China Autumn Trip 2015 : Mt Siguniang to Chengdu via Mt. Jiajin Pass

Wednesday, January 06, 2016

China Autumn Trip 2015 : Mt. Singuniang , Rilong (Part II)

Perjalanan yang sangat panjang hari ini kerana kami akan kembali semula ke Chengdu sebelum berangkat ke Xian pada malam harinya.

Sekitar jam 5.30am kami dah pun bersedia untuk berangkat kembali ke Chengdu. Berdebar tapi masuk-masuk je van terus pengsan tak sedarkan diri. Sedar-sedar pun dah tiba di kawasan gunung-ganang dan bersalji. Terus melompat ler memasing. Siap minta driver berhenti tepi jalan lagi untuk ambil gambar *peghak tak pernah jumpa salji hehehe.
Kabus tebal dan sejuk giler waktu ini.

Buat makluman kawan-kawan ada 3 cara untuk dari Chengdu ke Mt. Saguniang (vice versa) :

a) The most direct route is to come from Chengdu through Dujiangyan and Wolong, and over Mount Balang pass, which, at over 4500masl. This route is only 220km, the road was badly damaged in the 2008 Wenchuan Earthquake and is still under repair, so expect the trip to take between five and eight hours.
b) A better road exists between the city of Ya’an and Rilong, via the towns of Baoxing, Yaoji and Dawei. This road is currently in much better condition than the road through Dujiangyan and Wolong. The road crosses Mount Jiajin pass, which is around 4100masl, and also has some excellent views. Expect this route to take a full day.
c)  get to Rilong is to catch a bus to the city of Xiaojin from Chengdu, and then pay 20yuan for a seat in a van for the final 55km to Rilong. This route passes through Ya’an and the cities of Luding and Danba. [source : wikitravel]

Sebelum tiba di Mt. Jiajin

Dari ketiga akses tersebut kami menggunakan route kedua iaitu via Mt. Jiajin. Perjalanan mengambil masa sekitar 11jam untuk kami tiba di Chengdu. Keadaan jalan? Sangat parah. Dengan ketinggian 4100 meter, apa yang boleh dijangkakan selain gaung dan salji tebal meliputi jalan. Sangat menakutkan dan memang serius, saya ingat mati saat itu. Lebih memburukkan keadaan bila mana driver hilang kawalan akibat dari ais yang mulai mencair dan van yang kami naiki dua kali menghentam bahu jalan. Nasib baik lah ada jaring, kalau tak memang ke dalam gaung kami haritu. Memang kelu saat itu tak tahu nak gambarkan perasaan macam mana. Start dari situ, memang berdebar sementara nak tunggu tiba di penghujung jalan berbukit. Trauma? Yupp, sangat!

Cantik tu memanglah cantik, tapi seram!!
Sempat layan matahari naik kat sini. Cantik walaupun tak berapa nak clear sebab kabus tebal
Siapa tak teruja dengan keadaan macam ne hehehe!

Putih - nasib sepanjang jalan ne mereka letak jaring. Sedikit sebanyak membantu untuk kenderaan yang terbabas gara-gara jalan yang licin.
Cantik sangat aihh.
Ini baru betul-betul 'menggapai awan'
Menakutkan!
Di sinilah kami eksiden. Dalam pada mengawal diri dengan apa yang berlaku sempat lagi kami foto-foto di sini hehehe.
View dari tempat eksiden. Yang dot2 hitam, itulah yak!
Menggapai awan sekali lagi...
Lega bila dah 'berpijak di bumi nyata'. 

Kami tiba di Chengdu sekitar jam 5.++pm. Waktu tu memang request kat driver untuk singgah kejap di restoran halal sebab kami nak tapau makanan untuk perjalanan ke Xian tapi itulah macam dah saya katakan dalam entry yang lepas, takde maknanya dia nak layan. Dia bawa kami singgah di satu lokasi tapi nan ado makanan halal. Kekdahnya janji stop kot huhuhu.

* bersambung untuk night train ke Xian

You Might Also Like

26 comments

  1. ohmygod!!! cantik gila! tapi tgk jalan dia dalam gambar je pon buat saya tahan nafas. haha. rela jalan kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. syaza, mmg tahan nafas pun nak lepas trek azab ne...pejam mata kemas2 sebab tak sanggup nak tengok gaung ditepi :D ikut hati mmg nak jalan kaki je, tapi tak sanggup hehehe

      Delete
  2. Subahnallah!!!!! cantiknya ciptaan Yang Maha Esa!

    ReplyDelete
  3. Subhanallah! saya kat sini tarik nafas nak menikmati indahnya alam! Tapi dalam gambar pun nampak jalannya ngeri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ngeri sangat, Kay..sampai satu part tu terpaksa pejam mata sebab takut dgn selekoh tajam dan gaung ditepi..

      Delete
  4. Perghhhhh cantik giler gambar. menangis jln ni. tp No. 1 lah view dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fieda, ini antara jalan paling menakutkan penah dilalui selain dari filipina..bila fikir balik, cukuplah sekali..cukup!!takut!hahaha

      Delete
  5. Replies
    1. agip, silalah ke sini untuk lihat sendiri keindahannya hehehe

      Delete
  6. pemandangan super cantik. untung selamat selama perjalanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Mas Gunadi..ternyata umur kami masih panjang :D

      Delete
  7. Eksiden teruk ke Zilla?

    Memang lawa betul ni... rasa nak golek-golek atas salji tu *0*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kay,

      Alhamdulillah kami baik2 aje..van pun ok cuma lampu depan je pecah sebab langgar pembahagi jalan..

      Delete
  8. Cantiknya!!!!!!Subhanallah.

    Sangat ngeri mendengar keadaan jalan yang licin, gaung dan kemalangan. Syukur Zilla terselamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak, kami baik aja tapi kenangan tu memang takkan lupa sampai bila2..mungkin peringatan juga dari Dia :)

      Delete
  9. Salam adik. Nak tanya, kalo kak nak pegi route mcm gambar2 di atas tu mcm mana? & ada tak contact driver & brapa costnya? Kalo nak bermlm semlm sj di Rilong worth it tak? Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak..

      Untuk detail, akak boleh baca di sini mystoriesmories.blogspot.my/search/label/China%20Trip%202015. saya dah share itinerary, kos juga contact driver yang kami gunakan sepanjang trip ini..mungkin akak boleh hubungi beliau utk latest price..

      saya tak tahu plan/aktiviti akak mcam mana..secara peribadi, kalau hanya utk semalam saya tak rekeman sebab jaraknya yang jauh dan perjalanannya yang sgt bahaya kak terutama bila melalui Mt. Jiajin Pass ini..sungguh, saya tak sanggup kak..terasa nyawa benar2 di hujung tanduk!

      Delete
  10. salam.. wah bestnye view!! nak tanya la, pergi masa bulan bulan berapa ni? Kalau pergi hujung bulan 12 hingga awal awal bulan 1 boleh lalu x jalan ni?.. tq..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam

      kitaorg p time autumn ni..kalau tak silap hujung bulan 10/awal bulan 11...emm kalau bulan 12 sah salji tebal kat kawasan ni...tak pasti boleh lalu ke tidak, emm kalau buka pun agak risk nak lalu di sini..hati2

      Delete

Subscribe