positiflah sentiasa..

Saturday, November 26, 2011

"Nak, ingin beli kangkung? Pakcik tiada duit untuk makan, mak pakcik pula ada di hospital. Bantu pakcik, nak."  (Lokasi di selatan tanahair, jam 8.00 mlm)

Saya tergamam. Kisah ini kisah benar, terjadi beberapa yang lepas.

Sejujurnya saya memang tak mampu berhadapan dengan golongan-golongan ini. Terseksa jiwa dan raga menahan emosi, bergelut agar tidak membuat kesimpulan yang salah. Benar atau tidak apa yang disampaikan oleh pakcik itu saya tidak mahu memikirkan dan mempersoalkannya. Siapalah saya ini untuk mempersoalkan kejujuran dan keikhlasan seseorang. Yang penting sekarang, di mana letaknya norma2 kita sebagai seorang manusia yang punyai segalanya; lengkap ciptaannya. Selebihnya, itu urusan Allah. Saya sendiri pun kadangkala tak mampu menepis prasangka di hati dengan mempersoalkan keikhlasan seseorang. Ya, saya mengakui saya masih manusia biasa tetapi dalam masa yang sama saya cuba untuk berubah. Inilah yang saya pelajari waktu menghadiri kursus Pembangunan Diri tempohari; buang segala prasangka di hati untuk menjadi seorang yang hebat, I'Allah.

Berbalik kepada cerita asal, saya terus tergamam memerhati dan mentafsir gerak laku pakcik tersebut. Air mata ingin gugur tapi saya cuba bertahan sedaya mungkin. Pertama kerana kasihan dan keduanya kerana saya rasa bersyukur kerana hidup saya tidak seperti itu. Saya terus memerhati dan saat saya menghulurkan sesuatu kepadanya, beliau menolak dengan lembut "tidak perlu nak, cukuplah dengan apa yang kawan anak telah berikan. Pakcik tak boleh terima lebih dari ini"  dan terus berlalu dari hadapan saya. Hah? Terasa seperti sebiji batu jatuh menghempap kepala saya. Apa yang pakcik ini cuba sampaikan? Saya lambat bertindak kerana sibuk melayan perasaan. Saya akui silap saya ini. Kenapa saya perlu membenarkan minda saya terus mentafsir dengan apa yang berlaku? Kenapa dan kenapa? Sungguh saya menyesal.

Malam ini pula setelah berkurun lama tidak menonton cerekarama di TV3 saya tergerak hati untuk menonton "Sebelum 5 Perkara". Bagus sekali message yang cuba disampaikan; terutama sekali berkaitan dengan persepsi kita sebagai seorang manusia terhadap manusia yang lain dan kenangan saya dengan pakcik itu memenuhi ruang layar pemikiran saya kembali. Ya Allah, sampai saat ini rasa sesal itu tidak berkesudahan...

Inilah sebahagian daripada sketsa kehidupan.

Hidup, apa yang kita harapkan?
Kemasyhuran? Kemewahan?
Pujian setinggi langit? 

Apa pun yang kita harapkan jangan dilupa perlunya ada keseimbangan di dunia mahu pun di akhirat. Hidup kita hari ini, bukan untuk hari ini sahaja. Apa jua yang kita lakukan saat ini merupakan bekalan kita di masa hadapan. Jika saat ini kita merasakan kita sudah punyai segalanya, jangan tersentap jika nikmat ini Allah tarik. Apa yang ada dikeliling kita saat ini merupakan dugaan buat kita sama ada kita sedar atau pun tidak.

Salam Maal Hijrah dan saya doakan yang terbaik buat semua; buka buku baru, tutup buku lama.  Kalau selama ini kita hidup dalam bayang-bayang sendiri, lepaskanlah. Positiflah dengan kehidupan. Apa jua yang saya coretkan di sini bukanlah untuk membuktikan yang saya ini 'terbaik' tetapi sekadar berkongsi cerita dan mengingatkan diri ini agar tidak tergelincir dari landasan yang sepatutnya. Maaf andai ada yang terasa.

-Zilla @ Puchong-

You Might Also Like

8 comments

Subscribe