Bali : Part VII
Tuesday, November 15, 2011
Tanah Lot
Saya rasa picture-picture saya di Tanah Lot sama aje dengan teman-teman yang pernah ke sana. Jadinya tak payalah saya upload di sini ye, malas nak edit pun satu hal :P. Saya cuma nak share pic2 satu upacara yang kebetulan berlangsung waktu kami lepak2 di Tanah Lot. Kebetulan masa bergerak memasuki kawasan ini ada kematian dan upacara membakar mayat baru selesai dijalankan. Jadinya saya rasa rentetan upacara yang berlaku di pura Tanah Lot ini adalah melibatkan proses penyempurnaan pengebumian mayat tersebut. Bukan tak bertanya pada penduduk tempatan yang ada semasa upacara ini berlangsung tapi mereka yang tak nak bercerita secara detail. Apa yang diberitahu kepada saya upacara ini merupakan salah satu daripada upacara keagamaan bagi penduduk Hindu di Bali. Tak mengapalah walaupun tidak mendapat info yang betul saya tetap enjoy dengan upacara ini. Bukan senangkan nak dapat peluang seperti ini. Apa yang menariknya upacara ini, ianya diiringi dengan bunyi-bunyian dari alat muzik yang dibawa. Meriah memanglah meriah, tu belum ditambah dengan pelancong yang berebut2 nak mengambil gambar. Saya menyeludup masuk antara mereka2 ini, lantak!!ehehe.
Di satu sudut yang lain (dibahagian pura itu sendiri) mereka2 yang ingin mendapat 'restu' beratur menunggu giliran. Saya tak tahu macam mana proses ini berlangsung tapi apa yang saya perhatikan mereka perlu meminum 'holy water' yang mengalir keluar dari celah batuan dan kemudiannya mereka akan direstui. Sebagai simbolik, dahi mereka akan ditempekkan dengan beras yang telah dijampi (tapi perlu menyedekahkan ongkos utk melalui upacara ini-supir yang bercerita mengenai ini, kalau salah infonya, salahla saya :P).
Tanah Lot entrance fee, Rp10,000/person. Seterusnya biarlah pic yang bercerita (nak cerita lebih2, takde info.nak memandai, takut tersalah info pula nanti).
Menikmati sunset di tanah lot. I like 80 juta x :D..kalau dapat lepak bersama yang tersayang sure lagi mantap hehehe
8 comments
uishhh...gler kagum ngn gambar2 ni sume...mantoppp...!
ReplyDeleteuish pengalaman..betuah dapat tengok budaya dan adat resam bangsa lain.
ReplyDeletebest kan dapat tgk bakar mayat hahahaha! aku teringin nak tgk upacara makan sisa mayat terbakar kat india :D
ReplyDeleteHi Zilla,
ReplyDeleteNice photos. Saya pun pernah berkesempatan tgk upacara bakar mayat ni di Bali, kalau x silap mereka simpan dulu mayat tu sehingga cukup duit utk buat majlis. Selalunya mereka berkongsi dlm satu kampung dan upacara tu dibuat beramai2.. :)
neddies, terima kasih tapi tak perlulah kagum sebegitu, pic2 ini biasa2 aje :)
ReplyDeleteJanggel, inilah pengalaman, tidak akan berulang wpun berkali2 kita hadir di tempat yang sama..
biqque, best ke? scaryla beb, risau momok ikut balik aje hehehe..owhh di sana derang makan sisa mayat? errr
Niza Zainal, terima kasih byk tapi pic2 awak lagi meletoppp kebabomm hehehe.owhh mungkin kot, saya pun tak sure mengenai itu tapi pada saya oklah kalau simpan abu dari simpan mayat hehehe
Hi Zilla, awak terlalu merendah diri.. saya seriously suka gambar awak especially gambar budak2 tu.. you really captured the moment.. :)
ReplyDeleteBtw masa kami tengok bakar mayat di bali tu driver taxi kami tu siap baca2 doa (ikut agama dialah) kononnya nak elakkan badi mayat...
Biqque, saya penah tgk docu pasal makan sisa mayat di india tu kat tv. Tak silap derang buat upacara tu kat tebing sg ganges. Memang seram dan geli ah...
Niza, bukan merendah diri tapi saya takut dgn pujian..apa pun terima kasih byk, sgt terharu dan hargainya..
ReplyDeleteowhh supir kami tidaklah sampai begitu hehe tapi dalam hati tak siapa yang tahu kot2 berlagu2 dgn jampi serapah..tapi kawan2 saya kata waktu di tanah lot itu, mereka rasa tak sedap hati, yang lelaki pun turut kata yang sama tapi saya tak rasa pun apa2, bergembira aje mengangkut kamera ke sana-sini hehehe.cuma sampai aje msia, masing2 pakat demam, entahlah tak berani nak citer lebih2 hehehe
apa rasanya makan abu mayat? errr tak boleh nak bayanglah huhuhu
saya akan ke bali on March 2015, bila baca pasal bilik hotel tu rasa takut la plak sbb gi sana sorang2..hahaha
ReplyDelete