya telah tercatat. Kita hanya mampu merancang, Allah lebih mengetahui mana yang terbaik. Kita sebagai manusia, belajarlah untuk pasrah dan redha dengan apa jua yang berlaku. Buat dia, saya tetap mendoakan yang terbaik dan untuk diri saya sendiri hanya doa yang mampu dititipkan agar dipertemukan dengan seseorang yang mencintai saya kerana Allah bukan kerana siapa saya atau apa yang saya miliki.

Sepanjang tahun ini juga, kesihatan saya amat-amatlah merosot. Saya kira hospital dan klinik dah menjadi rumah kedua buat saya. Selagi terhembus nafas ini, selagi itulah Allah akan menguji kita. Ini bahagian saya; walaupun payah, walaupun perit, walaupun terseksa hanya Allah yang tahu jawapannya untuk setiap dugaan yang diberikan kepada saya. Jika sakit ini mampu membasuh dosa-dosa saya serta mampu membasuh jiwa saya yang lemah ini, ya saya terima. Parut yang kekal hingga ke hari ini moga akan menjadi satu tanda untuk saya terus bermuhasabah di bumi Allah ini…
Persahabatan, emm apa yang kita faham mengenainya? Sepanjang tahun ini, persahabatan saya sentiasa diuji; sentiasa ada pasang dan surutnya. Pada saya, dalam berkawan perlu ada sikap 'give and take' dan saling menghormati antara satu sama lain. Kawan yang baik adalah apabila mana mampu menyedarkan kita dengan setiap perangai buruk kita dan bukan hanya mampu berada di sisi kita saat susah dan senang. Saya hilang beberapa orang teman tetapi dalam masa yang sama Allah anugerahkan saya teman-teman yang terbaik. Terima kasih tak terhingga buat kalian.
2011 membawa lembaran baru buat saya. Langkah kaki saya tidak terhenti di sini. Alhamdulillah, Allah bukakan pintu rezeki untuk saya terus mengembara mencari diri di bumi indah ciptaan-Nya ini. Hampir setiap bulan saya travel dan kenangan terindah yang sentiasa saya rindukan adalah trip ke New Zealand . Keindahan NZ tidak mampu saya lafazkan tetapi di sinilah saya belajar untuk lebih mengenali kemampuan diri dan belajar erti tanggungjawab bukan sahaja terhadap terdiri tetapi terhadap Allah. Saya ke sana waktu saya menghadapi krisis dengan family; hampir setiap waktu tanpa disedari teman-teman air mata saya menitis memikirkannya. Alhamdulillah, 10 hari di sana saya temui apa yang saya cari; baik-buruk, saya sedar family saya adalah segalanya buat saya dan saya tidak bersedia untuk menghadapi saat-saat kehilangan mereka. Mak, ayah, adik-adik; merekalah nyawa saya. Merekalah semangat saya. Merekalah kehidupan saya. Buat teman-teman yang ada sepanjang trip ini, terima kasih banyak-banyak untuk 'pelajaran' yang diberikan.
Harapan 2012
Tiada yang lebih baik yang saya impikan dari ingin menjadi yang lebih baik dari 2011. I'Allah jika Allah masih meminjamkan nyawa ini buat saya. Family tetap menjadi keutamaan saya. Untuk masa depan, I'Allah saya akan kembali menyambung pengajian yang tertangguh April tahun depan dan ada beberapa trip yang telah pun confirm, menunggu masa untuk direalisasikan.
Travel Trip
1. Vietnam – Cambodia
Trip ini I’Allah akan dilaksanakan pada awal tahun 2012. Bermula di Phnom Penh dan akan berakhir di Da Nang sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. I’Allah akan mengambil masa 10 hari perjalanan, moga banyak yang akan kami pelajari dalam trip ini.
2. Palembang
Plan last minute ini. Tak pernah terfikir mahu ke Palembang dalam masa yang terdekat tetapi saya ke sana kerana seorang teman.
3. Gunung Semeru
Saya pun tak sure macam mana boleh terjebak dalam xpdc ini. Saya blogwalking di backpacker M’sia dan di situlah bermula semuanya. I’Allah, ada rezeki sure puncak semeru akan saya tawan, cuma tak berani untuk terlalu mengharap kerana lutut dan betis saya sudah tidak seperti dahulu.
4. India
Saya cintakan warna-warni India yang tidak terdapat di tempat lain. I’Allah, ada rezeki sampailah saya. Kononnya Delhi – Agra- Jaipur – Jodhpur - Delhi (ini yang saya tahu tetapi tak sure apa plan sebenarnya) tetapi saya terfikir untuk turun lebih awal untuk try route Calcutta – Darjeeling – Delhi – Agra – Jaipur – Jodhpur – Delhi. Moga impian jadi nyata, I’Allah.
5. Trans Java
Sejak pulang dari trip Trans-Java April lepas memang kami dah berura-ura untuk kembali. I’Allah akan menyusul dengan perjalanan mengambil masa 10 hari. Bermula di Surabaya, I'Allah untuk kembali ke Bromo dengan mencuba trek yang berbeza dan Kawah Ijen sebelum bergerak ke Jogja. I’Allah di Jogja kami ingin mencuba aktiviti yang lebih ekstrem berbanding sebelum ini dan masa akan dihabiskan di sekitar Gunungkidul (tak koser dah nak lawat temple2 yang ada) dan trip ini akan berakhir di Bandung.
6. Umrah
I’Allah, doakan saya ye kawan2. Inilah impian terbesar saya sebelum menutup mata.
7. Mount Kinabalu.
After raya, I’Allah. Satu aje persoalan, mampukah saya menawan puncaknya?
8. Jakarta (ok tasyha, dah masukkan..tq kerana ingatkan hehe)
Keje separa giler ne; p hari ini esoknya balik. Cekonon nak buat kuak kupu-kupu diudara ye, tapi kita tengok ajelah nanti sapa jadi kupu-kupu siapa tidak..
9. Amsterdam (impian aje ini)
Saya tak tahu kenapa 2-3 menjak ini hati meronta2 ingin ke sini. Haih!!! Adakah memang telah terpanggil untuk saya ke sini? Tunggu dan lihat kerana saya ini teramat sukar untuk dijangka...
10. Masjid Hopping
Impian ini telah tertanam sejak 2-3 tahun selepas pulang dari mengunjungi Bandung tetapi tidak tertunai hingga saat ini kerana ketiadaan travel partner. Baru-baru ini saya berbual dengan seseorang di ym mengenai impian dan harapan dan nahhh, I'Allah saya akan berjaya mendapatkan travel partner jika saya berjaya menyenaraikan 1000 buah masjid yang saya impikan untuk disinggahi. Masyallah, banyak itu (tak terfikir pun nak buat buat masjid hopping hingga 1000 buah) tetapi saya cuba ajelah, I'Allah. Mudah-mudahan impian saya ini akan tercapai walaupun ianya akan memakan masa yang lama.
Banyak sebenarnya impian saya untuk tahun 2012; tak tersenarai rasanya. Apa pun, moga saya akan dikurniakan dengan kesihatan yang baik untuk merealisasikan impian saya ini. Doakan yang terbaik buat saya. Buat teman-teman jika tanpa sedar saya terlanjur kata, terlanjur kelakuan dan sebagainya saya mohon maaf. Berikanlah teguran agar saya mampu memperbaiki diri dan bukannya bercakap-cakap dibelakang saya....
Jumpa lagi, I'Allah